Nama Ketua Menteri Sarawak sudah bersih apabila beliau tampil ke hadapan untuk menangkis dakwaan dan tuduhan rasuah pembangkang. Kini pembangkang sudah mati kutu untuk mengaitkan Pehin Sri dengan kegiatan mat jenin mereka yang semuanya memang tidak masuk akal sama sekali!!! Gara-gara permainan politik kotor pembangkang mereka sanggup untuk menabur fitnah dan mengemukakan tohmahan palsu ke atas Ketua Menteri Sarawak.
Kini penyokong kuat parti sudah mula menarik nafas lega. Sebelum ini pelbagai fitnah telah dihumban serta dilaung-laungkan oleh pihak pembangkang demi untuk membawa politik songsang mereka agar diterima oleh rakyat Sarawak.
Taib Mahmud adalah Ketua Menteri Sarawak!!! Tiada duanya dan tiada tandingnya!!!
Taib Mahmud nafi dakwaan miliki akaun bank Switzerland
Posted Berita Harian Online 22 June 2011
KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud menafikan dakwaan oleh Dana Bruno Manser (BMF) bahawa kerajaan Switzerland sedang menyiasat asetnya dalam bank di negara berkenaan.
Abdul Taib berkata, beliau tidak mempunyai akaun sulit bank di Switzerland atau aset atau sebarang pelaburan di sana.
Beliau berkata, dirinya sudah menulis kepada surat Presiden Switzerland, Micheline Calmy-Ray bulan lalu meminta beliau (Calmy-Ray) mengesahkan sama ada sudah mengarahkan penyiasatan Lembaga Penyelia Pasaran Kewangan Switzerland seperti yang didakwa BMF dan meminta salinan tuduhan supaya boleh mendapatkan nasihat peguam.
Beliau berkata demikian pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, pagi tadi.