Demi mengadapi apa jua bencana alam, kerajaan BN telah menyediakan stok makanan sebagai Pangkalan Hadapan. Ini adalah usaha murni kerajaan sebagai persediaan awal, untuk menghadapi apa jua jenis bencana alam, yang akan diagihkan dengan serta-merta ke kawasan yang memerlukan dan dilanda kecemasan.
Sebelum ini mangsa bencana alam akan menunggu selama 2-3 hari untuk menerima bantuan makanan. Kini berkat sikap proaktif dan prihatin kerajaan BN maka rakyat akan menerima bantuan makanan dengan serta-merta setelah dikenal pasti atau menerima laporan dari pusat bencana alam.
Beberapa buah kawasan telah dikenalpasti sebagai stor atau pusat penyimpanan dan pengagihan makanan. Semoga usaha proaktif BN diteruskan lagi demi menjana keyakinan rakyat. Syabas BN!
BN Sentiasa Proaktif Berkhidmat Kepada Rakyat
Oleh Mohd Achil Norrlatep, Utusan Borneo 13 Julai 2012.
BARAM: Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa proaktif memberikan khidmatnya kepada rakyat dalam segenap aspek.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau Jok memberitahu bahawa ia merupakan salah satu tanda kekukuhan yang ada pada kerajaan pemerintah sekarang.
“Bantuan bencana kepada rakyat pun kini diberikan secara stok terlebih dahulu dan boleh disimpan sehingga enam bulan,” katanya dalam majlis pembahagian stok Bantuan Khas Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Long Panai, Tutoh-Apoh semalam.
Turut hadir Ketua Masyarakat Orang Ulu Baram Pemanca Elizabeth Deng dan Penolong Pengarah JKM Bahagian Miri Goh Yong Kiet dan Ketua Kampung Uma Beluvo, Long Panai Gilbert Ding.
Menurutnya, ini adalah salah satu daripada sebahagian besar kesan transformasi kerajaan di bawah tampuk kepimpinan BN.
“Beza kalau dahulu, kita hanya menerima bantuan dua atau tiga hari lewat setelah banjir, tetapi kini stok bantuan makanan telah ada jika berlaku bencana,” jelasnya.
Beliau pada masa sama turut berasa bangga kerana ia juga bukti kerajaan pemerintah tidak pernah mengabaikan penduduk walaupun tinggal di kawasan pedalaman.
Ia juga kata beliau adalah salah satu daripada usaha murni pihak JKM dalam memahami akan masalah persediaan menghadapi bencana khususnya di kawasan seperti itu.
“Saya bangga kerana ada usaha sebegini yang sememangnya diperlukan ketika menghadapi apa-apa bencana seperti banjir yang berlaku di kawasan Baram hampir setiap tahun,” ujar Dennis.
Long Panai merupakan salah satu daripada beberapa pusat strategik menyimpan bahan stok makanan bantuan sekiranya menghadapi bencana seperti banjir.
Bantuan bencana sedemikian atau dikenali sebagai Pangkalan Hadapan merupakan stok bekalan makanan jika sekiranya menghadapi bencana yang boleh disimpan selama enam bulan.
Jika sekiranya tidak berlaku bencana, stok makanan tersebut akan diagihkan ke kampung-kampung atau pihak yang berkelayakan untuk menerimanya terutama kepada golongan orang kurang upaya (OKU), kurang berkemampuan, ibu tunggal dan golongan tidak bernasib baik lain.
Dennis setelah tamat majlis itu semalam, turut ke Long Jegan untuk menyerahkan bekalan makanan sama kepada penduduk di kawasan berkenaan.
- Posted using BlogPress from my New iPad
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!