Sehubungan itu jurulatih sukarelawan akan dilantik untuk melatih mereka dalam menjalankan tugas tersebut di bawah program yang dinamakan Gerakbumi Demak Laut, kata Menteri Muda Pembangunan Perindustrian Sarawak, Dr Abang Abdul Rauf Abang Zen.
Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Demak Laut berkata di bawah program itu, pegawai-pegawai Jabatan Penerangan bakal berperanan sebagai pengurus maklumat.
"Saya yakin menerusi usaha memperkasakan JKKK di seluruh kawasan Demak Laut yang merupakan kawasan transformasi perindustrian di dalam bandar raya Kuching, ia dapat mencapai matlamat pengangguran sifar rakyat," katanya kepada pemberita ketika melawat Pejabat Jabatan Penerangan Bahagian Kuching/Samaharan di sini Jumaat.
-- BERNAMA
mukapetang: Diharap N5 Demak Laut akan lebih aman dengan tamatnya latihan JKKK dalam menangani jenayah, gejala sosial dan membanteras kemiskinan. Inikah yang kita impikan selama ini?
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!