Aziz sokong Masing persoal kewajaran PPP ke Sarawak
Posted on May 13, 2011, Friday
KUCHING: Ketua Penerangan Pemuda PBB Aziz Adenan menyokong kenyataan Presiden PRS Dato Sri Dr James Masing yang mempersoalkan kewajaran Parti Progresif Penduduk (PPP) melebarkan sayapnya ke Sarawak.
Katanya sebagai sebuah parti komponen BN, PPP seharusnya tidak membuka cawangan di Sarawak dan tidak menimbulkan perasaan tidak senang di kalangan parti-parti komponen BN Sarawak.
“Dalam konteks memelihara semangat perpaduan dalam Barisan Nasional, saya tidak nampak alasan yang munasabah untuk PPP meneruskan kehadirannya di Sarawak,” katanya.
Malah menurut beliau, sedangkan Umno sebagai tulang belakang BN, tidak mengembangkan sayapnya di Sarawak.
Pada Selasa lepas, Masing memberitahu Utusan Borneo menerusi SMS: “Memang tidak wujud persoalan tentang PPP membuka keahlian di Sarawak. Tetapi sebagai anggota BN, adakah tindakan itu adil?”
Menteri Kemajuan Tanah itu diminta mengulas mengenai satu laporan mengatakan PPP akan merekrut keahlian lebih agresif sebagai persiapan untuk Pilihan Raya Umum Ke-13.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!