Penduduk Simunjan pasti gembira setelah pembentangan Belanjawan 2012. Hari Jumaat yang lepas baru sahaja menikmati kemudahan yang akan diluluskan dengan pembentangan oleh PM. Kini pakej rangsangan mula bergolek dengan pengumuman Bandar Baru Simunjan oleh ADUN mereka yang juga baru mengangkat sumpah sebagai Menteri Muda Perancangan Sumber.
Sesungguhnya bukan itu sahaja malah kemudahan asas juga akan dinaiktaraf dengan adanya Bandar Baru Simunjan kelak!! Besyukurlah kepada BN yang memastikan pelan transformasi pembangunan berjalan dengan lancar beserta dengan kawalan sumber yang jitu agar tiada pembaziran dalam mengurus dan merancang sumber yang ada di Sarawak!!!
Bandar baru diwujudkan di Simunjan: Naroden
SIMUNJAN: Bandar baru bakal diwujudkan di sini dalam tempoh terdekat bagi merancakkan transformasi pembangunan kerajaan di kawasan terbabit pada masa akan datang. |
Beliau berkata pelan strategik pembangunan bandar baru itu sudah diajukan kepada kerajaan dan bakal dilaksanakan tidak lama lagi.
“Saya percaya dengan wujudnya Bandar Baru Simunjan nanti, maka lebih banyak pembangunan dapat dilaksanakan sekali gus dapat memberi keselesaan kepada penduduk di sini,” katanya.
Bercakap kepada pemberita pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di sini semalam, Mohd Naroden menarik perhatian bahawa pengwujudan Bandar Baru Simunjan kelak mampu mengubah landskap kawasan itu sejajar dengan matlamat menjadikan Simunjan sebuah bandar pesisir moden.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan berkata bagi mencapai hasrat kerajaan itu kerjasama penduduk dan para pemimpin akar umbi amatlah perlu.
“Saya yakin pelan pembangunan Bandar Baru Simunjan dapat dilaksanakan dengan jayanya apabila semua penduduk dan pelbagai pihak bersatu padu merealisasikannya,” kata beliau.
Mohd Naroden juga berkata sebuah sekolah rendah baru iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Man Simunjan akan diberi ‘nafas baru’ dengan pembinaan bangunan yang lebih tegap.
Beliau memberitahu bahawa SK Abang Man merupakan sekolah tertua di sini dan tidak mampu menampung jumlah pelajar yang semakin meningkat.
“Saya telah mengenal pasti tapak baru seluas kira-kira lima hingga 10 ekar bagi pembinaan sekolah baru itu,” katanya sambil menambah sekolah terbabit juga terletak dalam lingkungan pembangunan Pusat Pertumbuhan Desa.
Hadir sama Pegawai Daerah Simunjan Zainul Abidin Hussein, Pegawai Tadbir Simunjan Jemali Basri, Pengerusi Pengelola Awang Shukran Awang Zen serta para pemimpin setempat.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!