by Patricia Gari
UTUSAN BORNEO
September 10, 2010, Friday
Perdana Menteri telah memberi tumpuan lebih kepada pembangunan Sarawak: Taib
TAIB
KUCHING: Rakyat Sarawak harus berterima kasih dan bersyukur atas
keprihatinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memfokus kepada
pembangunan infrastruktur di negeri ini. Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata bagi
mempertingkatkan pembangunan di negeri ini Perdana Menteri telah
memperuntukkan RM4 ribu juta bagi program membina jalan raya luar
bandar, bekalan air dan bekalan elektrik menjelang 2012.
“Apabila Perdana Menteri mahu mempertingkatkan bentuk pembangunan
kita kepada pembangunan Model Ekonomi yang berpendapatan tinggi, beliau
sedar banyak daripada kemudahankemudahan di Sarawak juga Sabah patut
ditambah baik lagi sehingga dapat sama rata dengan kawasan-kawasan di
Semenanjung yang mempunyai penduduk lebih ramai.
“Oleh sebab itu maka kita di Sarawak patut berterima kasih kepada YAB
Perdana Menteri kita kerana mempunyai perasaan yang menumpu kepada
masalah kita di negeri Sarawak,” katanya dalam perutusan khas sempena
Hari Raya beliau semalam.
Taib juga percaya Sarawak akan mencapai pembangunan yang lebih cepat
bermula dari Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) dengan bermulanya
pelaksanaan model ekonomi berpendapatan tinggi.
Ini kerana katanya beliau telah menjalankan banyak rancangan yang
boleh menarik lebih banyak pelaburan. Setakat ini tambahnya, sudah lebih
dari RM30 ribu juta daripada pihak yang hendak mengusahakan industri
berat sudah bersetuju melabur di negeri ini.
Justeru katanya peluang pekerjaan akan bertambah di Sarawak dan
perkara yang lebih penting ialah peluang pekerjaan yang mempunyai upahan
atau gaji lebih lumayan akan mula meningkat di negeri ini.
“Oleh sebab itu saya meminta kepada suadara sekalian pada hari mulia
ini (Hari Raya Aidilfitri) ini untuk memelihara situasi positif di
negeri ini supaya Sarawak kekal dapat menarik pelaburan demikian,”
katanya.
Pada masa sama tambahnya Sarawak akan dapat terus dibangunkan
peringkat demi peringkat sehingga rakyat mempunyai pendapatan yang lebih
tinggi dan sama rata dengan negara yang sudah maju menjelang 2030.
“Pembangunan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) di kawasan
tengah Sarawak diyakini dapat memberi impak positif kepada kawasan di
luarnya.
“Kita jangka dengan program dan rancangan yang kita jalankan
sekarang, maka pendapatan perkapita rakyat negeri ini menjelang 2030
akan mencapai dolar AS$24,000, tiga kali ganda daripada
sekarang…Sekarang kita sudah mencapai purata pendapatan kurang lebih
dolar AS$8,000. Masa depan yang cerah seperti itu ujarnya akan menjamin masa depan generasi akan datang.
“Akhir sekali, Selamat hari Raya semoga Allah akan memelihara kita
semua dan dapat mencapai cita-cita yang mulia dalam keadaan aman, politk
stabil dan rakyat yang bersungguh-sungguh berusaha untuk kemajuan kita
bersama. Selamat Hari Raya,” katanya.
mukapetang: Nasib baik kita mempunyai tokoh pemimpin yang prihatin akan kebajikan dan pembangunan rakyat. Saya dengar Ketua Menteri mengadakan rumah terbuka di Borneo Convention Centre Kuching selama dua hari. Inilah masanya untuk bersama pemimpin yang kita sayangi untuk menyambut Hari Lebaran yang mulia ini.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!