Free Malaysia Today
Oleh Qayum Rahman
Mon, Sep 27, 2010
KUALA
LUMPUR: Penulis blog kontroversi, Raja Petra Kamaruddin telah
dicalonkan untuk bertanding jawatan majlis pimpinan pusat Parti Keadilan
Rakyat (PKR) pada pemilihan pucuk pimpinan parti pembangkang itu yang
akan berjalan dari penghujung Oktober sehingga pertengahan November ini.
Raja Petra, yang kini bermastautin di London, England dicalonkan cabang Kangar, pada mesyuarat bahagian itu 18 September lepas.
Ketua
Cabang Kangar Ko Chu Liang ketika dihubungi hari ini berkata, Raja
Petra menjadi calon pilihan cabang Kangar kerana beliau mempunyai
kepimpinan yang baik seperti penasihat PKR Anwar Ibrahim.
Beliau
berkata, walaupun Raja Petra kini bermastautin diluar negara, pemilihan
PKR boleh menggunakan sistem teknologi terkini untuk merealisasikan
pencalonan dari luar negara.
"Calon yang ditahan dibawah ISA
pernah dapat bertanding dalam pilihan raya Umum hingga memperolehi
kemenangan, ini bermakna Raja Petra juga boleh bertanding walaupun tidak
berada di Malaysia.
"Cabang Kangar
menyatakan pendirian menyokong Raja Petra setelah mengadakan mesyuarat
cabang dengan membuat 20 pencalonan tetapi undian tertinggi menyebelahi
Raja Petra," katanya.
Raja Petra Layak Bertanding
"Seramai
1000 ahli Cabang Kangar menyokong penuh pencalonan Raja Petra untuk
bertanding MPP kerana beliau layak untuk menjawat jawatan tertinggi bagi
mengukuhkan lagi parti dimasa akan datang.
"Saya berharap cabang lain juga akan memberi sokongan penuh terhadap Raja Petra untuk menjadi ahli MPP kali ini, katanya lagi.
Timbalan
Ketua Cabang Kangar Asrul Nizam Abd Jalil, yang turut dihubungi
berkata, ahli AMK dan wanita Kangar juga memberi sokongan penuh untuk
membantu kemenangan Raja Petra menjelang pemilihan pusat nanti.
"Cabang
Kangar memberi harapan tinggi terhadap pencalonan Raja Petra berikutan
dasar perjuangan beliau mampu membawa perubahan kepada negara ini.
"Pemimpin
tertinggi PKR perlu memandang serius cadangan dari cabang Kangar kerana
sudah tiba masanya untuk memberi laluan kepada bakal pemimpin
berkebolehan seperti Raja Petra," katanya.
Beliau Masih Ahli PKR
Sementara
itu, ahli Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Radin Shamsul hari ini
mengesahkan bahawa Raja Petra masih lagi ahli PKR yang sah sehingga hari
ini.
"Setakat ini beliau (Raja Petra) masih ahli PKR yang sah
sekaligus beliau boleh dicalonkan untuk bertanding sebarang jawatan di
dalam parti," katanya.
Raja Petra pernah ditangkap pada 12
September 2008 kerana menjadi ancaman kepada keselamatan negara dan
diperintah untuk ditahan bawah ISA.
Penulis blog itu ditahan atas
alasan beliau antara lain, memiliki dan mengusahakan laman web Malaysia
Today dan berniat dan sengaja menyiarkan artikelnya dan juga komen
pembaca dalam Malaysia Today yang kritikal dan menyinggung perasaan
orang Islam, kesucian Islam dan Nabi Muhammad.
Raja Petra juga
menghilangkan diri selepas dihadapkan ke mahkamah selepas dua waran
tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir ke mahkamah pada 23
April dan 23 Mei 2009 lalu bagi perbicaraan menerbitkan artikel berbaur
hasutan dan fitnah terhadap isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor,
melalui portal berita Malaysia Today.
Free Malaysia Today
mukapetang: Memang tidak hairan dalam budaya PKR mengambil bloggers sebagai ketua cabang malah menjadi pemimpin cawangan. Mungkin ahli PKR lain tidak layak eh bukan apa dia? Oh mereka banyak dah keluar parti sebab tak tahan tengok penyelewengan mengalahkan Cuba dan Taiwan.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!