Hamzah Ibrahim bersama penyokong kuat Ketua Menteri setelah membuat laporan polis. Foto credit Melanau Blogger. |
KUCHING - Laporan polis sudah dibuat keatas MoCS. Tindakan ini diambil oleh Saudara Hamzah Ibrahim, EXCO Pemuda PBB Negeri bersama sekumpulan penyokong kuat Ketua Menteri. Mereka telah mengemukakan aduan kepada Ibu Pejabat Polis Kota Samarahan pada pukul 6 petang tadi.
Perkara sedemikian sepatutnya sudah diambil tindakan oleh KDN juga. Janganlah menunggu nasi yang sudah menjadi bubur! Amaran seperti ini harus diambil serius sebagai ancaman terhadap keselamatan negara. Sekiranya orang seperti Francis Siah ini dibenarkan bermaharajalela untuk mengecam undang-undang dan tidak menghormati institusi perlembagaan negara, mereka haruslah dibuang negeri!!!
Sekiranya Francis Siah tidak suka kepada pemerintahan Ketua Menteri, sebagai orang yang siuman dia haruslah meninggalkan Sarawak dan berhijrah ke negara lain yang mahu menerima beliau!!!. Sarawak adalah negeri yang merdeka dan mempunyai undang-undangnya. Francis Siah hendaklah menghormati undang-undang dan sistem politik di Sarawak. Dia tidak boleh dengan sewenang-wenangnya menggesa pemimpin yang tidak sebulu dengannya untuk undur!!! Siapakah Francis Siah yang hanya bergelar Pengerusi MoCS?? Jika kail panjang sejengkal usah menduga lautan dalam!!!
Saudara Hamzah Brahim dalam laporannya menyebut tindakan Francis Siah boleh dianggap subversif dan mengandungi unsur hasutan yang boleh mencetus suasana huru-hara di negeri Sarawak.
Beliau yang juga Ketua Pemuda PBB Zon Samarahan, menggesa pihak polis mengambil tindakan segera terhadap Francis Siah untuk mengelak kemungkinan keadaan kacau bilau yang muncul dari tindak balas tertentu.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!