Tahun ini membawa kelainan kepada acara tahunan di Sarawak. RWMF membawa landasan baru untuk menggalakkan produk hijau. Ini untuk memberi kesedaran tentang bahayanya pengeluaran karbon yang berlebihan.
RMWF kini bukan sekadar pentas hiburan tetapi dapat digunakan untuk membawa makna yang lebih kepada penghibur dan penggemar muzik seluruh dunia.
Selain daripada menggesa pengunjung untuk menggunakan produk Hijau, tahun ini sebanyak 300 batang pokok ditanam untuk menandakan penggunaan produk Hijau di RWMF!
Syabas kepada jawatan kuasa penganjur! Semoga usaha sedemikian mendapat sambutan yang hangat di mata dunia.
RWMF landasan terbaik galak guna produk hijau
by Agnes Tugong.
Utusan Borneo 13 Julai 2012, Friday
TANAM POKOK: Talib (kiri) menanam pokok sambil diperhatikan Gramong (kanan) di Damai Central. — Gambar oleh Muhammad Rais Sanusi
SANTUBONG: Acara Festival Muzik Hutan Sedunia (RWMF) landasan terbaik untuk menggalakkan penggunaan produk-produk hijau dalam usaha mengurangkan pengeluaran karbon.
Menteri Muda Pelancongan Datuk Talib Zulpilip berkata sebagai acara berprestij antarabangsa, RWMF menghimpunkan ribuan pengiat dan peminat muzik dari serata dunia.
Justeru katanya, tidak hanya pentas hiburan, RWMF mampu memberi kesan yang lebih efektif untuk menyampaikan mesej kepentingan alam sekitar kepada orang ramai.
“Untuk festival kali ini kita menjangkakan sekitar 27,000 pengunjung akan hadir menyaksikan acara ini yang berlangung selama tiga hari mulai 13 hingga 15 Julai.
RWMF HIJAU: Talib, Gramong dan Rashid merakamkan kenangan selepas menanam pokok di Damai Central. — Gambar oleh Muhammad Rais Sanusi
“Jumlah yang ramai ini sudah pasti akan meningkatkan risiko pencemaran alam sekitar oleh pengunjung yang berpusu-pusu menyaksikan acara ini.
“Justeru, bagi RWMF kali ini kita bukan sahaja menggalakkan penggunaan barangan hijau di kalangan peniaga untuk pembungkusan makanan malah menjalankan secara konsisten aktiviti menanam pokok sempena RWMF,” katanya pada sidang media selepas majlis menanam pokok sempena RWMF di Damai Central di sini pada Khamis.
Sebanyak 300 pokok ditanam di perkarangan Damai Central yang mana turut disertai oleh Menteri Muda Pelancongan (Produk dan Acara Tempatan) Datuk Gramong Juna serta Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sarawak Dato Rashid Khan.
Projek tanaman pokok sempena RWMF ini turut mendapat sokongan daripada Sarawak Forestry Corporation (SFC) dan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC).
Sementara itu Rashid dalam ucapannya berkata RWMF telah menerpa nama sendiri Sebagai festival bertaraf antarabangsa, STB katanya memutuskan untuk meneruskan program kehijauan iaitu majlis tanaman pokok yang mana telah diadakan buat kali kedua tahun ini dan seterusnya.
- Posted using BlogPress from my New iPad
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!