Antara Ahli Parlimen dan ADUN siapakah yang layak menjadi Presiden SUPP? Mungkin penyokong Wong tidak menyangka Peter Chin akan bertanding bagi merebut jawatan Presiden SUPP, atau mungkin mereka sudah menjangka bahawa perkara sedemikian akan berlaku? Ada juga yang menyatakan bahawa muka baru patut diketengahkan bagi meraih sokongan padu kaum Tiong Hua yang sudah tidak lagi membaca media rasmi BN mahupun melihat rancangan TV media seperti RTM mahupun TV3 lagi??!!!
Sekiranya pucuk pimpinan masih dipegang oleh orang veteran, adakah strategi SUPP akan bertukar? Ke mana pula perginya calon Presiden dari kalangan Bidayuh mahupun bumiputera? Strategi SUPP di kawasan Bidayuh masih berkesan dan adakah cara yang sama dapat digunakan untuk meraih sokongan kaum Tiong Hua? Inilah antara cabaran yang akan dihadapi oleh Presiden SUPP selain daripada desakan mahupun sokongan daripada parti komponen lain?!!
Chin Janji Pimpin SUPP untuk Tempoh Tiga Tahun
Posted on October 19, 2011, Wednesday
PUTRAJAYA: Setiausaha Kerja Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Seri Peter Chin berjanji untuk memimpin parti itu selama tiga tahun bagi mengukuh dan mengembalikan sokongan kepada parti itu untuk menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang.
“Saya kata saya akan lakukannya untuk tiga tahun. Itu janji saya. Saya telah diminta oleh akar umbi untuk bertanding. Saya akan menjadi lebih gembira jika saya cuba dan mungkin gagal.
“Setidak-tidaknya saya telah mencuba. Kalau saya tidak menawarkan diri dan bersara terus, malulah saya hendak berdepan dengan ahli-ahli parti,” katanya yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air kepada pemberita di sini semalam.
Beliau pada Ahad lalu menyatakan hasrat untuk bertan-ding jawatan presiden SUPP pada mesyuarat perwakilan tiga tahun sekali SUPP dari 8 hingga 11 Disember tahun ini, yang mengejutkan banyak ahli parti dan para penyokongnya.
“Ahli-ahli merasakan saya calon paling sesuai untuk memulihkan semua parti yang kalah teruk pada pada pilihan raya negeri 16 April lalu.
“Saya rasa sekiranya saya lari dan lepas tangan, ia bukan satu penyelesaian. Saya akan menjadi tidak bertanggungjawab sebagai seorang yang sudah lama dalam parti dan mendapat faedah daripada parti,” katanya yang juga Ahli Parlimen Miri.
Seorang lagi pemimpin SUPP yang berhasrat untuk bertanding jawatan presiden ialah Timbalan Setiausaha Agung SUPP Dato Sri Wong Soon Koh yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti Negeri. — Bernama