Bagaimana hendak meminta 5 tahun lagi sedangkan di Sarawak masih belum lagi PR membentuk kerajaan? Apakah Ho Leng masih bermimpi???!!! Cakap tidak serupa bikin??!! Pembangunan yang ada di Pulau Pinang dan Selangor adalah hasil titik peluh ADUN dan MP Barisan Nasional dan apabila PR memerintah maka mereka pula sengaja untuk mengambil nama semata-mata!!?? Lembu punya susu, sapi dapat nama!!??
Sekarang ini DAP sanggup menjanjikan apa sahaja!!?? Namun semua ini tidak benar kerana DAP tidak pandai memerintah kerajaan!!!!??? Mereka hanya pandai mencari keburukan dan kesalahan!!?? Kalau nampak jalan berlubang mereka pandai menunding jari dan menunjuk ke arah lubang di tengah jalan tersebut sahaja seumpama kanak-kanak melaporkan kesalahan kepada guru tadika!!?? Sebagai wakil rakyat mereka hendaklah mengambil inisiatif sendiri untuk membeli selori tar atau sepongkes sahaja bagi menimbus lubang tersebut memandangkan itu kawasan mereka!!?? Kalau tidak pun buatlah laporan kepada JKR!! Setakat untuk mengambil publisiti murahan atau sememangnya ADUN DAP tidak pandai mengarang surat rasmi dalam Bahasa Malaysia ?!!?!
Inilah hakikat perjuangan DAP dan Pakatan Rakyat!!?? Perebutan kerusi belum lagi selesai !!?? Ada hati hendak menjadi kerajaan??!!! Mimpilah!!??
PR mampu hapus rasuah
Posted on December 22, 2011, Thursday
SIBU: Ahli Parlimen Sibu Wong Ho Leng menyeru supaya rakyat memberi peluang kepada Pakatan Rakyat (PR) membuktikan mereka berupaya menghapuskan gejala rasuah.
Dakwanya, negeri-negeri yang diteraju PR seperti Pulau Pinang dan Selangor adalah bukti terbaik kerana ia diurus tadbir dengan baik serta bebas daripada rasuah.
“Beri kami lima tahun dan kami boleh buktikan kepada anda bahawa PR mampu menyelesaikan masalah rasuah,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Sarikei Ding Kuong Hiing yang memberitahu bahawa PR masih belum mampu mengatasi masalah rasuah.
Katanya, Ding perlu melihat lebih mendalam kerana kepimpinan PR telah berjaya membendung kegiatan rasuah di kedua-dua negeri berkenaan.
Pulau Pinang dakwanya, negeri paling bersih daripada gejala rasuah dan pada masa sama berjaya menarik pelabur asing.
Ho Leng berkata, salah satu cara memerangi rasuah adalah membuka tender kepada semua projek yang hendak dilaksanakan.
Justeru jelas Ho Leng, usaha meningkatkan sokongan rakyat akan berterusan supaya rakyat di negara ini boleh menikmati kemajuan.
2 ulasan:
Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari enam negara mendesak supaya Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan 13 ahli keluarganya ditangkap atas pelbagai dakwaan, termasuk salah guna jawatan awam, rasuah dan konspirasi untuk membentuk sebuah organisasi jenayah.
Antara NGO yang membuat tuntutan berkenaan adalah Dana Bruno Manser (BMF), Greenpeace dan pertubuhan pemantau hutan dunia, Fern.
Mereka telah mengemukakan surat bertarikh hari ini kepada kerajaan Malaysia supaya menangkap individu berkenaan kerana dituduh dengan pelbagai dakwaan berkaitan dengan pengagihan dana awam secara haram, salah guna jawatan awam, merampas tanah kerajaan, rasuah, eksploitasi konflik kepentingan dan sebagainya.
Surat berkenaan dihantar ke Pejabat Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Ketua Polis Negara.
"Kami memohon pendakwa utama Malaysia pada kadar segera menangkap dan mendakwa Ketua Menteri Sarawak, empat anaknya, lapan adik-beradiknya dan sepupu pertamanya, Abdul Hamed Sepawi," kata NGO itu dalam surat mereka.
Selain Abdul Taib, 75, mereka yang dinamakan itu adalah anak-anaknya, Jamilah Hamidah Taib Murray, Mahmud Abu Bekir Taib, Sulaiman Abdul Rahman Taib, Hanifah Hajar Taib.
Manakala adik beradiknya pula adalah Ibrahim Mahmud, Aisah Zainab Mahmud, Zaleha Mahmud, Onn Mahmud, Mohamad Ali Mahmud, Mohd Tufail Mahmud, Amar Hajar Fredahanum Mahmud, dan Raziah Mahmud.
Surat 10 muka surat itu ditandatangani oleh 13 NGO dari Malaysia, Australia, Jerman, Jepun, Switzerland dan United Kingdom serta beberapa tandatangan individu dari Malaysia.
Rakyat Sarawak memandang serius desakan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dari enam negara supaya ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya ditangkap atas pelbagai dakwaan seperti pengagihan dana awam secara haram, salah guna jawatan awam, merampas tanah kerajaan, rasuah, eksploitasi, serta konflik kepentingan.
Bagi rakyat sarawak dakwaan NGO tersebut amat berat memandangkan ia melibatkan pemimpin kerajaan negeri Sarawak itu. Sekaligus ia akan menjejaskan kredibiliti dan integriti kerajaan Malaysia. Kerajaan tidak boleh berdiam diri dengan dakwaan ini kerana ia boleh menjejaskan imej negara di mata masyarakat antarabangsa. Rakyat sarawak bimbang jika kerajaan pusat tidak bersungguh-sungguh menyiasat dakwaan ini, ia akan menjejaskan pelaburan dan industri pelancongan ke negeri itu. Kerajaan pula akan dituduh bersubahat melindungi mereka yang melakukan pelbagai kesalahan.
Sebelum ini heboh masyarakat didedahkan mengenai aset kekayaan beliau yang bernilai U$1.46 bilion (RM 4.6 bilion) di 14 syarikat. Tidak hairanlah, dalam keadaan negeri Sarawak yang kaya raya dengan pelbagai kegiatan ekonomi daripada petroleum, hasil bumi, hutan, pertanian dan lain-lain, rakyat pula terhimpit dengan masalah kemiskinan. Sebaliknya pemimpin dan keluarganya pula hidup bermewah dengan harta yang melimpah ruah.
Dalam hal ini, Rakyat sarawak berpendapat, jika tiada desakan oleh NGO ini terhadap Tan Sri Taib Mahmud dan keluarga beliau untuk ditangkap, kerajaan khususnya SPRM tetap perlu menjalankan siasatan bagaimana Tan Sri Taib Mahmud memperolehi kekayaan sebanyak ini. Bagaimanakah seorang Ketua Menteri mampu memiliki aset sebanyak itu yang jauh dari kemampuan sebenar beliau.
Akhirnya, Raykat sarawak mendesak agar kerajaan Malaysia menyiasat dakwaan tersebut. Sekiranya dakwaan itu benar, Raykat sarawak meminta kerajaan mengambil tindakan tegas dengan mendakwa Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan ahli keluarganya di mahkamah. Rakyat sarawak juga mendesak agar Tan Sri Abdul Taib Mahmud melepaskan jawatan beliau selaku Ketua Menteri Sarawak. Rakyat sarawak yakin semua kaun di Sarawak tidak sesekali mahu pemimpin mereka terlibat dengan pelbagai skandal yang memalukan rakyat di negeri itu.
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!