Fadillah menyelar tindakan pembangkang yang cuba meraih populariti dengan mempolitikkan pemberian kerajaan kepada Pandelela!
Fadillah juga menyifatkan pembangkang sebagai tong kosong, yang berbunyi bising tetapi tiada berisi!
Pembangkang yang juga tidak konsisten dalam melaksanakan polisi mereka dan jelas bercanggah seperti isu Lompat parti di mana Karpal Singh menyelar tindakan sedemikian manakala Anwar Ibrahim menjadi pengumpan pula!!
Fadillah juga berharap agar golongan muda sedar bahawa pembangkang tidak memiliki ciri-ciri untuk menjamin masa hadapan Malaysia lebih-lebih lagi masa depan buat anak cucu kita! Semoga golongan muda ini tidak mudah tertipu dengan mainan politik pembangkang yang cuma mahukan populariti tetapi tidak pandai untuk melaksanakan pembangunan secara realistik!!!
Waspada sentimen pembangkang
Utusan Borneo 23 Ogos 2012, Khamis
Golongan muda tidak harus dikaburi sentimen yang sekadar untuk raih populariti.
DIALU-ALUKAN: Fadillah menghidangkan juadah kepada Pandelela (duduk, kanan) danBryan (kiri) sambil dibantu oleh isterinya, Datin Ruziah Mohd Tahir. Bintang sukan negara tersebut qadalah antara 1,000 tetamu yang hadir ke rumah terbuka di kediamannya.
KUCHING: Pengundi khususnya golongan muda tidak harus membiarkan diri dikaburi sentimen dimainkan pembangkang yang sekadar untuk meraih populariti semata-mata. Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Fadillah Yusof memberitahu, berbeza dengan pembangkang yang sering bercakap lebih tetapi omong kosong, BN sanggup melakukan perkara yang membuahkan hasil serta penting untuk masa depan.
“Kami sanggup melakukan sesuatu yang tidak popular tetapi penting untuk masa depan dan inilah perbezaan BN dan pembangkang.
“Ini adalah komitmen kerajaan. Justeru, saya berharap rakyat, khususnya golongan muda perlu melihat, menganalisis dan memahami fakta dan bukan sekadar melihat sentimen yang dimainkan,” katanya kepada pemberita pada rumah terbuka sempena Hari Raya di kediamannya, Petra Jaya, di sini, semalam.
Datuk Fadillah Yusof,Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh yang menyelar tindakan lompat parti sementara Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pula sebaliknya.
Menurut Fadillah yang juga Ketua Pemuda BN Negeri, kenyataan Karpal itu sekali gus membuktikan pembangkang tidak konsisten tetapi sering menukar falsafah. Perkara itu turut menunjukkan kelemahan pembangkang kerana untuk menjadi pentadbir, katanya mereka perlu konsisten dalam polisi dan merealisasikannya menerusi inisiatif yang sistematik.
Beliau turut menjadikan Program Transformasi Kerajaan (GTP) sebagai contoh, yang mampu meletakkan Malaysia sebagai negara berdaya saing dan inovatif.
“Ini merupakan cara kami untuk maju ke hadapan dan sebab itulah anda dapat melihat
kad skor agar dapat menilai prestasi kami.
“Kad skor itu adalah untuk rakyat menilai kami,” katanya.
- Diterbit menggunakan BlogPress daripada iPad Definisi Tinggi
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!