Taib enggan campur tangan
by Sandy Mark Luna. Posted on February 5, 2012, Sunday
SUPP, SPDP perlu ambil inisiatif sendiri selesaikan masalah kepimpinan mereka
KUCHING: Dua parti komponen Barisan Negeri (BN) perlu meng-ambil inisiatif sendiri untuk menyelesaikan masalah kepim-pinan yang melanda parti tersebut.
CERIA: Taib memberi tanda ucap selamat kepada maskot kucing ketika tiba pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran MBKS di Kuching, semalam. Turut kelihatan isterinya Ragad, Wong dan Chan (memegang maskot kucing).
Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud memberitahu, beliau memilih untuk tidak campur tangan dalam krisis yang melanda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) kerana telah banyak memberikan panda-ngan dan nasihat sebelum ini.
“Bukannya saya mahu lepas tangan tetapi saya sudah banyak memberi nasihat kepada mereka (SUPP) namun kata-kata saya seolah-olah tidak relevan… (bagi masalah SPDP) biarkan mereka (untuk sementara waktu),” katanya.
Beliau yang merupakan Pengerusi BN Negeri berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Majlis Bandaraya Kuching Selatan di sini, semalam.
Disember lepas, Menteri Kanan yang juga bekas Timbalan Setiausaha Agung SUPP Dato Sri Wong Soon Koh bertindak memboikot Persidangan Delegasi Tiga Tahun Sekali parti yang diterajui Presiden baharu Datuk Seri Peter Chin kerana mendakwa terdapat penyelewengan dalam proses pemilihan cawangan parti.
Kumpulan Wong dianggotai oleh Ahli Parlimen Lanang Datuk Tiong Thai King, Ahli Dewan Undangan (ADUN) Senadin Datuk Lee Kim Shin, ADUN Opar Ranum Mina, ADUN Simanggang Datuk Francis Harden Hollis, ADUN Bengoh Dr Jerip Susil dan ADUN Engkilili Dr Johnical Rayong.
Manakala bagi SPDP, kesemua kumpulan berlima keluar parti sejurus penyingkiran Menteri Muda Bekalan Air dan Pertanian Datuk Sylvester Entri Muran yang juga ADUN Marudi.
Empat lagi anggota berkenaan ADUN Tasik Biru yang juga Menteri Muda Pembangunan Prindustrian Datuk Peter Nansian Ngusie, Ahli Parlimen Mas Gading Datuk Dr Tiki Lafe, ADUN Bekenu Rosey Yunus dan ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang.
Mereka baru-baru ini juga menubuhkan Kelab Barisan Nasional (BN) untuk membolehkan mereka terus berkhidmat kepada rakyat dan kerajaan selain mendakwa, ramai yang keluar daripada SPDP untuk menyertai mereka.
Menurut Taib, fokus utamanya adalah memastikan tidak mahu ada sesiapa pun yang terkecuali dalam proses transformasi Sarawak.
Dalam perkara ini, katanya masyarakat Cina merupakan komponen penting dalam menjayakan matlamat tersebut memandangkan kaum itu lebih peka terhadap perubahan.
“Justeru saya berharap terdapat pergerakan yang mewakili masyarakat Cina dapat tampil untuk me-mainkan peranan dalam perkara ini,” katanya.
Turut hadir isterinya Puan Sri Ragad Kurdi Taib, Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh, Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Dato Sri Michael Manyin Jawong dan Datuk Bandar MBKS James Chan.
1 ulasan:
Amanat yg disampaikan oleh Ketua Menteri Pehin Seri perlu di ambil perhatian serius.Sebagai seorg yg berpengalaman lebih 30 tahun,beliau mahir dlm sepak teranjang politik.Terlebih lagi dlm senario skrg, pergelutan dlm SUPP mahupun SPDP,memberi ruang kpd pihak pembangkang utk jauh maju ke depan.Bila tersedar sudah terlambat.
Datuk2 harus sedar,yg diperkatakan oleh Ketua Menteri adalah masa depan serta kedudukan BN sendiri yg mana beliau berhak menegur atas kapasiti Pengerusi BN Sarawak.
Pertelingkahan atau salah faham adalah perkara biasa dlm politik,tetapi sampai membawa ke ROS & menubuhkan kelab BN,adalah amat tidak sihat terlebih lagi PRU akan menjelang.
Dipohonkan agar pihak tersebut berkompromi demi kebaikan BN keseluruhan. Ingat,dlm kekalutan,jangan sampai rakyat memprotes melalui Undi dgn mengundi parti Pembangkang.
Kenyataan yg dibuat oleh Ketua Menteri bahawa masyarakat cina adalah komponan terpenting dlm menjayakan proses Tranformasi Sarawak adalah bertepatan sekali.Jelas beliau tidak mahu mereka tertinggal dlm arus politik mahupun perniagaan apabila tidak diwakili oleh pemimpin mereka dlm Kerajaan Negeri mahupun Federal.
Tlg fikir2an
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!