Sabtu, 14 Mei 2011
Sekitar Majlis Penghargaan & Kesyukuran N43 Ngemah dan N44 Machan
Posted by Unknown
8:03 PTG, under Abdul Aziz Adenan,Barisan Nasional,Dr James Masing,Gramong Juna,Jentera Pilihanraya Sarawak,Machan,Ngemah,Pandi Suhaili | No comments
Konsesi Balak Tipu Dokumen Lesen Pembalakan!!!!
Konsesi balak main kotor apabila meniru tandatangan penghulu!!?? Benarkah ini sedang berlaku dan dibenarkan? Kenapa ada pihak yang menutup mata? Adakah disebabkan keuntungan yang begitu banyak sehingga menjadi semakin tamak dan lupa tatasusila.
Janganlah konsesi balak ini lupa bahawa rakyat masih perlu dihormati dan jangan mengaut keuntungan yang menggila sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi wang ringgit.
Sempadan orang lain mesti dihormati lebih-lebih lagi hak dan harta benda setiap rakyat. Janganlah terlalu akur dengan konsesi sehingga para pekerja sanggup berbuat apa sahaja demi dikekalkan kontrak. Sedarlah dunia ini bulat!! Sekejap di atas sekejap di bawah!!!
Penduduk tolak aktiviti pembalakan
by Nick Fletcher. Posted on May 13, 2011, Friday
Syarikat pernah adakan dialog bersama JKKK Semadang namun hasrat mereka ditolak
KUCHING: Insiden di Tebedu mungkin berulang di Kampung Semadang, Penrissen dan Kampung Skio, Bau sekiranya khabar angin kemasukan aktiviti pembalakan di sekitar Jalan Semadang-Skio menjadi realiti.
Difahamkan, sebuah syarikat konsesi pembalakan swasta yang berpangkalan di Sibu telah diluluskan lesennya oleh Jabatan Hutan untuk aktiviti pembalakan di situ dan kini dalam proses mendapatkan kelulusan dua kampung berkenaan.
Menurut Ketua Kampung Semadang Samson Manggang, sebelum ini pihak syarikat terbabit pernah mengadakan sesi dialog bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Semadang berhubung hasrat mereka itu, namun ditolak.
Bagaimanapun, kemungkinan aktiviti pembalakan tersebut akan bermula dari Kampung Danu (bersempadan Kampung Semadang) kerana dipercayai surat persetujuan kemasukannya dari situ telah diluluskan oleh pihak kampung berkenaan.
Susulan itu, syarikat pembalakan tersebut kini dalam usaha mendapatkan kebenaran untuk membuat jalan balak yang menghubungkan Kampung Semadang dan Kampung Danu, selain memohon melalui Jalan Semadang-Skio.
“Penduduk kampung (Semadang) sekeras-kerasnya menolak kemasukan aktiviti pembalakan ini… saya juga difahamkan oleh Ketua Kampung Skio bahawa mereka juga membantah sepenuhnya,” katanya yang ditemu bual semalam.
Sehubungan itu, Samson berkata JKKK Semadang telah menubuhkan jawatan-kuasa bertindak bagi membantah kemasukan aktiviti pembalakan berkenaan.
“Kami kini dalam proses bantahan dan akan menolak sepenuhnya kemasukan pembalakan tersebut,” katanya.
Turut dikesali apabila syarikat pembalakan terbabit menggunakan taktik kotor dalam kelulusan lesen mereka di mana ia turut ditandatangani oleh Penghulu Penrissen Rimong Sutur.
Akan tetapi, tandatangan Rimong itu dipercayai ditiru oleh mereka setelah ia dinafikan oleh beliau (Rimong) sendiri, yang juga anak jati Kampung Semadang kerana perkara sedemikian boleh menjejaskan nama baiknya.
“Penghulu memberitahu tidak pernah menurunkan tandatangan terhadap lesen mereka (syarikat pembalakan), namun dalam lesen tersebut ada tandatangan beliau.
“Ini menunjukkan mereka meniru tandatangan peng-hulu demi mendapatkan lesen,” kata Samson sambil menambah perkara itu sudah dijelaskan kepada penduduk kampung agar tidak menimbulkan persengketaan antara penduduk dengan penghulu,” katanya.
Ada Berani!!! Francis Siah Patut Gesa Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Anwar Ibrahim untuk Meletakkan Jawatan Mereka!!!!
Posted by Unknown
4:12 PTG, under Anwar Ibrahim,Dr James Masing,Francis Siah,Karpal Singh,Ketua Menteri Sarawak,Lim Guan Eng,Lim Kit Siang,Taib Mahmud | No comments
Francis Siah sekali lagi diketuk dengan baik. Bukan sekali dua Francis Siah telah berkokok untuk membawa perubahan kepada Sarawak. Kali ini siap dengan menentukan tarikh untuk Ketua Menteri meletakkan jawatannya.
Siapakah Francis Siah yang begitu takbur untuk membawa tarikh yang menentukan hari Ketua Menteri untuk meletakkan jawatan? Dapatkah MoCS membawa segala kemajuan dan meneruskan perjuangan Ketua Menteri Sarawak apabila Ketua Menteri disuruh meletakkan jawatan? Mengapakah pertubuhan bukan kerajaan boleh menentukan hala tuju kerajaan yang telah dipilih secara umum?
Kenapakah Francis Siah tidak sedar diri dan terus pencen daripada meneruskan kerja yang sedemikian? Sepatutnya Francis Siah mencari pengganti yang dapat memastikan bukan Ketua Menteri sahaja untuk terus berundur malah Lim Kita Siang, Karpal Singh dan Nik Aziz? Mungkin Francis Siah tidak patut mempunyai agenda dengan Ketua Menteri sahaja sebaliknya seharusnya membesarkan pertubuhan bukan kerajaan sehingga ke Singapura untuk menggesa Lee Kuan Yew untuk meletak jawatan juga. Francis Siah patut memiliki pemikiran antarabangsa dan bukan di Sarawak sahaja?
Selain daripada ketua negeri Francis Siah patut memastikan ketua pertubuhan bukan kerajaan yang lain yang telah memegang persatuan dengan begitu lama? Bukannya Francis Siah tidak tahu sebenarnya keputusan tidak terletak di tangan Ketua Menteri tetapi di tangan rakyat!!!
Mungkin Francis Siah perlu belajar lagi dan menimba lebih banyak pengalaman politik sebelum membuat sesuatu yang ada kaitan dengan politik?
JAMES MASING Desakan pengunduran Taib tidak wajar: Masing
by Agnes Tugong. Posted on May 14, 2011, Saturday
MoCS tidak berhak mendesak KM segera meletak jawatan
KUCHING: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Movement for Change Sarawak (MoCS) tidak berhak mendesak Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud segera meletak jawatan.
Presiden PRS Dato Sri James Masing menyifatkan desakan tersebut sebagai satu tindakan yang tidak wajar oleh MoCS yang dipengerusikan oleh Francis Paul Siah.
Menurutnya, MoCS tidak ada hak untuk berbuat demikian apatah lagi pelantikan Taib sebagai Ketua Menteri adalah berdasarkan proses pemilihan yang sah mengikut perlembagaan.
“Umum ketahui Taib telah dilantik sebagai Ketua Menteri mengikut proses pemilihan sah dari segi undang-undang perlembagaan.
“Bagaimana badan seperti MoCS boleh mendesak beliau untuk segera meletak jawatan sedangkan mereka tidak diberikan kuasa untuk berbuat demikian.
“Pada saya desakan ini adalah satu tindakan yang tidak bermoral dan tidak menghormati beliau sebagai pemimpin yang dipilih secara sah oleh rakyat mengikut perlembagaan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi Utusan Borneo bagi mengulas tindakan MoCS melancarkan ‘Operasi Taibetes’ semalam, bagi mendesak Taib meletak jawatan pada 13 Ogos 2011, tiga bulan bermula semalam.
Menurut Francis, jika Taib enggan berbuat demikian, MoCS akan terus berusaha sehingga beliau melepaskan jawatan atau beliau (Taib) melakukannya secara paksaan atas kuasa rakyat.
Beliau bagaimanapun menjelaskan desakan ini tiada kaitan dengan soal peribadi tetapi adalah atas dasar untuk melihat perubahan dalam pucuk kepimpinan dan pentadbiran negeri dan kepentingan rakyat.
“MoCS ditubuhkan secara rasmi pada 13 Ogos 2010 iaitu pada hari Jumaat dan bermula hari ini, kami memberikan tempoh sehingga 13 Ogos 2011 untuk Taib meletak jawatan.
“Jika beliau enggan berbuat demikian, kuasa rakyat akan memaksa beliau meletak jawatan dan keluar dari pejabatnya,” katanya pada sidang media di pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cawangan Stampin, semalam.
Aziz Sokong Masing Agar PPP Tidak Masuk Sarawak
Posted by Unknown
10:17 PG, under Abdul Aziz Adenan,Barisan Nasional,Dr James Masing,Politik Sarawak,PPP | No comments
Kalau tidak rosak kenapa perlu baiki? Inilah kata-kata azimat yang sering bermain apabila teringat akan parti baru yang ingin bertanding di Sarawak. Komponen parti Barisan Nasional Sarawak masih mampu mendapat sokongan majoriti walaupun terdapat sebuah parti yang kini tidak disenangi lagi di kawasan bandar.
Namun dengan adanya penstrukturan baru dalam parti tersebut dan adanya sepakat antara ahli kemungkinan besar sokongan daripada kawasan bandar terutama sekali dari kaum Cina mungkin agak sukar tetapi boleh dikecapi dalam 20 tahun lagi.
Aziz sokong Masing persoal kewajaran PPP ke Sarawak
Posted on May 13, 2011, Friday
KUCHING: Ketua Penerangan Pemuda PBB Aziz Adenan menyokong kenyataan Presiden PRS Dato Sri Dr James Masing yang mempersoalkan kewajaran Parti Progresif Penduduk (PPP) melebarkan sayapnya ke Sarawak.
Katanya sebagai sebuah parti komponen BN, PPP seharusnya tidak membuka cawangan di Sarawak dan tidak menimbulkan perasaan tidak senang di kalangan parti-parti komponen BN Sarawak.
“Dalam konteks memelihara semangat perpaduan dalam Barisan Nasional, saya tidak nampak alasan yang munasabah untuk PPP meneruskan kehadirannya di Sarawak,” katanya.
Malah menurut beliau, sedangkan Umno sebagai tulang belakang BN, tidak mengembangkan sayapnya di Sarawak.
Pada Selasa lepas, Masing memberitahu Utusan Borneo menerusi SMS: “Memang tidak wujud persoalan tentang PPP membuka keahlian di Sarawak. Tetapi sebagai anggota BN, adakah tindakan itu adil?”
Menteri Kemajuan Tanah itu diminta mengulas mengenai satu laporan mengatakan PPP akan merekrut keahlian lebih agresif sebagai persiapan untuk Pilihan Raya Umum Ke-13.