Isnin, 6 April 2015
Azmin Ali Tunjukkan Belang Sebagai Menteri Besar!! Ahli Keluarga Banduan Ditegah Bertanding di Permatang Pauh!!
Posted by Unknown
10:10 PTG, under Calon PKR Permatang Pauh,Nurul Nuha,Permatang Pauh,Politik Semenanjung,PRK Permatang Pauh,Rafizi Ramli,Wan Azizah | 3 comments
PERMATANG PAUH 5 April – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menerima kejutan pada hari pertama program jelajahnya di sini, apabila seorang ahli parti itu meminta ahli keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bertanding pada pilihan raya kecil nanti.
Wan Azizah yang ketika itu menghadiri program sembang santai dan beramah mesra dengan peniaga di Uptown Bandar Perda tidak memberi sebarang reaksi terhadap cadangan tersebut, namun menerima surat berkenaan.
Ahli PKR berkenaan, Rusly Yusof turut mencadangkan kepada Wan Azizah supaya pembangkang meletakkan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu sebagai calon.
Ketika ditemui pemberita selepas itu, Rusly berkata, cadangan tersebut merupakan haknya sebagai pengundi berdaftar di Permatang Pauh.
Malah, dia turut menyifatkan adalah sesuatu yang membosankan jika PKR meletakkan Wan Azizah atau anak-anaknya sebagai calon.
“Sampai bila telinga rakyat hendak disumbatkan dengan cerita tentang Anwar, Wan Azizah, Nurul Izzah dan terbaharu, Nurul Nuha,” ujarnya.
Tambah Rusly, sekiranya PKR tetap memilih ahli keluarga Anwar, keputusan itu memberi gambaran seolah-olah parti berkenaan ketandusan calon yang berkelayakan.
Dalam masa sama, Rusly turut mendesak Wan Azizah menjelaskan sampai bila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang itu akan membiarkan dirinya dipergunakan golongan tertentu dalam parti bagi mencapai matlamat politik.
“Saya menjelaskan kepada beliau menerusi surat itu bahawa rakyat terutamanya anak muda bukan lagi boleh dicucuk hidung seperti sesetengah Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK),” katanya.
Berkenaan cadangan supaya Mat Sabu dipilih menjadi calon, jelas beliau, ini kerana faktor pengalaman yang dimiliki pemimpin Pas berkenaan, selain boleh memainkan peranan menyatukan kembali pakatan pembangkang yang hampir berpecah ketika ini.
“Mat Sabu bakal sambung kembali jambatan yang telah runtuh dan sekali lagi saya merayu, tamatkanlah era keluarga Anwar di sini,” katanya.
Bagaimana pula surat yang dikeluarkan oleh Rafizi Ramli ni? Adakah Azmin Ali lebih hebat kerana mahu meletakkan proksinya di Permatang Pauh?
Siapakah Aidana Baizieva Mangsa Helikopter Semenyih 9M-1GB?
Posted by Unknown
9:41 PTG, under 9M-1GB,Aidana Baizieva,Aidana Karabosa,Kemalangan,Mangsa Helikopter Terhempas Semenyih | 10 comments
Inilah Aidana Baizieva yang turut terkorban dalam nahas helikopter milik IGB 4 April yang lalu.
Menurut laman web Gaukhara.com, Aidana Baizieva atau Aidana Karabasova adalah seorang jurnalis muda yang berasal dari Kyrgyzstan dan masih menuntut di International University of Information Technologies JSC dan dijangka menghabiskan pengajian pada 2016 (sumber).
Anda boleh lihat hasil kerja Aidana dalam bidang kewartawanan melalui banyak sesi temubual di laman Youtube di beliau di sini (sumber). Antaranya:
Dua ahli keluarga Aidana kelihatan berada di Hospital Kuala Lumpur pagi tadi, dipercayai untuk menandatangani dokumen perlepasan jenazah.
Namun tiada siapa yang tahu mengapa Aidana berada dalam helikopter tersebut, dan atas tuntutan kerja apakah? Mungkinkah beliau salah seorang saudara mara menantu Perdana Menteri?
Apapun, takziah diucapkan kepada keluarga Aidana Baizieva.
Ketua Menteri Sarawak Mengamuk!!!
Posted by Unknown
9:38 PTG, under BN Sarawak,Jabatan Imigresen,Ketua Menteri Sarawak,Mengamuk,PATI,PBB,Sarawak | No comments
KETUA MENTERI SARAWAK MENGAMUK DENGAN IMIGRESEN SARAWAK SEBAB GAGAL JALANKAN TUGAS!!!
Ini kali pertama, mana-mana Ketua Menteri atau Menteri Besar negeri-negeri di Malaysia memperlihatkan tahap ketidakpuasan hati berhubung prestasi kerja agensi-agensi tertentu di negara ini.
Dalam satu pertemuan dan taklimat tertutup di Kuching, Khamis lepas, Adenan Satem menyatakan tidak puas hatinya terhadap pegawai-pegawai penguatkuasa imigresen negeri itu.
Sebuah klip video yang dirakamkan menggunakan kamera telefon dan dirakamkan oleh seorang pegawai dari jabatan tersebut ketika dia dan 20 orang pegawai daripada 20 agensi yang lain - dari negeri dan persekutuan - telah diminta hadir ke bilik operasi negeri di Wisma Bapa Malaysia di Petra Jaya.
Selama ini, tidak ramai yang melihat Adenan Satem naik angin walaupun cukup terkenal dengan kenyataan dan reputasinya, 'jangan main-main dengan saya'.
Adenan dilihat hilang sabar kerana kegagalan Jabatan Imigresen untuk menghalang kebanjiran pendatang haram Suluk dan Bajau di Miri.
"Sudah ada 700 Bajau dan 400 Suluk yang mencuri ikan di Miri dan (anda masih kata), anda tidak tahu tentangnya," Adenan kedengaran bersuara di dalam klip video berkenaan.
"Sekarang anda tahu, (anda bagi) alasan biasa, 'tidak cukup tenaga kerja, tidak cukup itu, tidak cukup ini. Stupid,
"Saya tidak mahu sebarang alasan berhubung tidak cukup tenaga kerja." Adenan juga berkata, "Separuh kakitangan bertugas di pejabat. Lebih pekerja di pejabat, kurang pekerja di luar."
Dengan melabelkan sesetengah daripada mereka sebagai 'pengecut', Adenan berkata, mereka seringkali memberikan pelbagai alasan untuk tidak mengambil sebarang tindakan ke atas Bajau dan Suluk.
Kaum Suluk yang dimaksudkannya, datang dari selatan Filipinan yang bergolak dan tidak takut langsung dengan anggota-anggota penguatkuasaan dan seringkali bertindak secara agresif ke atas pihak berkuasa.
"Alasan sebenarnya ialah, mereka takut," kata Adenan, yang turut menambah, rakyat mahukan pegawai-pegawai kerajaan melaksanakan tanggungjawab mereka dengan 'berani, penuh semangat dan berdedikasi'.
"Kita memberi amaran (kepada) pihak imigresen setahun lalu tentang Sulu. Tiada apa-apa yang dilakukan sehinggalah masalah ini menjadi lebih besar. Anda tahu ke berapa ramai imigran haram berada di Sarawak?
"
Dalam sidang media kemudiannya, Adenan berkata, hanya 150 orang Suluk dan Bajau yang berjaya ditahan dalam operasi terbaru manakala bakinya, 'hilang tanpa dapat dikesan'.
Menurutnya, penempatan-penempatan Bajau dan Suluk di kawasan setinggan telah pun dimusnahkan.
Walaupun dikecam, ucapan Adenan mendapat tepukan daripada para pegawai berkenaan apabila dia berkata, pegawai-pegawai persekutuan yang tidak gembira dengan tempat kerja mereka, bolehlah minta bertukar, dan 'kami akan pastikan anda keluar dari negeri ini dengan secepat mungkin'.
"Mana-mana pegawai persekutuan yang tidak gembira dengan perkhidmatannya dan tidak gembira berkhidmat di Sarawak, beritahu bos-bos anda. Anda boleh minta untuk dipindahkan. Kami akan menyokong pertukaran dan anda tidak akan berada lagi di negeri ini."
Menurut Adenan lagi, bukannya susah sangat untuk mendapatkan seseorang yang lebih berdedikasi untuk berkhidmat di Sarawak.
Ketua Menteri Sarawak yang diterima ramai oleh rakyat Sarawak kerana sikap merendah dirinya serta polisinya yang mempertahankan kepentingan Sarawak, turut menyatakan perkara yang sama kepada kaum guru.
"Mun si maok sitok, ndak ndak sia (kalau tak suka berada di sini, keluarlah). Jangan banyak sangat bunyi. Ada ramai orang lain yang
Adenan Beri Sokongan Padu Terhadap Najib!
Posted by Unknown
7:43 PTG, under Adenan Satem,Barisan Nasional,BN Sarawak,Ketua Menteri Sarawak,Najib Razak,Perdana Menteri Malaysia | No comments
Barisan Nasional Sarawak akan bersatu hati untuk menyokong DS Najib. Ini disampaikan selepas Majlis Menandatangani Surat Ikrar Integriti dalam sidang media tadi. Ikuti laporan oleh sarawakiana di bawah.
BN Sarawak Akan Tetap Sokong Najib - Adenan
KUCHING: Kerajaan Barisan Nasional (BN) Sarawak akan tetap memberi sokongan padu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam apa pun keadaan.
Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem berkata, kami (BN Sarawak) akan tetap bersama Perdana Menteri (Najib).
"Apa yang boleh saya cakapkan di sini adalah semua komponen parti BN, khususnya di Sarawak dan Sabah sepenuhnya akan menyokong Perdana Menteri sepertimana yang telah kami umumkan pada Mesyuarat Majlis Tertinggi BN baru-baru ini."
Adenan berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Menandatangani Ikrar Intregriti oleh 25 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN Sarawak dan 30 Setiausaha Politik negeri di DUN di sini sebentar tadi.
Beliau memberi respon kepada soalan pemberita mengenai perkembangan terkini dimana Najib telah "diserang" oleh mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohammad.
Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) Sarawak Abdullah Saidol dan dif-dif kenamaan yang lain. - Sarawakiana
[BONGKAR] Apakah Maksud Disebalik Serangan Tun Mahathir Ke Atas DS Najib Razak?
Posted by Unknown
7:20 PTG, under BR1M,JASA,Kemelut UMNO,Lokman Adam,Najib Razak,Panel Pemikir JASA,Perdana Menteri Malaysia,Tun Mahathir,UMNO | 1 comment
Kemelut antara Tun Mahathir dan DS Najib semakin jelas. Kenapakah Tun Mahathir kelihatan begitu meroyan sekali dengan semua perkara yang telah dilakukan oleh DS Najib.?
Lebih-lebih lagi dengan isu BR1M di mana Tun Mahathir meminta DS Najib sepatutnya menyalurkan dana tersebut kepada syarikat korporat untuk membantu rakyat. Sebaliknya DS Najib amat bijak kerana sekiranya kroni yang diberikan malah tidak ada sesen pun yang mungkin bertandang ke bumi kenyalang dan hanya ke dalam poket kroni sahaja?
Bercakap mengenai kroni juga kemungkinan besar kebanyakan kroni Tun Mahathir yang mendapat kontrak Petronas telah ditamatkan akibat tidak memberikan mutu perkhidmatan yang tinggi?
Apakah ini juga menyebabkan beliau lagi meroyan dengan pentadbiran DS Najib?
Benarkah kebanyakan lubang kroni beliau telah ditutup dan ini membimbangkan sokongan mereka terhadap anak beliau (Mukhriz) semakin kurang? Bagaimanakah penyelesaian ini kelak?
Terlebih dahulu mari kita sedut hal bongkar disebalik serangan Tun Mahathir ke atas DS Naijb dibawah.
LOKMAN ADAM DEDAH SEBAB SEBENAR TUN MAHATHIR SERANG @NajibRazakOleh Lokman Adam
Dari hari ke hari kita lihat, serangan ke atas Dato Seri Najib oleh Tun Dr Mahathir Mohamed semakin menjadi-jadi. Yang terkini, pemberian BR1M kepada mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah RM4,000 ke bawah juga dipertikainya.
Memang tidak mudah untuk kepimpinan UMNO menjawab Tun M. Siapa juga yang cuba mempersoalkan keterlanjuran Tun M, sudah pasti menempah keranda dalam karier politik mereka kerana terpaksa berhadapan dengan ribuan penyokong Tun M yang menganggap Tun sebagai seorang yang maksum umpama Nabi.
Memandangkan karier politik saya pun dah mati bila tewas dalam pemilihan Naib Ketua Pemuda UMNO lalu dan bekas pemimpin PKR memang sukar untuk bertapak semula dalam UMNO, biarlah saya membakar diri menyatakan apa sebenarnya disebalik usaha Tun M ini.Setiap pemimpin ada cara tersendiri bagaimana mereka ingin mengurus ekonomi negara. Di zaman Tun M, salah satu pendekatan yang beliau gunakan untuk merangsang ekonomi ialah dengan menyelamatkan syarikat-syarikat besar.
Saya masih ingat, Tun M selalu menyebut, "bila kita bantu syarikat-syarikat besar ini, mereka akan dapat membayar gaji pekerja-pekerja mereka dan mereka juga akan memberikan pulangan kepada kerajaan dengan membayar cukai".Itu cara Tun dan kerana itu jugalah bila Anwar tidak mahu meluluskan penggunaan dana Petronas sebanyak RM 2 Billion untuk menyelamatkan MISC, yang punya kaitan dengan Mirzan Mahathir, Anwar akhirnya dipecat.Ya, memang betul Anwar seorang peliwat, tidak syak lagi. Tetapi kalau betul Tun M tidak boleh terima seorang peliwat untuk menggantikan beliau, sudah pasti dari tahun 1993 lagi Anwar sudah dipecat olehnya bila Tun Hanif Omar, Ketua Polis Negara ketika itu memaklumkan tentang tabiat luar tabii Anwar, tetapi Tun tidak pernah kisah soal moral Insan yang setia bersamanya ketika itu.
Tun hanya bertindak ke atas Anwar bila Anwar enggan membantu Mirzan yang terganggu emosinya ketika itu akibat kegawatan ekonomi 1997-1998. Memang tidak dapat dinafikan, pemecatan Anwar juga berpunca daripada tindakan juak-juak Anwar yang sudah mengatur langkah untuk menabalkan Anwar sebagai Presiden UMNO.Di bawah kepimpinan Dato Seri Najib, beliau tidak menggunakan pendekatan Yang Tun ambil.Lagipun, jika RM 5 billion disuntik kepada syarikat-syarikat besar ini, berapa peratus sangatlah yang akan dinikmati oleh kakitangan syarikat-syarikat tersebut berbanding dengan pemberian BR1M yang terus diberikan kepada mereka yang benar-benar susah dan memerlukan.
Matlamatnya juga sama iaitu meningkatkan kecairan dipasaran, tiada bezapun dengan matlamat Tun M. Cuba kita tanya kepada mereka yang menerima BR1M tahun lepas, siapa yang masih menyimpan duit BR1M mereka? Saya yakin semuanya sudah habis dibelanjakan untuk membeli barang keperluan harian mereka.
Jika mereka membeli sayur, ianya akan merangsang industri pertanian, jika ianya digunakan untuk membeli daging, ianya akan merangsang industri penternakan dan begitulah seterusnya.Tun M bukan hendak jawapan pada persoalan BR1M, 1MDB, Altantuya, Shirul mahupun Jet yang turut beliau dan Tun Siti Hasmah gunakan semasa beliau menjadi Perdana Menteri ketika kegawatan ekonomi 1997-1998. Isu tersebut hampir semuanya sudah dijawab dan Tun M bukanlah seorang yang malas membaca.Yang menyebabkan Tun M gelabah tidak tentu pasal hari ini adalah apabila beliau melihat perginya TG Nik Aziz dan Lee Kwan Yew. Tun M tahu yang masanya juga akan sampai dan beliau "running out of time".
Sebagai seorang bapa yang cukup menyayangi anaknya, Tun M membuka laluan perjalanan politik untuk anaknya Mukriz dengan cukup baik.Setiap Perdana Menteri selepas beliau dianggap hanya "Calon Sementara" sebelum Mukriz dapat ditabalkan sebagai Perdana Menteri. Tempoh masa yang diberikan juga sekitar 5 tahun supaya beliau sempat memastikan Mukriz berpeluang duduk di kerusi No 2 sebelum beliau menemui Ilahi.Itu sebabnya saya tidak terkejut bila Tun M kata Najib akan jatuh bulan Mac. Dulu, Pak Lah dilanyak teruk sejak beliau membatalkan projek Jambatan Bengkok yang Tun M luluskan. Pak Lah bertahan selama 5 tahun 8 bulan.Dato Seri Najib pula mula menjadi mangsa bila beliau mengambil keputusan yang menjejaskan kroni Tun M. Antaranya dengan membatalkan kontrak bekal tenaga oleh 4 IPP yang dimiliki oleh YTL, Syed Mokhtar, Genting dan Ananda.Bila batal kontrak pembekalan tenaga kepada TNB ini, cerita yang berjaya disembunyikan dari pengetahuan rakyat ialah wang rakyat sebanyak RM19 billion setahun telah berjaya Dato Seri Najib selamatkan kerana kita tidak perlu lagi memberi subsidi kepada keempat-empat IPP ini termasuk dua daripadanya yang telah dibeli oleh 1MDB iaitu IPP milik Ananda dan Genting.Dan inilah juga puncanya kenapa Ananda terpaksa membayar balik lebih 2 billion (Bukan Pinjaman) kepada 1MDB kerana pembelian IPP milik Ananda dibuat bersekali dengan nilai kontrak membekal tenaga yang dimiliki oleh IPP milik Ananda itu.Semalam, genap 6 tahun DSN memerintah dan ini jelas membuktikan jangkaan Tun M bahawa Najib akan jatuh bulan Mac lepas ternyata meleset. Kepada sahabat-sahabat yang masih "blur" kenapa Tun M merapu mempersoalkan pelbagai pekara yang sebenarnya sudahpun terjawab, izinkan saya menyatakan puncanya.Sebabnya hanya satu, Tun M tidak yakin yang Mukriz mampu menyaingi KJ tanpa bantuannya. Itu sebabnya DS Najib perlu ditumbangkan supaya Mukriz lebih mudah ke Kerusi No 2 sebelum beliau memejamkan matanya.Buat Tun M, pesanan saya cuma satu. Ingatkan kembali ayat yang selalu beliau utarakan, "Kalau nak tegur pemimpin, tegurlah mengikut saluran.Kalau marah dengan seekor nyamuk, janganlah satu kelambu dibakar". Bagi saya KJ dan Mukriz keduanya aset negara dan kalau kita hendak melihat UMNO kekal berkuasa lama, kedua mereka harus kita angkat memimpin kita.Akan tetapi biarlah mereka berdua ini naik dengan kemampuan mereka sendiri dan melalui persaingan yang sihat.Kalaupun Tun nak bantu Mukriz, gunakanlah pengalaman berharga Tun itu membantu Mukriz menjadi seorang Menteri Besar yang berwibawa dan terbukti berjaya membawa negeri Kedah ke arah kegemilangan yang disanjung rakyat.
Tetapi, kalau Tun M terus memberi peluru kepada pembangkang untuk membenamkan DS Najib, saya khawatir bukan hanya Najib yang akan tumbang, tetapi BN juga akan tumbang sebagai parti memerintah. Apa guna kalau ketika itu kita ada Presiden UMNO yang baru, tetapi kita sudah tidak punyai kuasa.Masa itu, bukankah anak Tun sendiri yang akan berputih mata?