Khamis, 28 Oktober 2010
PKR lawan DAP di Batu Kawah
Posted by Unknown
4:14 PTG, under Alfred Yap,Anwar Ibrahim,audie61,Batu Kawah,Chong Jieng Jen,DAP,PKR,Sarawak,Tan Joon Phoi | No comments
Kenapa begitu ramai menyatakan Harimau DAP mula menunjukkan kukunya di Sarawak? Teman blogger saya begitu rancak melaungkan nama Lim Guan Eng eh bukan, nama Harimau DAP Sarawak. Bukan Wong Ho Leng tetapi Chong Jieng Jen.
Kalau nak tahu siapa Chong Jieng Jen sila ikuti kisah anak Harimau yang keluar dari hutan masuk Kota Sentosa.
diterjemah dan disadur dari audie61
"Melepasi Batas Pemuda"
Di manakah 'Lim Guan Eng dari Sarawak' kini berada? audie61' ingin mengambil kesempatan untuk memperkenalkan Jucucakap Politik baru kami Tiger Liew dengan isu pertama beliau: - 
Di Semenanjung Malaysia, mereka ada Lim Guan Eng, di Sarawak pula, kami ada Chong Chieng Jen.
Sepertimana puak Lim yang mendominasi DAP di barat, keluarga Chong pula memiliki pengaruh yang besar ke atas DAP di Sarawak. Bahkan mereka mungkin memiliki keyakinan bahawa Chieng Jen sekarang tidak dapat dikalahkan. Besar kemungkinan juga akan menduduki kerusi Ketua Menteri Sarawak. Ini tidak mustahil kerana hal ini telah terjadi di Penang dengan Lim Guan Eng, bukan?
Dalam politik, persepsi lebih kuat dari kenyataan. Mereka percaya bahawa mereka akan menang dalam tempoh jangka panjang. Setakat ini, nasib telah banyak menyebelahi CCJ. Dia berjaya mengekalkan kerusi Ahli Parlimen Bandar Kuching untuk penggal yang kedua, melalui gelombang ketidakpuasan terhadap SUPP dalam pilihan raya tahun 2006. Walaupun menang tipis mengalahkan Alfred Yap Chin Loi dan memenangi kerusi baru Kota Sentosa tapi sudah cukup untuk menyemarakkan lagi semangat perjuangan beliau.
Bagaimana agaknya perasaan Alfred Yap setelah kehilangan kawasan tersebut? Kita cuma boleh meneka. Beliau telah diminta untuk menyerah kerusinya di Batu Kawah kemudian memecut bagai kesatria berkuda berbaju zirah ke Kota Sentosa. Malangnya beliau tersungkur.
Khabar angin pula menyatakan bahawa Yap telah berkempen sejak hari dia kehilangan kerusinya. Terdapat ura-ura juga menyatakan bahawa Yap mengidam untuk mendapat peluang kedua sekiranya diluluskan untuk memenangi pencalonan parti SUPP di Kota Sentosa. Dia sememangnya telah bersedia sepenuhnya untuk pusingan kedua di Kota Sentosa.
Jika Yap mendapat pencalonan kedua kalinya di Kota Sentosa, inilah peluang keemasan bagi dirinya untuk bertemu dan menumbangkan bakal Ketua Menteri Sarawak dari DAP iaitu Chong!
Bagi Chong, dia telah membuktikan kejaguhannya ketika dia berjaya menjatuhkan Timbalan Menteri Yap di Kota Sentosa. Dia kini yakin bahawa dia mampu berhadapan dengan calon parti lawan yang lebih tinggi lagi. DAP selalu angkuh mengatakan bahawa para pemimpin mereka (misalnya Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng) boleh diterbangkan di mana saja ke kawasan-kawasan majoriti Cina dan menang. Si Lim tua telah terbukti berkali-kali dengan memenangi kerusi di Melaka, Perak dan Pulau Pinang.
Mampukah Chong mempertahankan kerusinya di Kota Sentosa dalam pusingan yang seterusnya? Adakah dia akan ditugaskan untuk memburu seekor naga baru di tempat lain dan menobatkan orang kanannya untuk mempertahankan Kota Sentosa? Jika DAP masih boleh menekan kemarahan pengundi Cina, pastikah Chong akan menjadi pahlawan dan membuktikan kemampuannya dengan merempuh masuk ke dalam benteng musuh? Sudah semestinya dia akan meninggikan hidungnya di antara rakan-rakannya di Semenanjung Malaysia jika dia dapat memenangi kerusi di tempat lain di Sarawak. Tapi di mana agaknya yang menjadi sasaran beliau?
Jika Chong memilih untuk bertanding di kawasan lain, tempat yang pasti adalah kerusi Batu Kawah. Dia sering dilihat berkunjung ke kawasan tersebut baru-baru ini.
Shhhhh, SUPP Batu Kawah pasti gerun apabila mengetahui 'Chong lawan Tan Joo Phoi'. Pada saat ini juga, kita boleh melihat bagaimana calon PKR See Chee How tengah hebat berjuang di Batu Kawah. Tetapi sekiranya Chong turut serta dalam perebutan kerusi Batu Kawah, perrhitungannnya akan menjadi semakin menarik.
Jadi, adakah Chong akan meninggalkan Kota Sentosa untuk Batu Kawah? Apakah dia akan membuktikan kemampuannya dan menghidupkan gelaran yang mereka telah berikan kepadanya: 'Idola Belia Cina dari Desa'. Bagaimana pula status calon PKR See Chee How dan Tan Joo Phoi?
Jangan lupa, anda akan mendengar dengan lebih lanjut tentang hal ini dari Tiger dalam blog audie61
Later Cloud Surfer
PAS di Galas: Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi
Posted by Unknown
10:00 PG, under BN,DUN,Galas,Kelantan,N45,parpukari,PAS,pisau,PRK,suaragalas | No comments
Bahaya menimpa Penduduk Galas sekiranya PAS Menang!
MP ingin memetik thesis Parpukari mengenai Calon di Galas. Sudahlah tidak mesra rakyat apabila ditemuramah oleh wartawan. Agaknya dia tidak mahu ditanya rahsia atau sejarah silamnya diketahui oleh rakyat terutamanya penduduk di Galas. Semua ahli politik suka publisiti tetapi adakah publisiti yang mencemar imejnya hendak dicari dan dibongkar bila dia ingin naik kerusi Galas.
Sudahlah jatuh ditimpa tangga begitulah nasib Dr Zulkefli. Kecoh beliau apabila mengetahui sejarah silam Allahyarham bekas YB Galas ini.
Sungguhkah begitu banyak jasa baik Allahyarham sehinggakan PAS memetik jasa beliau. Rupa-rupanya, harapkan pagar pagar makan padi. Ikuti pendedahan di pautan di bawah
DUN GALAS! KISAH BEKAS ADUN GALAS YANG MESTI DIKETAHUI OLEH SEMUA RAKYAT MALAYSIA - EPISODE 1
Setelah tiga bulan berkampong di Galas, PAS masih tiada modal untuk digunakan buat berkempen. Blogger Pisau.net melihat PAS berkempen bermodalkan orang mati. (Baca di sini dan sini). Dua kali Harakah melaporkan mengenai jasa Allahyarham Chek Hashim. (Baca Harakah di sini dan sini)
Sepanjang Allahyarham menjadi wakil rakyat sejak Mac 2008, keadaanya begitu gering. Pada bulan Julai 2008, beliau sudah mula menjalani rawatan intensif di China. Bila pula beliau sempat membawa kononnya pembangunan pesat tiga tahun kebelakangan ini?
Sungguhkah begitu banyak jasa Allahyarham hingga menjadi suatu daya tarikkan untuk pengundi memberi undi kepada calon PAS, Dr Zulkefli? Yakinkah penduduk di Kampong Sungai Tekar dan Kampong Sungai Ketil akan jasa Allayarham?
Sepanjang Allahyarham menjadi wakil rakyat sejak Mac 2008, keadaanya begitu gering. Pada bulan Julai 2008, beliau sudah mula menjalani rawatan intensif di China. Bila pula beliau sempat membawa kononnya pembangunan pesat tiga tahun kebelakangan ini?
Sungguhkah begitu banyak jasa Allahyarham hingga menjadi suatu daya tarikkan untuk pengundi memberi undi kepada calon PAS, Dr Zulkefli? Yakinkah penduduk di Kampong Sungai Tekar dan Kampong Sungai Ketil akan jasa Allayarham?
Pendedahan ini mungkin menimbulkan kemarahan sesetangah pihak kerana Allahyarham sudah tiada lagi. Tetapi yang benar walaupun pahit, harus diketahui ramai. Pembohongan yang cuba dilakukan PAS tidak harus dibiarkan berleluasa.
Ikutilah kisah di sebalik gambar-gambar yang disiarkan pada pautan parpukari di atas.