Ahad, 31 Mac 2013
[Gambar] Sekitar Bicara Rakyat Bersama YAB Pehin Sri Ketua Menteri Sarawak 28 Mac 2013
Posted by Unknown
11:57 PG, under Abdul Taib Mahmud,Bicara Rakyat,BN,Ketua Menteri Sarawak,PBB,RTM,Sarawak | No comments
[Gambar] Datuk Michelle Yeoh Melawat Talang-Satang Turtle Conservation Centre at Pulau Talang-Talang
Posted by Unknown
11:47 PG, under AIFFA,Dr Abdul Rahman Junaidi,DUN Pantai Damai,Michelle Yeoh,PBB,Penyu,Pulau Talang-Talang,Pusat Penetasan Penyu Talang-Talang,Talang-Talang | No comments
Sabtu, 30 Mac 2013
Lagi Sokongan Pemuda PBB Belaga Buat Ketua Menteri
Posted by Unknown
10:32 PTG, under Abdul Taib Mahmud,Alvin Chong,Globalwitness,Isu Video,Ketua Menteri Sarawak,PBB,Pemuda PBB | No comments
Dasar-dasar pembangunan yang telah dijalankan oleh Ketua Menteri Sarawak disokong penuh oleh Pemuda PBB Belaga. Mereka turut mengecam sifat kedengkian NGO barat yang tidak mahu Sarawak terus membangun. Mereka cuma mahu Sarawak menanam balak sebagai pekasam buat seluruh dunia padahal di tempat mereka sendiri tidak ada lagi hutan belantara dan yang ada cuma semak-samun yang turut digelar hutan!??
Semoga NGO barat perlu membuka mata di kawasan mereka terlebih dahulu sebelum mencari isu di negara orang. Masalah rasis, kemiskinan dan kebiadapan penduduk mereka harus dipantau dan dikawal sebelum menyerang pemimpin di negara luar!
NGO barat sepatutnya menumpukan usaha mereka untuk menyelamatkan Palestin yang sentiasa ditindas oleh Israel! Selagi Israel bermaharajalela di bumi Palestin maka selagi itulah NGO barat tidak menjalankan tugas mereka yang sebenar-benarnya.
Pemuda PBB Belaga teguh dibelakang Ketua Menteri
Kenyataan Akhbar Pemuda PBB Belaga 27hb Mac 2013(merujuk kepada Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili 21hb Mac 2013)
Henry Kilah Talek Ketaksuban NGO-NGO Barat terhadap Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan negeri Sarawak amat menjengkelkan kerana ketaksuban itu dipenuhi dengan kekotoran jiwa dan pemikiran yang menjijikkan.NGO-NGO Barat ini, seperti pihak pembangkang, sentiasa berusaha untuk mengaibkan Ketua Menteri agar masyarakat Sarawak, khasnya, dan dunia, amnya, percaya dengan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas!Mereka memandang rendah mentali rakyat Sarawak seolah-olah rakyat negeri ini mampu untuk ditipu dengan penipuan mereka.Pemuda PBB Belaga amat memandang serius usaha penipuan ini, dan atas sebab itu menyokong penuh kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Saudara Pandi Suhaili yang menyatakan sokongan barisan Pemuda PBB negeri Sarawak kepada Ketua Menteri.Kami turut merasa lega dengan kesediaan Kerajaan Negeri Sarawak untuk menfailkan saman terhadap pihak yang bertanggungjawab dalam isu Global Witness.Kami berharap pihak yang bertanggungjawap tersebut akan dikenakan hukuman yang berat kerana berniat jahat untuk membusukkan nama baik Ketua Menteri bagi tujuan membantu pembangkang meraih sokongan rakyat!Akhir sekali, Pemuda PBB Belaga akan sentiasa memberi sokongan padu yang tidak berbelah bahagi kepada Ketua Menteri.
[Video] Anwar Ibrahim Meliwat Mahasiswa Sabah - Musim 7 Episod 3 Terkam Kunyit?
Posted by Unknown
10:28 PTG, under Anwar Ibrahim,Anwar Liwat Mahasiswa Sabah,Kes Video,Ketua Pembangkang,Ketua Umum Pembangkang,Liwat Mahasiswa Sabah,PKR,Terkam Kunyit | No comments
Akhirnya PAPAGOMO mengeluarkan video Terkam Kunyit yang dibintangi oleh siapa ya?
Ikutilah di pautan berikut.
Ikutilah di pautan berikut.
Episode 3 - Video Anwar Ibrahim Terkam & Sodom Mahsiswa 19 tahun
Oleh PAPAGOMO
Bisu dan terus membisu itulah Anwar Bin Ibrahim ketua Umum Pakatan Pembangkang berhubung video yang didedahkan oleh Papa Gomo.
Sepanjang pendedahan oleh Papa Gomo mengenai video terbaru Anwar Ibrahim ini Gomo memerhatikan gelagat para penyokong Anwar Ibrahim yang beriya iya mempertahankan Anwar Ibrahim ketua mereka dengan bermacam macam alasan dan jawapan paling sadis pada Gomos etakat hari ini adalah jawapan dari mulut Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli yang menyatakan Anwar Ibrahim seorang yang peramah.
Gomo boleh terima jawapan dari Rafizi yang Anwar Ibrahim ini seorang yang peramah namun Gomo musykil bagaimana seorang yang berjawatan tinggi dalam parti iaitu Ketua Umum Pakatan Pembangkang dengan gelaran Dato Sri begitu peramah dengan seorang lelaki berpewatakan lembut duduk berdua duaan didalam sebuah bilik hotel dengan membahasakan diri sebagai "I" dan memanggil remaja tersebut sebagai "U".
Sehingga ke hari ini juga Anwar Ibrahim terus berdiam diri dalam isu ini walaupun asakkan dari rakyat Malaysia mahukan jawapan dari beliau untuk menjelaskan siapa remaja lelaki yang bersama beliau didalam bilik hotel. Malah rakyat juga ingin tahu atas kapasiti apa remaja lelaki tersebut berjumpa Dato Sri Anwar Ibrahim secara berdua didalam bilik hotel?
Apakah remaja lelaki tersebut yang merupakan seorang Mahasiswa berdua duaan dengan Anwar Ibrahim kerana mahu meminta bantuan Biasiswa? Ataupun Mahasiswa tersebut berjumpa Anwar Ibrahim untuk berbincang tentang PTPTN? Segala persoalan ini tidak dijawap oleh Dato Sri Anwar Ibrahim sehingga ke hari ini.
Sepertimana yang Gomo maklumkan sebelum ini Remaja lelaki berumur 19 tahun itu sudahpun Gomo temui pada bulan Febuari yang lalu dan mahasiswa tersebut mengakui LIWAT antara beliau dan Dato Sri Anwar Ibrahim adalah faktor suka sama suka yang mana pada tarikh tersebut mahasiswa itu diliwat pertama kali dalam sejarah hidup beliau.
Kempen Kesedaran Kemahiran Teknikal Penting Untuk SCORE
Posted by Unknown
12:53 PTG, under ADUN Demak Laut,Dr Draup,Dr Hazland Hipni,English,Kempen Kesedaran Teknikal,Parlimen Santubong,SCORE,Wan Junaidi | No comments
Ahli Parlimen Santubong menegaskan kemahiran teknikal amat diperlukan untuk mengisi kekosongan jawatan di SCORE. Beliau berucap ketika merasmikan Kempen Dwi-kemahiran dan Pelbagai-kemahiran untuk Demak Laut. Kemahiran teknikal ini juga dapat meningkatkan pendapatan bagi golongan berpendapatan rendah.
Semoga lebih banyak kesedaran sedemikian dianjurkan kepada orang ramai bagi meningkatkan pendapatan mereka.
Semoga lebih banyak kesedaran sedemikian dianjurkan kepada orang ramai bagi meningkatkan pendapatan mereka.
Junaidi: Kemahiran Teknikal Diperlukan Untuk SCORE
By : Nornasheila Zaidi
Bako (30 Mar 2013 - New Sarawak Tribune): Program latihan kemahiran Teknikal boleh membantu golongan berpendapatan rendah untuk meningkatkan pendapatan mereka dan menjadikan mereka lebih berdikari.
LATIHAN Eksekutif Akademi Binaan Sarawak, Faezah Sabil menerima fail bengkel kerja daripada Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (Kiri 2) manakala pengasas Pusat Pembelajaran KCCB, Datuk Dr Abang Abdul Rauf (kiri) dan kelihatan bersama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri Demak Laut, Dr Hazland
Abang Hipni (3 kiri). PHOTO: JOHN CHAN
Ahli Parlimen Santubong, Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata bahawa program latihan tersebut juga mampu untuk melengkapkan orang ramai supaya selaras dengan keperluan semasa ekonomi.
"Seperti yang kita tahu, kemahiran teknikal yang diperlukan di program Koridor Tenaga Diperbaharui (SCORE) dan program-program latihan kemahiran akan menyediakan kita untuk modal insan bagi mengisi kekosongan untuk kerja-kerja di SCORE Sarawak," kata Junaidi dalam ucapannya ketika merasmikan Kempen Dwi-kemahiran dan Pelbagai-kemahiran untuk Demak Laut diadakan di Riverview Cafe dekat sini, semalam.
Menurut Junaidi, kempen itu bertujuan meningkatkan taraf hidup golongan berpendapatan rendah dengan menyediakan program latihan kemahiran supaya mereka akan berpeluang untuk mengambil pekerjaan dalam SCORE.
Junaidi menambah bahawa program yang dianjurkan oleh Daya Bahasa Sdn Bhd juga dapat mengurangkan kadar pergantungan negeri kepada pekerja asing, terutamanya dalam industri perladangan dan pembinaan.
"Kemahiran amat diperlukan pada masa kini dan menurut penyelidikan dan pembangunan yang telah dijalankan, 80 peratus daripada kemahiran dalam bidang teknikal mampu untuk meningkatkan pendapatan rakyat.
"Oleh itu, program ini adalah sesuai untuk golongan berpendapatan rendah supaya mereka tidak akan terus bergantung kepada bantuan kerajaan," katanya.
Turut hadir pada majlis itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Demak Laut Dr Hazland Hipni dan Pengerusi Daya Bahasa Sdn Bhd, Datuk Dr Abang Haji Abdul Rauf Abang Zin.
Jumaat, 29 Mac 2013
Media Asing Yakin BN Menang 2/3 Majoriti
Media asing sudah memberi keyakinan bahawa Najib Razak akan peroleh majoriti 2/3 undi pada PRU13. Kalau media asing atau agensi asing membuat laporan demikian jawapan para Anwarinas adalah kena rasuah atau dapat ole-ole yang baik!
Kenapa mentaliti puak Anwarinas ini sedemikian? Mesti kena brainwash puak Anwarinas! Kalau kerajaan dapat merit memang rasuah jerlah kan?
#PRU13 #GE13 @NajibRazak Yakin Peroleh Majoriti 2/3
oleh MatKilauPenang
Financial Times dan Reuters membawa berita baik untuk rakyat Malaysia iaitu, Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib, telah menyatakan keyakinannya bahawa Barisan Nasional mampu memenangi majoriti 2/3 di dalam Pilihanraya ini. Keyakinannya amat bererti bagi kebanyakan golongan peniaga, terutamanya, kerana golongan inilah yang amat gusar dengan kredibiliti dan kebolehan pembangkang dalam menerajui ekonomi.
Hakikat bahawa Anwar Ibrahim juga menyatakan bahawa ini adalah peluang terbaik baginya untuk menang, dilihat sebagai satu kenyataan politik semata-mata daripada seorang yang asyik tertembak kaki sendiri di saat-saat genting ini.
Dengan mengenepikan skandal seksnya, rakyat Malaysia kini memerhatikan Anwar secara ‘dekat’ apabila namanya berkali-kali disebut dalam penyiasatan pencerobohan pengganas di Lahad Datu. Sehingga ke hari ini, Anwar gagal menjelaskan kenapa beliau berjumpa dengan pemimpin MNLF beberapa kali dan apa yang dibuat oleh ‘orang-orangnya’ di Filipina beberapa hari sebelum pencerobohan tersebut.
Ia tidak mungkin satu kebetulan untuk Anwar membangkitkan isu Malaysia akan kehilangan Sabah dan membuat bising mengenai pemberian kad pengenalan kepada warga asing di Sabah tanpa mengikut prosedur, sebelum peristiwa berdarah tersebut tercetus di Sabah.
Tetapi, kesilapan Anwar yang paling besar dalam menangani isu ini ialah beliau cuba menutup mulut media dari mengorek cerita sebenar darinya dengan cara mengugut untuk menyaman jika mereka bertanyakan kenapa beliau tidak menyaman pihak yang pertama sekali mendedahkan pendalangannya iaitu Reuters dan media Filipina?
Beliau mungkin meraih keuntungan politik jika berbuat demikian, tetapi hakikat bahawa beliau tidak melakukannya, menunjukkan yang laporan tersebut pastinya berasas.
Tiada siapa yang waras akan mengundi seorang yang tidak tahu menghargai nyawa manusia. Tiada siapa yang sanggup mengundi seorang yang sanggup menggadaikan sebuah negeri kepada pengganas demi untuk menjadi Perdana Menteri.
Negara jenis apakah yang Perdana Menterinya sendiri seorang pengkhianat?
Seperti juga masalah-masalah lain yang menimpa Anwar, tiada siapa yang menganiaya dirinya melainkan dirinya sendiri. Ini adalah masalah biasa bagi seorang yang begitu terdesak, tidak tertahan-tahan, teruja dan tergila-gila untuk berkuasa.
Khamis, 28 Mac 2013
Terpaloi-Paloi Rafizi Terbongkar?
Posted by Unknown
12:26 PG, under Anwar Ibrahim,Ketua Umum Pembangkang,Pandan,PKR,Rafizi Ramli,Siamang MCKK | No comments
Siamang MCKK ini memang berusaha untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim kan? Agaknya dia pun memiliki nafsu buas Anwar? Sebelum ini Anwar pernah tergesa-gesa untuk menggantikan Mahathir suatu ketika dahulu? Kini Rafizi pula ,ulai berfikiran demikian! Siapalah yang mengajak Rafizi untuk berpaling tadah? Ikutilah penulisan maya theunspinners.
Rafizi bodoh jaja polis jaga stationary sebagai Pengarah SB
Posted by The Unspinners at 3/27/2013
Baru-baru ini Pakatan Rakyat mempamirkan seorang lagi anggota polis beserta dengan Jeneral jeneral selebriti Pakatan dalam ceramah mereka. Polis tersebut adalah Yusof Barji.
Rafizi jaja dia sebagai bekas Pengarah Cawangan Khas kikiki ... Lagi kebodohan Rafizi
Dalam ceramah, Yusof mengaku dia seorang bekas pegawai polis dan pernah berkhidmat dengan Cawangan Khas dan pernah berkhidmat di Kelang dan akhir sekali di Sabah.
Dalam ceramah, dia kata SB adalah sebuah badan perisikan untuk mempertahankan kedaulatan negara akan tetapi sejak akhir-akhir ini tugas pasukan ini telah diambil alih oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Ini telah melemahkan peranan Polis SB.
Apa merepek si Yusof cakap ni?
MKN berapa kerat orang ada untuk lakukan risikan?
Yusof yang bersara sebagai ACP menyatakan peristiwa di Lahad Datu jelas memperlihatkan tugas Polis telah diambilalih oleh orang politik dan entah apa yang dirundingkan tak tahu. Takkan rundingan nak heboh-hebohkan?
Kerja polis hanya mahukan result dan cara kerja mereka buat apa nak dihebah-hebahkan? Janji ianya mengikut lunas undang-undang..
Yusof kata kelemahan menjaga keselamatan sempadan di perairan negara adalah akibat tugas diambil alih oleh Jabatan Laut atau APMM.
Apa punya polis maklumat pun salah. Nak hadapi masaalah kedatangan rakyat asing dan keselamatan di Lahad Datu perlu risikan. Macam mana kalau Nurul suruh kurangkan SB pasal dok ekor bapak dia katanya??? Sedarlah Nurul bahawa bapaknya masaalah keselamatan.
Bukan nak pertikaikan keupayaan polis marin, tapi adakah kebolosan tidak berlaku ketika dijaga oleh Polis Marin? Kawasan itu banyak trafik bot kecil-kecil yang mana susah nak dikenalpasti ancaman dalam radar atau bila dilihat pun.
APMM kekurangan aset dan kebanyakkan bot adalah bot lama-lama. Nak pertambahan, pembangkang macam Tony Pua bising. Kata rasuah lah, kronilah.
Satu lagi faktor trafik keluar masuk orang-orang Sulu di Lahad Datu dalam bot-bot kecil bukan kerja senang untujk mengenalpasti masaalah. .
Mana cerita sempadan yang sangat panjang dan susah untuk dijaga sepanjang masa. .
Macam-macam lah ide dan rancangan yang mahu dibuat Yusof. Dah pencen semua pndia cakap itu dan ini. Masa kerja, apa mereka buat?
Korek punya kotrek, rupa-rupanya Yusuf Babji bukan Special Branch. Dia satu skuad dengan Tan Sri musa Hasan tapi pencen sebagai Ketua Jabatan Logistik Sabah. Pegawai tukang beli stationary, pen, pensel dan kertas komputer.
Rafizi kata arwah abangnya Allahyarham Dato Maulana Babji adalah Pengarah Cawangan Khas. Masya Allah bodohnya Rafizi. Abang dia pencen sebagai Pengarah CID!!!
Takyahlah crita pasal SB kalau bukan dari SB. yusof ini sebenarnya pegawai bermasaalah. Dia terlibat dalam skim cepat kaya Pak Man Telo dan gelapkan saham. Orangnya pun kaki mabuk.
Hanya PKR bodoh yang akan percaya rancangannya untuk kurangkan jenayah, naikkan kebajikan polis, dan komen pasal bekas pegawai tinggi polis yang mana peranan disebalik pandangan awam tak diketahui.
Polis macam ni elok sangat-sangat dipenumbuk Tan Sri Rahim Nor. Tak nak pulak Khalid Ismath terajang dia ... hehehe.
- Posted using BlogPress from my New iPad
Rabu, 27 Mac 2013
Bocor! Senarai Calon PRU13 PR!
Berikut adalah senarai dalaman PR yang didedahkan melalui Badut rakyat.
KANTOI !!! SUMBER DALAMAN PR DEDAH SENARAI CALON PRU 13 !!!
oleh badut rakyat
Yaa..senarai calon PR yg telah dikemas kini setakat 25 Mac 2013 telah terdedah Apa punya malang nasib PR,satu demi satu rahsia dan strategi mereka dibongkarkan oleh jentera parti mereka sendiri.Malah mereka yang mendedahkan bukan sebarangan orang tetapi dikatakan merupakan pimpinan peringkat tertinggi parti itu.Jika sebelum ini mereka begitu mendabik dada mengatakan mereka mereka mempunyai 'agen' di dalam pentadbiran kerajaan untuk membongkar kononnya terdapat banyak penyelewengan tapi sekarang sebaliknya telah berlaku.Ia dikatakan ekoran dari ketidakpuasan hati segelintir pimpinan tertentu yang merasakan disisih oleh Ketua Umum,Anwar Ibrahim.Mereka merasakan seolah-olah tidak dihargai walaupun telah menunjukkan sifat taat setia yang tidak berbelah bagi kepada.
"Kenapa perlu meletakkan calon yang baru sahaja menyertai parti sedangkan kita tidak tahu lagi tahap kesetiaan mereka ???? Apa jaminan mereka akan kekal setia bersama parti dan tidak akan melompat parti ???" soal sumber dalaman yang marah dengan keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan.Mereka turut mempertikaikan keputusan pemilihan calon,yang dilihat tidak berdasarkan konsep merit.Hanya disebabkan rapat dengan Anwar mereka terus diberikan tempat,sedangkan pimpinan kawasan telah berhempas pulas bekerja untuk langsung tidak dipertimbangkan.Sebagai contoh,apabila nama Chegu Bard tidak tersenarai sebagai calon ada dikalangan pencacainya yang bangkit mempertikaikan,kononnya sumbangan dan pengorbanan yang telah diberikan kepada parti tidak boleh dipertikaikan.Malah melalui Solidariti Anak Muda Malaysia,kepimpinan Chegu Bard turut dikatakan menyerlah kerana berjaya menarik sokongan anak muda,walaupun pada hakikatnya Anwar tahu ia lebih kepada gerakan untuk menyaingi peranan Ketua AMK.Ada desas-desus yang mengatakan,apabila ditawarkan bertanding di kerusi Permatang Pauh,Chegu Bard telah menolak dan merayu agar dijadikan calon untuk kerusi Nibong Tebal.
Berikut adalah senarai calon PR yang dikemas kini setakat 25 Februari 2013.
SENARAI CALON PKR
Sembrong - Onn Abu Bakar Johor Bharu - Jen (B) Md Hashim Hussein
Pasir Gudang - Let Jen (B) Abdul Ghafir Abdul Hamid
Segamat - Chua Jui Meng
Batu Pahat - Syed Hamid Ali
Selayang - William Leong Jee Ken
Kuantan - Fuziah Salleh
Kemaman - Azan Ismail
Padang Serai - N Surendran
Kulim Bandar Baharu - Saifuddin Nasution Ismail
Sungai Petani - Johari Abdul
Pandan - Rafizi Ramlii
Sabak Bernam - Dr Abdul Aziz Bari
Bagan Serai - Dr Muhammad Nur Manuty
Pasir Salak - Mustafa Kamil Ayub
Wangsa Maju - Dr Tan Kee Kwong
Setiawangsa - Ibrahim Yaacob
Lembah Pantai - Nurul Izzah Anwar
Bukit Katil - Shamsul Iskandar Md Akin
Batang Lupar - Zulkifli Abang Engkeh
Saratok - Ali Biju
Hulu Rajang - Abun Sui Anyit
Baram - Roland Engan
Limbang - Baru Bian
SENARAI CALON DAP
Gelang Patah - Lim Kit Siang
Kluang - Liew Chin Tong
Ipoh Timur - Thomas Su Ipoh
Barat - Wong Kah Woh
Batu Gajah - V Sivakumar
APA KATA ANDA ???
- Posted using BlogPress from my New iPad
Puak Anwarinas Benci Tengok Iklan Semalam!
Posted by Unknown
2:01 PG, under Abdul Taib Mahmud,Anwar Ibrahim,Anwar Pembulak,Barisan Nasional,BN,BN Sarawak,Ketua Menteri Sarawak,PBB,PKR,PRU13,Sarawak,Taib Mahmud,TIBAI | No comments
Selasa, 26 Mac 2013
Panas! Video Terlarang Anak Anugerah Tuhan Tersebar?
Posted by Unknown
9:25 PTG, under Anwar Ibrahim,Ketua Pembangkang,Lembah Pantai,Nurul Izzah,PKR,Video Seks Nurul Izzah | No comments
Kenapa dan apa kaitan Saifudin Nasution dalam hal ini? Adakah ini angkara pihak UMNO atau ada golongan dalam PKR yang ingin menjatuhkan anak kepada anugerah tuhan ini sebelum dia menjadi Timbalan Perdana Menteri Wanita Malaysia?
Lahad Datu: Askar Upahan Nur Misuari dan Pengganas Sulu Tidak Gah!
Posted by Unknown
7:56 PTG, under Jamalul Kiram,Lahad Datu,Nur Misuari,Penceroboh Sabah,Pengganas Sulu,Sabah,Sabah Stand Off,Sultan Sulu,Sulu Tuntut Sabah | No comments
Pengganas Sulu akhirnya menyerah diri kerana lemah dan lapar? Ini merupakan alasan tidak munasabah sekiranya dia merupakan militan Filipina atau MNLF? Nampak sangat Anwar Ibrahim gagal lagi untuk menghilangkan Sabah akibat Raja Goyangnya?
Sepatutnya pengganas Sulu yang dihantar dapat bertahan selama 100 hari. Ini membuktikan pengganas Sulu mendapat ilmu ketenteraan yang lemah sama sekali. Nampaknya Anwar Ibrahim terpaksa mencari sekutu lain untuk menyerang Malaysia? Nur Misuari ternyata memiliki ketenteraan yang berdisiplin lemah dan tidak gah untuk bersaing dengan komando Malaysia!
Lahad Datu: Pengganas Sulu Serah Diri Kerana Lemah Dan Lapar
Oleh STEPHANIE LEE mStar 26 Mac 2013
LAHAD DATU: Tidak makan selama lebih dua minggu menyebabkan seorang lelaki bersenjata Sulu akhirnya menyerah diri kepada pasukan keselamatan pada Isnin.
Lelaki bersenjata itu dalam keadaan lemah menyerah diri kepada anggota keselamatan menerusi sebuah paya dekat Kampung Tanjung Baru pada kira-kira pukul 5 petang, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Selasa.
“Lelaki itu dalam keadaan sangat lemah, dia kelaparan dan tidak cukup tidur sejak beberapa minggu,” katanya, sambil menambah, saki-baki lelaki bersenjata yang lain akan datang menyerah diri tidak lama lagi.
PKR Rafizi Ramli Bakal Jatuhkan Anwar Ibrahim Lagi!
Posted by Unknown
7:49 PTG, under Anwar Ibrahim,papagomo,PKR,Rafizi Ramli,Saman Blogger,UMNO | No comments
Rafizi Ramli cuba mendedahkan PAPAGOMO dan Wan Muhammad Azri adalah individu yang sama? Adakah ini berdasarkan cubaan pendedahan berkali-kali daripada blogger pembangkang atau MACAI seperti di bawah?
Rafizi Ramli memang akan jatuhkan Anwar Ibrahim sekali lagi dengan salah orang untuk disaman?
PKR Dakwa Papa Gomo Dan Wan Muhammad Azri Individu Yang Sama
Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN
PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa rekod Imigresen menunjukkan penulis blog, Papa Gomo dan Wan Muhammad Azri Wan Deris adalah individu yang sama.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa rekod Imigresen menunjukkan tarikh lahir Wan Muhammad Azri adalah sama dengan kad pengenalan polis dan kad pengenalan awam miliknya.
"Rekod Imigresen pada 2010 menunjukkan tarikh lahir Wan Muhammad Azri ialah 21 Januari 1983 dan maklumat berkenaan sepadan dengan kedua-dua dokumen miliknya iaitu kad pengenalan awam dan kad pengenalan polis,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR pada Selasa.
Bagaimanapun satu daripada rekod berkenaan, tidak menunjukkan bahawa kedua-dua identiti tersebut digunakan dalam pasport yang sama, namun Rafizi mendakwa surat- menyurat mahkamah membuktikan alamat Wan Muhammad Azri untuk kedua-dua identiti, adalah sama iaitu di Danau Kota.
"Saya akan bincang dengan peguam sama ada maklumat ini (alamat Wan Muhammad Azri) boleh didedahkan atau tidak, kerana perkara ini telah masuk mahkamah,” katanya.
Rafizi juga mendakwa ahli keluarga Papa Gomo termasuk bekas isterinya, Belinna akan muncul semasa perbicaraan kes saman ke atas penulis blog itu bagi membuktikan bahawa beliau sememangnya Wan Muhammad Azri.
Minggu lalu, Anwar telah memfailkan saman fitnah terhadap bloger Papa Gomo berhubung video seks yang didakwa melibatkan Ketua Pembangkang itu.
Anwar menuntut ganti rugi RM100 juta daripada bloger, yang namanya dinyatakan dalam tuntutan sebagai Wan Muhammad Azri Wan Deris.
Pada 16 Mac www.papagomo.com memaparkan gambar tunggal hitam-putih yang menunjukkan bahagian belakang seorang lelaki berbogel di dalam bilik hotel.
Paparan itu juga menyediakan pautan ke laman blog lain dipanggil "Aksi si Raja Goyang", yang menyiarkan 13 gambar yang menunjukkan dua lelaki meraba-raba dan mencium satu sama lain, kononnya diambil dari video yang sama.
Anwar telah menafikan bahawa beliau adalah lelaki dalam video berkenaan.
Isnin, 25 Mac 2013
Masyarakat Sikh Malukan PAS?
Posted by Unknown
1:53 PTG, under Anwar Ibrahim,Hadi Awang,Nur Misuari,PAS,Penceroboh Sabah,Pengganas Sulu,PKR,Sabah,Sabah Stand Off,Sulu Tuntut Sabah | No comments
Dahlah malu dengan Karpal Singh sebelum ini kerana gagal menjadikan hudud kenyataan! Kali ini masyarakat Sikh di Miri pula malukan PAS?
PAS sepatutnya mengambil inisiatif terlebih dahulu untuk mengerjakan Solat Hajat demi keselamatan negara? Ini berbanding dengan masyarakat Sikh yang mengadakan upacara khas untuk mendoakan keselamatan negara khusus buat anggota keselamatan di Sabah.
Kenapakah PAS tidak berbuat demikian? Adakah kerana mereka masih mempercayai Tian Chua bahawa ini semua masih sandiwara UMNO? Sampai bilakah mereka akan percaya kalau seorang pun pemimpin PAS tidak turun ke Lahad Datu? Mana pergi pegangan ke atas Misi PAS yang mengatakn PAS berjuang untuk keselamatan dan kedaulatan negara? Adakah PAS begitu akur dengan Anwar Ibrahim yang mahukan Sabah diambil oleh Filipina?
Gambar Hiasan Masyarakat Sikh doa keamanan negara
MIRI (25 Mac 2013 - Utusan Borneo): Persatuan Sikh Miri dan masyarakat Sikh di sini semalam mengadakan upacara sembahyang khusus iaitu mendoakan keamanan negara dan pasukan keselamatan yang berjuang di Sabah.
Upacara sembahyang khas itu diadakan di kuil mereka iaitu Kuil Gurdwara Sahib di Jalan Kubu di sini, pada jam 11.30 pagi dan dihadiri oleh ahli-ahli persatuan serta penganut Sikh.
Presidennya Gurmokh Singh memberitahu, upacara sembahyang khas itu diadakan bagi mendoakan pasukan keselamatan yang merupakan barisan hadapan pertahanan negara ini agar dilindungi Tuhan dan selamat dalam menjalankan tugas mereka tidak kira di mana juga di seluruh negara terutama yang bertugas di Lahad Datu, Sabah.
“Pada masa yang sama upacara ini untuk kami berdoa agar negara terus aman damai dan rakyatnya hidup harmoni.
“Paling pentingnya, kami mendoakan keamanan negara dan insiden pencerobohan yang mengancam kedaulatan serta keamanan negara ini, tidak akan berulang lagi pada masa hadapan,” katanya ketika ditemui selepas selesai upacara sembahyang tersebut di kuil berkenaan, di sini semalam.
Katanya insiden yang berlaku di Lahad Datu, Sabah, merupakan ujian bagi semua rakyat tentang pentingnya mengekalkan perpaduan demi keamanan negara dan kesejahteraan rakyat.
Selain itu katanya, pada 16 September iaitu sempena sambutan Hari Malaysia, kuil tersebut juga mengadakan upacara sembahyang khas bagi mendoakan keamanan dan kesejahteraan negara berpanjangan serta meraikan kemderdekaan negara dengan berdoa di kuil.
Sementara itu, upacara sembahyang semalam diketuai oleh ketua kuil, Harpal Singh.
Ahad, 24 Mac 2013
Tali Barut Pengganas Sulu Patut Dikenakan Hukuman Mandatori!!!
Posted by Unknown
9:31 PTG, under Jamalul Kiram,Lahad Datu,Penceroboh Sabah,Pengganas Sulu,Sultan Sulu,Sultan Sulu Tuntut Sabah | No comments
Tali baru pengganas sepatutnya dikenakan hukuman setimpal seperti pengganas Sulu. Mereka yang membantu musuh seharusnya dikategorikan sebagai musuh negara kerana membantu pengganas melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong.
Orang ramai sepatutnya tidak membiarkan golongan tali barut ini bebas. Tali barut inilah yang menjadi mata dan telinga mereka sehingga mengakibatkan ramai anggota keselamatan kita terkorban. Penduduk Kampung Simunul hendaklah mengambil langkah proaktif dengan melaporkan kepada pihak polis setiap kali terserempak dengan orang luar kerana mereka mungkin pengganas Sulu yang akan melancarkan serangan pada bila-bila masa!
Bangkitlah membela negara dan jangan menjadi seperti Ketua Pembangkang yang pandai berkata-kata tetapi langsung tiada semangat untuk membela negara apatah lagi membela nasib rakyat?
Komander militan, tali barut pengganas ditahan
LAHAD DATU (23 Mac 2013- Utusan Borneo): Pasukan keselamatan berjaya melumpuhkan pergerakan militan Sulu susulan penangkapan pemerintah tentera yang memimpin pencerobohan di Lahad Datu di Semporna awal pagi semalam.
Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, lelaki berusia lewat 40-an itu ditangkap bersama isterinya di sebuah kawasan paya pada 1.30 pagi hasil maklumat orang ramai.
Beliau berkata, selain itu pasukan keselamatan turut menahan seorang rakyat tempatan yang bertindak menyediakan segala keperluan kepada militan pengganas sejak awal pendaratan mereka di Kampung Tanduo sehingga kini.
Tanpa menjelaskan butiran lanjut mengenai lelaki tempatan berusia awal 40-an itu, Khalid berkata, suspek ditangkap bersama isterinya di satu kawasan di kampung tersebut jam 10 malam kelmarin.
“‘Local coordinator’ itu dikenal pasti sebagai individu yang bertindak mengatur makan dan minum, tempat tinggal, kenderaan serta perubatan kepada militan Sulu sejak daripada awal pencerobohan.
“Dengan penahanan ‘military commander’ atau pemerintah tentera Sulu serta tali barut pengganas ini, saya berpendapat kumpulan militan kini lumpuh dengan tertangkapnya dua individu terbabit,” katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi FELDA Sahabat 16, dekat sini semalam.
Khalid berkata, dengan penangkapan dua individu terbabit, beliau percaya pergerakan saki-baki pengganas kini semakin terbatas dan lemah ekoran kehilangan arah selain tidak lagi mendapat bantuan daripada warga tempatan. — Bernama
Sambil merakam penghargaan kepada masyarakat yang membantu memberikan maklumat sehingga tertangkapnya individu paling dikehendaki itu, Khalid berkata Ops Daulat yang memasuki hari ke-19 semalam tetap diteruskan dan membayangkan masyarakat sekitar Lahad Datu akan kembali meneruskan kehidupan seperti biasa tidak lama lagi.
Berhubung statistik terkini Ops Daulat, beliau berkata sehingga kini 408 orang ditahan atas pelbagai kesalahan dengan jumlah pengganas yang ditembak mati kekal 63 orang.
Katanya, sejumlah 38 mayat berjaya dikeluarkan dari kawasan operasi termasuk lapan yang dikeluarkan dari Kampung Tanjung Batu kelmarin dan sedang melalui proses bedah siasat di Hospital Lahad Datu.
Berkenaan kejadian di Kembara Sakti kelmarin, Khalid berkata jumlah pasukan keselamatan di perkampungan itu kini ditambah bagi memberi keyakinan kepada penduduk untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.
“Tidak ada sebab untuk mereka berasa takut dan saya nasihatkan semua ahli masyarakat, penduduk dan pekerja ladang di Kembara Sakti supaya kembali ke rumah masing-masing kerana pasukan keselamatan sentiasa melindungi mereka,” katanya.
Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati perkara itu hanya satu khabar angin yang diperbesar-besarkan sehingga mendatangkan kerisauan kepada penduduk.
Kira-kira 1,000 penduduk di kampung Kembara Sakti dilapor bertindak berpindah ke sekolah agama serta masjid berdekatan selepas seorang suri rumah mendakwa dia yang bersendirian di rumahnya didatangi empat pengganas yang kelaparan dan mengikat kedua-dua kaki dan tangannya.
Wanita itu bagaimanapun dikatakan berjaya melepaskan diri ketika militan terbabit leka mencari makanan. — Bernama
Taib Mahmud Sifatkan Anwar Sebagai Ahli Politik dan Bukan Pejuang Negara
Posted by Unknown
9:23 PTG, under Anwar Ibrahim,Ketua Menteri Sarawak,Ketua Pembangkang,PKR,Taib Mahmud | No comments
KM menyifatkan Anwar sebagai orang yang cuma mementingkan politik semata-mata. Anwar Ibrahim tidak memiliki sifat patriotik mahu pun cintakan negara. Unsur balas dendam beliau dalam politik hanyalah untuk kepentingan sendiri. Tidak hairan juga kenapa Anwar berundur dari Permatang Pauh tetapi meletakkan anak beliau sendiri sebagai boneka di sana.
Berapa lama lagi pihak Anwarinas ini sanggup bersekongkol dengan manusia dua alam ini? Tidak takutkah mereka kepada ajaran agama yang suci?
Sebelum ini Anwar pernah mencerca Malaysia di luar negara! Kenapakah rakyat tidak lupa ini semua? Mahukah mereka memilih pemimpin yang tiada semangat nasionalisme langsung untuk memimpin negara?
Tindakan Anwar cuba hidupkan semula sistem kolonial: KM
KUCHING (24 Mac 2013 - Utusan Borneo): Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mengecam tindakan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat cuba menghidupkan semula sistem kolonial di negara ini.
Taib berkata, tindakan Anwar yang sering mengimport orang luar untuk campur tangan dalam urusan negara, khususnya dalam politik adalah tidak wajar dan boleh merosakkan perpaduan serta keamanan negara.
“Saya sebenarnya jarang menceritakan mengenai orang lain, tapi beliau (Anwar) telah melampau dan cuba mengheret orang yang tidak ada kena mengena dengan politik kita di negara ini atau orang yang dahulunya menjadi koloni kita untuk campur tangan semula dalam urusan negara.
“Beliau yang kononnya seorang pemimpin jaguh di peringkat antarabangsa dilihat mahu menghidupkan semula sistem pentadbiran kolonialisme di negara ini dengan menggunakan sokongan dari luar,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Dewan Serba Guna Kampung Lintang, Petra Jaya yang menelan kos pembinaan lebih RM1 juta, semalam.
Hadir sama Menteri Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Fadillah Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Morshidi Ghani, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Datuk Daud Abdul Rahman, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samariang Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, ADUN Pantai Damai Dr Abdul Rahman Junaidi dan ADUN Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni.
Taib yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri memberitahu, tindakan yang diambil ketua pembangkang itu boleh menjatuhkan negara.
“Jaga perpaduan, inilah bentuk perjuangan kita yang paling berharga. Kita tidak mahu orang luar campur tangan dalam urusan mentadbir negara kerana kita tidak mahu pihak koloni menguasai kita lagi dan selama-lamanya,” tambahnya.
Beliau menegaskan, tindakan Anwar itu membuktikan beliau seseorang yang hanya mementingkan politik dan bukannya berjuang untuk rakyat dan negara.
Pada masa sama, beliau memberitahu jika Anwar merupakan rakyat Malaysia yang cintakan tanah air, beliau seharusnya mengetahui apa yang berlaku dalam negara ini.
“Beliau sepatutnya mempertahankan kedaulatan negara, bukannya bertindak menghancurkannya dengan menggunakan pengaruh luar,” tegasnya.
Selain itu, katanya, kepimpinan Anwar sudah terbukti gagal khasnya dalam menunaikan janji mereka kepada rakyat di negeri di bawah pentadbiran pakatan pembangkang.
“Beliau telah ditolak di sini (Sarawak), dah tahu hidung tidak mancung janganlah pipi disorong-sorong, kalau nak tengok bukti tengoklah kawasan beliau sendiri Permatang Pauh, tempat itu sekarang masih mundur sama seperti keadaan Mukah pada 20 tahun dahulu.
“Tidak ada banyak kemajuan yang dibawa oleh beliau sebab itu saya tidak hairan mendengar beliau mengatakan hasrat untuk beralih kerusi di kawasan Parlimen lain. Inilah keadaan yang sebenarnya,” ujarnya.
Justeru, beliau berharap rakyat di negara ini khasnya di Sarawak membuktikan kesetiaan kepada kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.
Sabtu, 23 Mac 2013
Rohani Karim : IADA Bukti Gigih Pertanian Komersil Ke Peringkat Antarabangsa
Posted by Unknown
12:42 PTG, under IADA,Koperasi dan Kepenggunaan,Parlimen Batang Lupar,PBB,Rohani Karim,Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri | No comments
Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) semakin banyak membantu petani di kawasan Sarawak khususnya di Zon Tengah. Kini terdapat 3 pusat IADA iaitu di Kalaka-Saribas-Betong, IADA Batang Lupar dan IADA Kota Samarahan.
Pihak petani di sini akan dibantu sepenuhnya oleh kerajaan untuk menjalankan aktiviti pertanian sebagai komersil. Ini adalah salah satu langkah kerajaan untuk meningkatkan ekonomi keluarga menjelang 2020 kelak. Semoga lebih ramai yang mengambil kesempatan ini untuk mendapat lebih banyak bantuan kerajaan. Kerajaan Pakatan Haram cuma nak bantu golongan cikgu? Golongan petani dapat apa?
Kerajaan ambil langkah drastik bantu masyarakat tani: Rohani
SARATOK (23 Mac 2012 - Utusan Borneo): Dalam membantu masyarakat yang menceburi secara serius bidang pertanian secara komersial, kerajaan mengambil beberapa langkah drastik termasuklah menubuhkan Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) di beberapa lokasi berpotensi di negeri ini.
Bagi Sarawak, sebanyak tiga buah kawasan IADA telah ditubuhkan bagi memberikan fokus untuk membantu golongan ini.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Karim berkata penubuhan itu merangkumi IADA Batang Lupar, IADA Kalaka-Saribas-Betong dan IADA Samarahan.
“IADA Batang Lupar adalah sebuah agensi yang berada di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan memainkan peranannya dalam pembangunan Jelapang Padi di kawasan Batang Lupar.
“Fungsi IADA ini adalah sama seperti Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) di Kelantan dan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di Kedah.
“Visi utama IADA ini adalah untuk membantu masyarakat tani di kawasan projek agar menikmati status sosioekonomi yang setaraf dinikmati golongan berpendapatan sederhana di kawasan bandar menjelang tahun 2020 melalui pembangunan projek pertanian komersial yang berdaya maju,” ujarnya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Hari Bersama Pelanggan IADA Kalaka-Saribas dan Agensi-agensi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, di Dewan Rumah Dayak Saratok, petang kelmarin.
Rohani berkata, IADA Kalaka-Saribas menjadi nadi penggerak serta mempertingkat taraf sosioekonomi masyarakat tani melalui pembangunan infrastruktur pertanian seperti saliran dan jalan ladang dan pembangunan tanaman makanan secara komersial.
Beliau yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan IADA Kalaka-Saribas-Betong menjelaskan, IADA Batang Lupar akan diketuai oleh seorang pengarah dengan penempatan seramai 25 pegawai dan jurutera.
“IADA di kawasan terbabit dijangka akan memulakan operasinya tidak lama lagi di kawasan Stumbin di Sri Aman.
“Penukaran nama IADA Kalaka-Saribas ke IADA Kalaka-Saribas-Betong adalah berdasarkan penambahan kawasan yang dikendalikan agensi itu ketika ini merangkumi keseluruhan Bahagian Betong.
“Sebelum ini agensi berkenaan hanya meliputi kawasan Kalaka di Daerah Saratok dan Saribas di Daerah Betong,” jelasnya.
RASCOM: Projek Kerajaan Yang Berkesan
Posted by Unknown
12:21 PTG, under Joseph Entulu,P.214,Parti Rakyat Sarawak,Pelan Induk Pembangunan,PRS,Selangau,Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah | No comments
Setelah berjaya membanteras aktiviti komunis melalui RASCOM sekitar awal 90-an dahulu. Kini penduduk Skim Penempatan Semula Kawasan Keselamatan Khas Rajang (RASCOM) Nanga Sekuau telah dapat menikmati hasil daripada pembangunan yang pesat sekita seabad. Inilah kelebihan menyokong barisan pimpinan kerajaan yang ada sekarang ini.
Sekiranya kerajaan tidak bertindak cepat mungkin penduduk di sekitar kawasan RASCOM sudah menjadi gerila komunis akibat ancaman anasir jahat tersebut. Mujurlah Allahyarham Tun Abdul Razak dan Tun Abdul Rahman Yaakub berjaya mengatasi ancaman komunis negara pada ketika itu yang tertumpu di kawasan tengah Sarawak.
Janganlah lupa kepada jasa pemimpin kita walaupun hidup kita semakin maju dan makmur. Kini anak kepada Allahyarham Tun Abdul Razak sudah menjadi Perdana Menteri kita dan anak saudara kepada Tun Abdul Rahman juga menjadi Ketua Menteri Sarawak, sama-samalah kita menyokong kerajaan pimpinan mereka yang mendukung warisan daripada generasi awal mereka untuk menyampaikan Malaysia yang lebih makmur dan maju di masa hadapan.
Jangan sekali-kali cuba terpengaruh dengan Pakatan Rosak yang dicipta hasil daripada kedengkian dan membalas dendam terhadap kerajaan sekarang! Sekiranya kerajaan tidak mendapati mereka bersalah kenapakah kerajaan sanggup membuang pemimpin yang kotor seperti mereka ini?
Program kerajaan terbukti berkesan
by Florence Nervyn.
DURIAN RUNTUH: Entulu (tengah) menyampaikan replika cek kepada Michael (dua kiri) sambil diperhatikan (dari kiri) Mauh, Mohd Khalid dan Ambing di Sekuau semalam. Penduduk RASCOM Nanga Sekuau nikmati pembangunan lebih pesat
SIBU (23 Mac 2013 - Utusan Borneo): Pembangunan pesat Skim Penempatan Semula Kawasan Keselamatan Khas Rajang (RASCOM) Nanga Sekuau menerusi pelbagai program ekonomi terbukti menjana pendapatan lumayan serta meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk.
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Joseph Entulu Belaun berkata, kerajaan sentiasa menyediakan pelan pembangunan lebih komprehensif dalam usaha membangunkan kawasan Sekuau menjadi sebuah kawasan penempatan lebih maju.
“Sekitar era tahun 80-an, kita dapat lihat kawasan Sekuau hanya bergantung kepada penanaman lada dan koko. Namun, situasi berubah mengikut arus pembangunan. Kerajaan terus memberi perhatian kepada penduduk Sekuau dengan melaksanakan projek pembangunan ekonomi lain.
“Ini dilihat menerusi pelaksanaan projek penanaman kelapa sawit dengan melibatkan agensi FELCRA Berhad yang melibatkan keluasan sekitar 800 hektar di Sekuau.
“Selain itu, Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Getah (RISDA) turut memperuntukkan pembangunan RM14.57 juta dengan pelaksanaan projek agropolitan,” katanya.
Entulu menjelaskan, Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sekuau baru-baru ini mengumumkan Pelan Induk Pembangunan lebih komprehensif membangunkan kawasan RASCOM Sekuau menjadi sebuah bandar kecil dalam tempoh lima tahun akan datang.
“Ini jelas membuktikan masa depan penduduk kawasan Sekuau semakin cerah dengan pelbagai bentuk projek pembangunan yang dijalankan oleh kerajaan pusat dan kerajaan negeri dalam usaha meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk luar bandar khasnya penduduk Sekuau,” ujarnya.
Entulu yang juga Ahli Parlimen Selangau itu berharap penduduk kawasan Parlimen Selangau khususnya Sekuau agar terus berdiri teguh memberi sokongan kuat terhadap kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang membuktikan kecemerlangan berkhidmat demi rakyat.
“Tolak propaganda pembangkang yang hanya mempunyai agenda politik mencari kesilapan dan keburukan kerajaan semata-mata.
“Maka, berilah sokongan padu kepada BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini bagi menjamin agenda pembangunan kerajaan dapat diteruskan selagi BN memerintah,” katanya pada Majlis Penyampaian Dividen Peserta FELCRA Berhad Kawasan Sibu Projek Oya 1, 2 dan 3 di Dewan Masyarakat Sekuau, semalam.
Seramai 404 peserta FELCRA Berhad Kawasan Sibu Projek Oya 1, 2 dan 3 menerima hasil pulangan dividen bagi tahun 2012 sejumlah RM314,289.50.
Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin Joseph Mauh Ikeh, wakil Pengurus Besar Wilayah FELCRA Berhad Sarawak Mohd Khalid Mohamad Noor, Pengurus Kawasan FELCRA Berhad Sibu Ambing Ambon, Pemanca Robert Nanta dan Penghulu Michael Nyawai.
Jumaat, 22 Mac 2013
Fitnah Globalwitness Diselar Pemuda PBB Sarawak
Posted by Unknown
10:34 PTG, under Globalwitness,Pandi Suhaili,Pemuda PBB,Sarawak,Taib Mahmud | No comments
Berikut adalah kenyataan Pemuda PBB berkaitan dengan fitnah Globalwitness. Agenda politik pembangkang ini sudah lama dihidu. Memandangkan tiada siapa yang percaya dengan pembohongan mereka, mereka cuba menyalurkan ke youtube. Lakonan mereka ini tidak berhasil untuk mengenakan Ketua Menteri Sarawak mahupun bekas Ketua Menteri yang terdahulu.
Janganlah cuba mengusik ketenteraman Sarawak dengan pelbagai rangkaian fitnah yang cuba ditanam di hadapan mata kami. Sesungguhnya rakyat Sarawak kenal pembangunan dan kemakmuran Sarawak di bawah Taib Mahmud! Jangan cuba menanam persepsi yang negatif ke atas Ketua Menteri kami. Jagalah tepi kain negara kamu yang mengalami masalah ekonomi. Jangan cuba melarikan isu sebenar dengan mencari onar di bumi kenyalang!!
Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili 21hb Mac 2013
Pihak NGO Barat kelihatan begitu asyik dalam agenda mereka untuk memburuk-burukkan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud agar semua pihak mempercayai fitnah-fitnah yang dilemparkan kepada mereka.Mungkin mereka beranggapan sekiranya fitnah-fitnah ini dilemparkan, lambat laun ada juak yang akan terpalit dan mengakibatkan semua pihak mula mempercayai fitnah busuk yang direka oleh minda yang jahat mereka.The Global Witness adalah satu diantara NGO-NGO Barat yang begitu taksub dengan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud seolah-olah di dunia Barat kini penduduknya hidup dengan aman damai tanpa apa-apa permasalahan ekonomi atau sosial.Adakah percubaan ini sedikit sebanyak disebabkan NGO-NGO Barat hendak mengalih perhatian dunia terhadap banyak masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat di sana?NGO Barat ini cuba untuk mengaitkan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dengan perbualan yang telah direkod seolah-olah Pehin Sri Abdul Taib berada dilokasi dimana perbualan tersebut direkod.Walhal ianya hanyalah satu omong-omong kosong yang dilakukan oleh individu yang dikatakan mempunyai akses menghubungi Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.Dengan kecanggihan dunia teknologi sekarang, tidak sukar untuk membuat video klip sedemikian rupa.Dicadangkan The Global Witness mengunjungi kedai-kedai kopi di Sarawak untuk berjumpa dengan individu-individu yang mungkin boleh memberikan cerita yang lebih panas dari apa yang telah dirakamkan untuk dipertontonkan kepada dunia agar dunia mengetahui betapa bodohnya The Global Witness, dan NGO-NGO Barat yang bersama The Global Witness dalam usaha mengaibkan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.Sebagai orang luar, The Global Witness, dan juga NGO-NGO Barat yang lian, tidak berupaya untuk menilai individu-individu yang mendakwa mereka mempunyai akses dengan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.Dan sebagai orang luar yang jahil dengan situasi setempat, The Global Witness telah cuba mengaibkan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dengan taktik yang kotor.Kenyataan yang dibuat oleh individu-individu dalam filem itu hanyalah sebagai usaha jahat mereka untuk mengaibkan dan memerangkap Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.Ada kemungkinan tindakan mereka ini didorong oleh perasaan dendam yang lama didalam hati sehingga membusukkan hati mereka sendiri.Namun sebagai orang muda, kami mahu kelancaran politik pembangunan yang dipelopori oleh Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang terbukti berjaya membangunkan Sarawak tercinta sehingga Sarawak menjadi negeri yang dirahmati kemakmuran dan kesejahteraan.Atas sebab itu, kami mahu politik pembangunan diperhebatkan dan diteruskan lagi agar Sarawak semakin makmur dan sejahtera.Kami akan memastikan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud tidak keseorangan dalam menghadapi fitnah anasir-anasir jahat ini.The Globat Witness juga dalang di belakang Bruno Manser Fund yang selama ini begitu obses dalam memfitnah Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Sarawak.Walaupun tiada satupun pertuduhan mereka itu dapat mereka buktikan, mereka masih lagi dengan tabiat jahat mereka dengan mendakwa merekalah sebagai jaguh orang Penan.Tetapi hakikatnya siapakah yang menjaga kaum Penan selama ini kalau bukan Kerajaan Negeri Sarawak?Apa yang telah dilakukan oleh mereka untuk membantu kaum Penan agar dapat membangunkan diri dan menyesuaikan diri dengan arus kemodenan yang melanda dunia?NGO-NGO Barat juga sering menuduh Kerajaan Negeri Sarawak dibawah kepimpinan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebagai gagal menjaga hutan sehingga mengakibatkan hutan kita pupus.Tetapi yang lucunya ialah hutan mereka yang sudah lama gondol akibat dari kerakusan mereka dan sekarang mereka cuba untuk mengajar cara untuk menjaga hutan kita!Kerajaan Negeri Sarawak dibawah kepimpinan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud melakukan pengurusan yang sebaik mungkin ke atas perhutanan negeri Sarawak.Sarawak mempunyai sistem penanaman semula hutan yang membanggakan dimana ketika ini pusingan pertama penuaian pokok Acacia telahpun dilakukan dengan jayanya.Kini Kerajaan Negeri Sarawak dibawah kepimpinan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud telah mensasarkan 1 juta hekta kawasan baru untuk usaha penanaman semula bagi tujuan mengekalkan sumber hijau dan sumber balak untuk Sarawak, Malaysia dan dunia.NGO-NGO Barat juga berusaha untuk memburuk-burukkan minyak sawit Malaysia, termasuk minyak sawit dari Sarawak, kerana minyak sawit ialah alternatif terbaik kepada minyak soya keluaran mereka.Akibat kekhuatiran dihati mereka terhadap minyak sawit, mereka berusaha dengan gigih untuk memberi gambaran negatif terhadap minyak sawit kita sehingga menyebabkan harga minyak sawit kita sukar untuk naik.Terimakasih NGO-NGO Barat diatas hati anda yang busuk ini.Niat jahat mereka tidak berhenti disitu. Mereka berhasrat untuk menjatuhkan ekonomi negeri Sarawak dengan melemahkan kepimpinan yang diberikan oleh pemimpin-pemimpin yang telah lama berjaya membangunkan negeri ini seperti Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sehinggalah Sarawak mampu untuk mencapai tahap ekonomi yg membanggakan seperti sekarang ini.Mereka semakin cemburu apabila Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud semakin berjaya memikat pelabur pelabur luar negara agar membuat pelaburan yg besar seperti di SCORE.Pelabur yakin dengan keupayaan negeri Sarawak kerana kita menawarkan kadar elektrik yg sangat rendah untuk kegunaan mereka iaitu dengan adanya empangan Bakun.Namun usaha kerajaan mahu membangunkan banyak lagi empangan hidro telah membuat mereka semakin kebingungan dan terus terusan menghasut rakyat agar membantah pembinaan empangan-empangan.BAKUN telah terbukti dapat menarik pelabur yg bakal melonjakkan ekonomi Sarawak di tahap yang boleh menyebabkan NGO-NGO Barat ini cemburu.Atas dasar ini, adakah suara-suara jahat mereka perlu didengari dan mengakibatkan terlepasnya peluang peluang ekonomi yg boleh menjaminkan pembanguan lebih mampan kepada Sarawak?Usaha Global Witness membuat filem seperti itu tidak lain hanya bertujuan untuk memfitnah dan ingin menjatuhkan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.Namun sebagai rakyat Sarawak yang menyanjungi budaya berterimakasih, kita tahu kepada siapa kita patut berterimakasih – dan sewajarnya kita berterimakasih kepada pemimpin yang banyak berjasa kepada negeri Sarawak.Kami, Barisan Pemuda PBB, akan tetap kukuh berdiri teguh bersama Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dalam mempertahankan negeri kesayangan kami ini dari anasir anasir yg berniat jahat, buruk dan busuk seperti The Global Witness dan Bruno Manser Fund.Cukuplah Lahad Datu di Sabah yg telah dicerobohi sebelum ini akibat dari suara-suara jahat ini yang lahir dari hati-hati yang busuk.Jangan cuba menakluki Swak dgn tipu helah fitnah yg melampau!Kami, pemuda-pemuda Sarawak akan mempertahankan negeri Sarawak serta Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan pemimpin pemimpin kami yang lain.Sekian. Terimakasih.
Pandi Suhaili