Kenyataan Pengerusi SPR Cetuskan Spekulasi Tarikh Pilihan Raya Umum
KUCHING, 9 April (Bernama) -- Kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abd Aziz Mohd Yusof Isnin tentang persiapan suruhanjaya itu menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13 mencetuskan spekulasi dalam kalangan petugas media di sini bahawa ia mungkin diadakan Jun ini.
Apabila beliau berkata SPR akan memuktamadkan persiapannya bagi PRU itu pada Jun ini, beliau terus dihujani soalan oleh pemberita sama ada PRU akan diadakan pada bulan itu.
"Dari segi pentadbiran, saya sedang mempersiapkan para pegawai saya untuk menghadapi Jun...tapi saya tidak mengatakan pilihan raya tidak akan diadakan sebelum Jun," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis taklimat bagi Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan pembantu mereka di sini.
Abdul Aziz berkata mungkin beberapa isyarat akan diberi kepada beliau sebelum PRU diadakan, tetapi setakat ini, beliau belum menerimanya.
Seramai 151 pegawai pilihan raya yang terdiri daripada 31 Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan 120 pembantu mereka menghadiri taklimat dua hari itu.
-- BERNAMA
1 ulasan:
ramai yang tak sabar tunggu PRU, lagi cepat lagi baik.
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!