Memecahkan sekutu dengan berkesan adalah strategi penting dalam setiap pertempuran. Tetapi apabila pihak lawan sudah berpecah-belah maka senanglah bagi pihak musuh untuk meraih kemenangan dengan mudah!
Sememangnya menjelang demam PRU13 ada tiga pihak yang akan tidak tidur lena. Pihak yang tidak pasti akan dikekalkan, pihak yang akan melobi untuk menjadi calon baru dan juga pihak yang bertanding menentang penyandang kerusi.
Kawasan yang memiliki tiga watak ini adalah paling bahaya. Ia boleh menjadikan kawasan putih kepada hitam dengan serta-merta. Rakyat yang sudah memberi mandat kepada wakil rakyat mereka akan kecewa sekiranya wakil rakyat mereka ditukar tanpa memaklumkan mereka. Janji wakil rakyat dahulu belum dilaksanakan dengan penuh kemudiannya ditukar dengan calon baru atau calon payung terjun!
Pemerintah seperti tidak menghormati rakyat di kawasan tersebut! Harapan rakyat yang sudah menerima janji mungkin tidak akan ditepati apabila wakil rakyat sudah bertukar. Ini menyebabkan rakyat seperti tertipu dan memberikan undi protes! Semoga kerajaan sekarang akan berfikir dua kali sebelum membenarkan calon payung terjun seperti ini lagi.
Amalan berpuak-puak hanya melemahkan kekuatan parti
Posted on July 17, 2012, Tuesday
MIRI: Amalan berpuak-puak dalam parti politik hanya akan melemahkan kekuatan atau keutuhan parti terbabit seterusnya menjadikan parti itu terumbang-ambing ketika menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Pemerhati politik Wan Zain Syed Mohdzar tidak menafikan terdapat segelintir pihak masih mengamalkan sikap berpuak-puak meski-pun berada dalam parti politik yang sama.
“Amalan sebegini hanya akan menjadikan parti politik itu lemah, tergugat dan gagal mendapat kepercayaan semula rakyat lebih-lebih lagi menjelang pilihan raya akan datang,” katanya kepada Utusan Borneo kelmarin.
Beliau memberitahu, amalan berpuak-puak dalam parti timbul apabila seseorang individu berpengaruh gagal melobi pada PRU atau tidak menyukai calon yang dike-tengahkan oleh parti.
“Individu terbabit kemungkinan kecewa atau hampa dengan calon pilihan parti.
“Atas alasan itu, mereka berusaha menjatuhkan calon terbabit terutama parti dengan berpihak kepada parti lawan,” jelasnya.
Wan Zain menjelaskan, sesebuah parti politik yang dianggap kukuh dan kuat selama ini akan tumbang jika sikap mementingkan diri sendiri atau amalan hasut menghasut dalam parti wujud.
“Sewajarnya golongan ini akur dengan kehendak parti dan tidak derhaka kepada parti kerana faktor kemenangan parti-parti politik pada PRU kelak terletak pada kekuatan parti di peringkat akar umbi,” ujarnya.
Pada masa sama katanya, parti komponen Barisan Nasional (BN) dilihat mampu mengekalkan kemenangan besar pada PRU kelak jika tidak berlaku perpecahan dalam parti.
“Semua ahli parti harus menghayati perjuangan parti serta menolak kepentingan peribadi kerana ia hanya akan memberi kelebihan kepada parti lawan untuk memanipulasi kepercayaan rakyat,” katanya.
Beliau menambah, kemun-culan parti-parti politik baharu memberi cabaran besar kepada BN dan ia secara logiknya akan memecahkan bilangan undi rakyat.
“Sehubungan itu, sekiranya BN ingin kekal menjadi parti di hati rakyat, amalan berpuak-puak dalam parti harus dielakkan dan ahli-ahli parti harus bersatu padu me-ngukuhkan kekuatan parti,” katanya.
- Posted using BlogPress from my New iPad
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!