Seksyen 114A Akta Keterangan yang berkuatkuasa pada Julai 2012 lepas membuat pihak pembangkang tidak tentu arah. Ini kerana mereka banyak mencuri identiti dan menipu orang ramai melalui laman facebook dan twitter palsu! Sekiranya mereka ini didapati bersalah maka mereka dapat dibawa ke muka pengadilan juga!!!
Inilah sebabnya banyak pemimpin pembangkang meroyan kerana mereka akan kehilangan akaun palsu yang banyak dikendalikan oleh orang upahan untuk menyamar sebagai orang dan lebih teruk lagi pemimpin lain.
Sekiranya kita tidak melakukan kesalahan maka kita tidak perlu risau dengan Seksyen 114A, Akta Keterangan! Kamu takut buat apa?!!
Pendesak takutkan bayang sendiri
by Sandy Mark Luna. Posted on August 15, 2012, Wednesday
KUCHING: Golongan yang terbabit dalam desakan menarik balik Seksyen 114A dengan mengadakan Kempen Hari Internet Blackout semalam umpama takutkan bayang-bayang sendiri.
Ramai pengguna Facebook dan Twitter menukar gambar kepada logo kempen manakala mesej ‘pop-up’ turut kelihatan di blog dan forum sebagai tanda bantahan terhadap akta yang kononnya bercanggah dengan konsep hak asasi manusia dan kebebasan bersuara itu, termasuk di laman web rasmi Parti Tindakan Demokratik (DAP).
Propaganda pihak tertentu yang menyifatkan seksyen itu membebankan khususnya apabila akaun seseorang individu digodam untuk melakukan kesalahan Internet, mangsa akan terus dipertanggungjawabkan, dilihat sebagai tidak logik.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Fadillah Yusof menjelaskan, sistem kehakiman tidak akan menjatuhkan hukuman tanpa bukti, lebih-lebih lagi apabila mangsa dapat membuktikan peralatan atau akaun mereka digodam.
“Pembangkang ini kerja dia memang menakut-nakutkan, termasuklah perkara baik sekali pun akan mereka pusingkan seolah-olah menjadi tidak baik.
“Kalau kita dapat membuktikan peralatan kita sudah digodam, maka sudah pasti mahkamah tidak akan menghukum kita,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Kempen Hari Internet Blackout yang dijalankan di seluruh negara pada 14 Ogos sebagai tanda protes beberapa pihak terhadap pelulusan Rang Undang-Undang Keterangan (Pindaan) 2012 tersebut.
Bagi mengelakkan kes akaun digodam, beliau menggesa para pengguna Internet untuk lebih berhati-hati dan bertanggungjawab dalam menjaga peralatan, kata laluan sesuatu akaun dan sebagainya.
Menurutnya, langkah pencegahan perlu diambil dengan sebaik-baiknya kerana pencegahan lebih baik daripada pengubatan.
“Malahan kereta kita, kalau kita benarkan orang guna atau digunakan oleh anak tidak berlesan tanpa pengetahuan, kita pun kita boleh bersalah sebab tanggungjawab jaga kereta adalah kita.
“Inikan untuk jaga keselamatan orang ramai sebab kalau berlaku kemalangan tidak ada liputan insuran dan sebagainya,” katanya.
Fadillah turut menasihati pemilik akaun laman web sosial seperti Facebook, Twitter, blog atau forum untuk tidak perlu takut dengan isu yang dimainkan pembangkang tersebut, tetapi perlu lebih berhati-hati dengan penulisan atau komen dalam laman siber.
Akta itu juga dijangka mampu mengekang penyebaran fitnah menerusi lama siber khususnya di kalangan penulis-penulis blog yang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan malah, menggalakkan mereka mengkaji selidik fakta terlebih dahulu.
“Mereka bantah sebab mereka banyak buat salah sebab itulah takut.
“Kalau orang tak buat salah, tak takutlah pasal undang-undang yang bertujuan untuk memastikan rakyat lebih bertanggungjawab dan menilai maklumat yang lebih tepat demi kesejahteraan yang tepat demi kesejahteraan dan keselamatan rakyat dan negara,” katanya.
Dewan Negara meluluskan Rang Undang-Undang itu pada 9 Mei yang dibahaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan ia telahpun berkuat kuasa sejak diwartakan pada 31 Julai lalu.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!