Orang luar sudah ada yang bermukim di dalam kubu BN! Mereka ini tidak mahu rakyat di kawasan tersebut selesa dan senang dengan BN. Mereka mahu rakyat Sarawak sengsara seperti di Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.
Sememangnya orang luar tidak mahu rakyat Sarawak mengecapi hidup yang mewah dan bahagia. Mereka ini mempunyai PHD atau perasaan hasad dengki yang tinggi apabila melihat rakyat Sarawak hidup senang dan harmoni.
Mereka semua ingin melihat kegagalan negeri Sarawak supaya mereka dapat mengaut keuntungan dengan senang apabila negeri Sarawak kucar-kacir! Baik minyak, kayu balak dan baru-baru ini emas! Semoga rakyat Sarawak jangan mudah terpedaya dengan orang luar ini.
Naroden ingatkan rakyat agar sentiasa bersatu
Utusan Borneo 17 Julai 2012, Selasa
SRI AMAN: Rakyat diingatkan agar sentiasa bersatu agar ‘orang luar’ tidak berupaya menggugat kestabilan politik yang sedang dinikmati di Sarawak ketika ini.
Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Pembangunan Keusahawan) Datuk Mohd Naroden Majais berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminar Keusahawanan di Dewan Suarah Sri Aman baru-baru ini.
Katanya, ‘orang luar’ yang dimaksudkan itu seperti parti pembangkang yang ‘berkampung’ di sini dan seterusnya cuba melemahkan kekuatan parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak.
Menurutnya mereka ini hanya mahu kuasa dan bertindak memecah-belahkan perpaduan rakyat disebabkan enggan melihat rakyat menikmati kemajuan dari semasa ke semasa.
“Saya berharap anda menghargai nikmat kemajuan yang anda kecapi hari ini dengan terus berdiri teguh di bawah payung kerajaan BN nanti,” katanya.
Seramai 125 peserta menyertai Seminar Keusahawanan anjuran Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.28 Engkilili.
Seminar membabitkan peserta dari tujuh cawangan PBB dan 10 ranting PBB Engkilili itu dikendalikan Ketua Pusat MARA Sarawak Visnu Majnis dan Pengurus Besar Tekun Nasional Sarawak Roslan Ais.
Turut hadir pada majlis itu Setiausaha Eksekutif PBB Awang Bujang Awang Antek, Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Seminar Keusahawan Richard Tawan Sedus serta Pegawai Tekun Nasional Benedict Jed dan Petrus Igat.
- Posted using BlogPress from my New iPad
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!