Sekali lagi PBB diuji dengan komplot terbaru untuk menggulingkan Ketua Menteri Sarawak. Kononnya, Awang Tengah sedang merancang sesuatu yang hangat untuk persediaan menjelang Konvensyen Parti Pesaka Bumiputera pada Mei depan.
Ini bermakna pihak Anwarinas sedar bahawa PBB adalah tulang belakang BN di Sarawak dan sekiranya mereka berjaya menghancurkan perpaduan di dalam PBB maka 14 kerusi PBB bakal jatuh ke tangan PKR.
Kerusi yang diwarnakan hitam oleh PKR akan diberi kepada PAS. DAP pula memberikan kerusi hitam mereka kepada PKR? Rata-rata kerusi PKR berwarna hitam adalah milik PBB dan dapat dilihat PAS yang paling banyak turun padang untuk memutihkan kerusi hitam PKR. Kenapa PKR tidak mahu mempertahankan kerusi mereka?
Sekiranya PKR dapat melepaskan kerusi mereka dengan sewenang-wenangnya sebelum Pilihan raya, bayangkanlah bagaimana PKR akan menjaga kerusi dan rakyat di kawasan mereka? Bak kata Khalid Gagap, manifesto pilihanraya bukan perjanjian, pekak ke?
Inikah pemimpin yang kita cari? Kembalilah ke pangkal jalan wahai puak Anwarinas!!!
Awang Tengah nafi dakwaan cuba jatuhkan Taib

Utusan Borneo
KUCHING (24 Jan) : Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan semalam menafikan dakwaan yang mengatakan beliau mengetuai cubaan untuk menjatuhkan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.
Katanya, artikel dalam portal berita Sarawak Report yang mendakwa beliau akan berbuat demikian pada Konvensyen Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Mei depan adalah tidak masuk akal.
Laporan itu turut mendakwa Awang Tengah yang juga Naib Presiden Kanan PBB mempunyai sokongan 30 wakil rakyat daripada PBB, Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan bekas wakil rakyat Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).
“Adakah masuk akal jika sumber yang mendakwa rapat dengan YAB Ketua Menteri menyerahkan laporan tentang cubaan (menjatuhkan Taib) kepada Sarawak Report yang pernah menyerang YAB Ketua Menteri dan kerajaan negeri?” katanya menerusi satu kenyataan di sini.
Awang Tengah menegaskan, beliau masih setia dengan Ketua Menteri, parti dan kerajaan dalam keadaan susah dan se-nang.
“Saya merupakan orang mahukan YAB Ketua Menteri terus memimpin parti, negeri dan kerajaan dan rakan-rakan saya dalam parti maklum ini adalah fakta,” ujarnya.
Menurutnya, pada Konvensyen PBB 1998 beliau diminta bertanding sebagai seorang calon untuk jawatan Naib Presiden Kanan PBB.
Bagaimanapun, katanya, meskipun menang dalam pemilihan tersebut, beliau mengundur diri demi mengekalkan perpaduan dalam parti.
Sambil menegaskan bukan tamak kuasa dalam parti atau kerajaan, beliau memberitahu sepanjang kerjayanya dalam politik, beliau tidak pernah melobi untuk apa-apa jawatan.
Katanya, usaha beliau selama ini hanya dilakukan demi menyumbang dan berkhidmat kepada rakyat, parti dan negeri.
Justeru, beliau berkata artikel itu adalah bertujuan untuk memecah-belahkan perpaduan dalam PBB.
“Saya maklum ini kerja orang luar yang mahu melihat PBB sebagai tulang belakang Barisan Nasional Sarawak berpecah dan lemah terutama sekarang kian dekat dengan pilihan raya.
“Kita tidak akan terperangkap dalam permainan tidak bertanggungjawab ini,” katanya.