Skandal rasuah Talam belum lagi berakhir namun kini timbul pula tindakan undang-undang yang akan diambil ke atas Tony Pua. Satu persatu kelancangan wakil rakyat pembangkang akan didedahkan.
Baru-baru ini Tony Pua menuduh bahawa tender bagi kuota bekalan tenaga solar diberi kepada syarikat yang tidak berkelayakan iaitu Lembaga Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA). Ini adalah tuduhan yang serius dan pihak SEDA sedang mengkaji untuk mengenakan tindakan undang-undang kerana memalukan SEDA dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.
Semoga Penasihat Undang-undang baik SEDA atau pun kementerian akan mengambil keputusan yang bijak dengan segera.
Tony Pua sememangnya cuba menyerang integriti kerajaan BN! Setiap kali nama wakil rakyat DAP keluar dalam media utama, maka peluang mereka menjadi calon untuk PRU13 akan menjadi lebih cerah! Ini semua strategi publisiti murahan pihak pembangkang yang kehabisan modal untuk meraih populariti. Boleh dikatakan, mereka ini sanggup melakukan apa saja demi untuk mendapat sekotak ruang dalam akhbar media utama tanpa perlu me,buat apa-apa bayaran!
Berhati-hatilah apabila mengeluarkan berita mengenai calon DAP, kerana ini menjadi sokongn mereka sebagai calin PRU13 kelak!
SEDA timbang tindakan undang-undang terhadap Tony Pua
BH Online, 13 Julai 2012.
PUTRAJAYA: Lembaga Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA) bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap Ahli Parlimen DAP, Tony Pua, berhubung dakwaannya bahawa tender bagi kuota bekalan tenaga solar diberi kepada syarikat yang tidak berkelayakan.
Walaupun enggan mengulas persoalan yang ditimbulkan Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP itu mengenai isu berkenaan, Pengerusi SEDA, Tan Sri Dr Fong Chan Onn, berkata kenyataan Pua itu adalah tuduhan serius terhadap beliau.
Fong berkata, beliau dimaklumkan bahawa Penasihat Undang-undang Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air akan meneliti kenyataan Pua itu sebelum membuat keputusan tentang tindakan yang akan diambil.
"Ini untuk menentukan sama ada SEDA dan kementerian boleh mengambil tindakan undang-undang (terhadap Pua)," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Fong yang enggan memberi penjelasan terperinci mengenai proses pemilihan syarikat dan kelayakan yang diperlukan, berkata "peguam sedang menelitinya". - BERNAMA
- Posted using BlogPress from my New iPad
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!