Petronas Carigali (SKO) dikatakan mengalami kerugian sebanyak RM1 billion pada 2008. Hal ini dikaitkan dengan Musang PKR berbulu ayam dalam Petronas. Siapakah yang bertanggungjawab untuk kerugian ini?
Menurut maklumat terkini, musang berbulu ayam ini masih lagi bekerja di Petronas Twin Tower? Adakah musang ini juga memastikan kroni- kroni mereka pantas mendaki pangkat dan kekayaan serta-merta seperti Rafizi Ramli yang menjadi Senior Manager dalam waktu yang terdekat?
Musang PKR berbulu ayam ini berkerja di Petronas sejak 2003 lagi dan pendedahan salah laku serta penyelewengan dalam Petco didedahkan oleh theflyingkick di bawah.
Lagi Pendedahan Musang PKR Dalam Petronas Yang Merugikan Negara
oleh Cucu Tok Wan 11 Mac 2013
TFK menerima sebuah e-mel yang 'amat' menarik isi kandungannya. Anda baca, hayati dan perhatikan nama-nama yang disebut kerana nama-nama berkenaan mempunyai kaitan rapat dengan Anwar Ibrahim serta PKR!!
Dipersilakan membacanya:
Kecuaian Pegawai Kerajaan Syarikat Milik Kerajaan ( PETRONAS)
~ Petronas Trading Corporation Sdn Bhd (PETCO)
Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan salam hormat kepada Y.A.B. Dato’ Sri senantiasa berada dalam perlindungan dan dirahmati oleh Allah S.W.T. di dalam memikul tanggungjawab sebagai Y.A.B. Dato’ Sri demi agama, bangsa dan Negara Malaysia.
Saya ingin menarik perhatian Y.A.B. Dato’ Sri mengenai perkara yang disebutkan di atas.
2. Seperti Y.A.B. Dato’ Sri sedia maklum, kini CEO Petronas Trading Corporation Sdn Bhd (PETCO) dan CEO PETCO Trading Labuan Company Ltd yang berpejabat di Level 34, Tower 1, PETRONAS Twin Towers, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia. Semasa beliau bertugas di pejabat Petco London dari tahun 2003 hingga 2008, beliau membuat keputusan untuk "Hedging DOBA Crude Oil" dimana minyak tersebut masih belum diexplorasi, dengan keputusan yang beliau buat tanpa kelulusan pihak atasan dan berlaku pembaziran dan Petronas mengalami kerugian sebanyak RM 1 billion pada tahun 2008. Tindakan beliau ini sepatutnya di ambil serius oleh pihak Petronas khususnya pengurusan tertinggi dan Lembaga Pengarah Petronas. Untuk makluman Y.A.B. Dato’ Sri kerugian ini telah diletakkan dibawah Petronas Carigali. Ini seumpama menyembunyikan permasalahan yang begitu besar daripada Lembaga Pengarah dan Pemegang Saham.
3. Etika yang tidak bermoral ini tidak patut ditunjukkan oleh beliau selaku pegawai atasan PETCO di mana syarikat ini adalah syarikat dibawah penguasaan Petronas. Disebabakan etika yang tidak bermoral ini, sepatutnya beliau harus dihadapkan ke mahkamah dan dipenjarakan kerana telah merugikan begitu banyak duit rakyat dan Petronas. Petronas juga seharusnya mengambil tindakan tegas terhadap beliau seperti membuang kerja kerana sikap beliau yang tidak amanah, jujur dan tidak mempunyai tanggungjawab langsung kerana duit ini bukan duit beliau.
4. Perkara ini sepatutnya dijadikan iktibar kepada pekerja-pekerja Petronas yang lain agar tidak melakukan dan mengulangi perkara seperti ini. Petronas sebagai syarikat milik kerajaan dan rakyat Malaysia, di harap dapat mengambil tindakan yang tegas terhadap beliau. Syarikat Minyak Antarabangsa sepatutnya membuang pekerjanya sekiranya individu tersebut membuat kerugian yang boleh menjejaskan pendapatan syarikat. Setiap syarikat bertaraf Antarabangsa seperti Shell, Exxon mempunyai Credit Limit untuk setiap pekerjanya membuat pembelian minyak. Ini supaya pihak syarikat dapat mengawal kerugian yang dialami.
5. Kami masih lagi tidak faham, bagaimana pegawai ini masih lagi berkhidmat di Petronas setelah apa yang telah beliau lakukan kepada Petronas dan rakyat Malaysia, dan siapa pula yang bertanggungjawap memberi beliau peluang berkerja di Petronas. Pihak Sumber Manusia di Petronas sepatutnya mengambil tindakan yang tegas terhadap beliau setalah apa yang beliau lakukan di PETCO London dulu. Adakah pihak pengurusan tertinggi Petronas pada masa itu melindungi En. Z?
baca seterusnya di sini.
- Posted using BlogPress from my New iPad
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!