Menurut analisa beliau berdasarkan candlestick KLCI di sekitar pemecatan Anwar Ibrahim pada tahun 1998 hinggalah ke perlantikan Najib Razak sebagai Menteri Kewangan sekitar 2008.
Berikut adalah pemerhatian beliau.
|
Carta 1: Paras Terendah KLCI 1 Sept 1988 |
Berdasarkan carta candlestick KLCI pada Carta 1, didapati paras terendah KLCI di catat pada 1 September 1998. Menteri Kewangan pada masa tersebut adalah Anwar Ibrahim. Untuk makluman, krisis kewangan bermula pada pertengahan tahun 1997.
Pada 2 September 1998, Anwar Ibrahim telah dipecat daripada kerajaan dan Tun Mahathir telah mengambil portfolio tersebut daripada beliau. Indeks KLCI bertambah baik dan mencatat kenaikan sejak hari tersebut. Jangan biarkan orang yang tiada pengalaman mengurus wang untuk menjaga poket negara. Kesilapan juga kerana mengiktiraf pemegang ijazah sarjana kajian melayu untuk menjaga kewangan negara.
|
Carta 2: Paras Terendah KLCI 1 Sept 1988 |
Bagi mereka yang sukar untuk memahami carta 1, carta 2 dapat menunjukkan bagaimana KLCI atau Bursa pada masa tersebut menunjukkan gambaran sebenar ekonomi Malaysia. Carta 2 dapat menggariskan di mana Krisis Kewangan bermula pada pertengah tahun 1997. Paras terendah KLCI dicatat pada 1 September 1988. Peningkatan Indeks KLCI pada 2 September 1998 dengan pemecatan Menteri Kewangan Anwar Ibrahim. Tun Mahathir mengambil alih portfolio Menteri Kewangan daripada Timbalan Perdana Menteri beliau.
|
Carta 3: Paras Tertinggi KLCI |
Carta 3 pula berlaku 10 tahun berikutnya, krisis ekonomi global memang memiliki kitarannya tersendiri. Masa ini, Tun Abdullah menjadi Perdana Menteri. Beliau telah melantik Najib Razak yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam Perniagaan Industri dari University of Nottingham untuk menjadi Menteri Kewangan. Menjadi ahli kabinet termuda pada usia 25 tahun dan diberi kepercayaan untuk menjadi Menteri Besar Pahang pada usia 29 tahun.
Pengalaman yang luas dalam bidang politik dari segi Pendidikan, Ketenteraan dan membukti pencapaian yang boleh dibanggakan apabila menjadi Menteri Kewangan. Berkat usaha kementerian Kewangan dibawah Najib Razak maka indeks KLCI yang terendah mula meningkat dengan pembentangan Bajet Mini sebanyak RM 60 Billion pada 10 Mac 2009. Pada 3 April 2009 Najib Razak telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia setelah memenangi kerusi Presiden UMNO tanpa dicabar. Usaha PM Najib Razak ke arah transformasi dan meningkatkan ekonomi rakyat 1Malaysia semakin berkesan dan indeks terus melonjak naik.
Anwar Ibrahim? Seorang yang pandai berkata-kata atau retorik, cuma bijak bercakap tetapi tidak dapat mempengaruhi minda orang yang bijak untuk menjadi seorang pemimpin yang berjasa seperti Najib Razak. Cuma orang yang memiliki otak di kepala lutut dan gilakan nama, pangkat dan kekayaan sahaja yang dapat mengikut hasutan pencinta lubang kunyit ini.
Permainan Anwar Ibrahim untuk menjadikan dirinya Perdana Menteri Homoseksual semakin diterima oleh pengikutnya yang mengkhianati agama dengan membenarkan seks songsang dan seks luar tabii? Adakah hidup Anwar Ibrahim ini hanya untuk seks bersama lelaki semata-mata? Apakah yang akan berlaku kepada generasi kita yang seterusnya sekiranya perkara rosak akhlak ini tidak dikekang?
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!