Pembohongan adalah umpan utama pembangkang untuk menagih sokongan menjelang pilihan raya
by Awangku Khaider. October 3, 2010, Sunday
MUKAH: Rakyat Sarawak bukan bodoh untuk menerima bulat-bulat pembohongan yang menjadi umpan utama pembangkang setiap kali pilihan raya menjelma, tegas Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.
|
Anwar Pembohong |
Menurutnya, mentor Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah mempromosikan pada 16 September 2008 Pakatan Rakyat akan berkuasa, namun sehingga sekarang kata-kata bekas Timbalan Perdana Menteri itu terbukti sekadar pembohongan.
“Ilusi politik membohongi rakyat merupakan umpan pembangkang. Konon dihebahkan ramai pemimpin Barisan Nasional (BN) akan mengikut dia (Anwar) pada tarikh itu dengan janji jawatan Timbalan Perdana Menteri diberikan kepada kita (Sarawak).
“Kita tidak bodoh. Kita cakap terang-terang, berkuasa dahulu, kemudian kita akan ikut dia. Sampai hari ini pembangkang tidak berkuasa. Terbukti pembangkang berbohong untuk menagih sokongan rakyat. Percayalah, BN tidak berbohong sebegini,” katanya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian itu menekankan bahawa BN langsung tidak takut dengan sebarang kritikan membabi-buta pembangkang yang semakin ketandusan modal untuk merayu simpati rakyat.
“Pembangkang melalak menjaja isu-isu semut (kecil). Lubang di tengah jalan antara isu pembangkang, bukan perkara sebesar membina bandar, membuka ladang dan memperluaskan kawasan perindustrian. BN memikirkan perkara-perkara gajah (besar) sebegini.
“Tiada sebab untuk kerajaan takutkan kritikan pembangkang. Kalau takut kenapa kerajaan mewujudkan pelbagai biro aduan? Kerajaan juga bukan terlalu angkuh sehingga tidak boleh dikritik. Kritiklah apa sahaja asalkan berasas untuk kebaikan bersama,” jelasnya.
Berucap dalam Majlis Ramah-tamah Aidilfitri yang dihadiri lebih 6,000 penduduk di halaman Kingwood Resorts, di sini semalam, beliau dengan nada bersemangat mengulangi kenyataan perjuangan BN adalah semata-mata untuk rakyat.
Selain itu, beliau memuji Ahli Parlimen Igan Datuk Abdul Wahab Dolah selaku pemimpin muda yang berpengalaman luas sementara adiknya Pengarah Urusan Kumpulan Parabena Sdn Bhd Datuk Raziah Mahmud sebagai mempunyai kecantikan tersendiri.
Taib turut mengingatkan betapa perpaduan erat antara rakyat berbeza agama serta bangsa masih belum mencukupi untuk memastikan kemajuan pesat negeri ini sekarang berkesinambungan tanpa kepimpinan yang baik.
“Kepimpinan yang baik merupakan penyambung antara usaha keras rakyat dengan jalinan erat perpaduan. Pertalian rumit ini merupakan asas untuk pembangunan fizikal mapan seperti yang kita rasai sekarang."
“Rali rakyat hari ini membuktikan kita sangat bersatu hati. Saya bangga dengan situasi ini. Pertahankan perpaduan. Tolak pembangkang. Sokonglah BN. Justeru, perjuangan BN adalah ikhlas untuk rakyat,” tambahnya.
Hadir sama, Ahli Parlimen Mukah Dato Sri Dr Muhammad Leo Michael Toyad, Speaker Dewan Undangan Negeri Dato Sri Mohd Asfia Awang Nassar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng Abu Seman Jahwie. ADUN Daro Murni Suhaili, Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong Khing Sing, Residen Mukah Saudi Narani, Pengarah Urusan Kumpulan Kingwood Hii King Chiong serta Pengerusi Organisasi Hock Peng Datuk Toh Chiew Hock turut menghadiri majlis itu.
mukapetang: Nampaknya PKR dah hilang modal di Sarawak. Kalau modal asyik nak bohong dan menyalak itu dan ini kesana ke mari memang dah seriklah kalau nak didengar. Sehingga ke hari ini, Sarawak masih bertoleransi dengan PKR. Mungkin suatu masa kelak rakyat akan naik bosan dengan isu pelik dan pembohongan PKR lagi untuk mendapatkan undi. Maaf rakyat Sarawak sudah sedar siapa Anwar Al Juburi? Kalau Azmin Al Hentak dan Xavier Al-Kaprat nak cuba juga ke mari silalah kita lihat bagaimana sambutan mereka kelak!
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!