Ahad, 31 Oktober 2010
Jumaat, 29 Oktober 2010
PKR Terjun Lagi di Batu Sapi
Posted by Unknown
6:55 PTG, under Ansari Abdullah,Anwar Ibrahim,Batu Sapi,BN,Jatuh,Malaysia,Parti Bersatu Sabah,PAS,Pilhanraya,PKR,Sungai,Terkini | 1 comment
Batu Sapi - Ketika sedang berkempen di kawasan Kampung Gas di sini, penyokong PKR terkejut apabila Ansari, calon mereka terjatuh ke dalam air sekali lagi!!! Bukan sekali malah dua kali berturut-turut dipanggil air. Apakah ini satu petanda? Sekiranya memilih Ansari/ PKR maka banjirlah Batu Sapi?
Semasa kejadian beliau sedang mengikut TS Khalid Ibrahim. Hanya beliau yang jatuh tergolek ke dalam air sungai manakala pegawai jentera pilhanraya lain tidak terkena sebarang kemalangan.
Beliau diselamatkan oleh penduduk kampung Gas dan dikejarkan ke hospital dengan segera. Beliau cuma khuatir sekiranya kesihatan beliau terjejas memandangkan pilihanraya dah dekat. Sebelum ini beliau juga dilaporkan jatuh tergolek di Pulau Api-Api.
Kalau nak pergi ke kubur sekiranya kubur tak molek maksudnya adalah amalan kita yang tak elok semasa hidup. Apakah amalan pelik Ansari sehinggakan asyik terjatuh ke dalam air? Agaknya kalau sekali lagi dia jatuh mungkin dia tidak akan turun bertanding.
Galas TERKINI: Orang Asli Boikot PAS
Posted by Unknown
12:01 PG, under BN,Boikot ADUN,DAP,Dr Zulkefli,Free Malaysia Today,Galas,Jentera Pilihanraya,Kelantan,Nik Aziz,Orang Asli,PAS,Pilihanraya Kecil Cawangan,PKR,Politik | No comments
GALAS - Ketika rancak sambutan untuk mendengar ceramah 'Galas Untuk Kito' terdapat desas-desus yang menyatakan rata-rata hadirin yang hadir adalah orang luar. Di mana perginya penyokong PAS Gua Musang? Terdapat khabar angin yang menyatakan bahawa kempen pilihanraya Galas telah diboikot oleh Ketua Pemuda PAS Gua Musang, Ustaz Lah.
Beliau tidak berpuas hati dengan calon yang dipilih untuk mewakili PAS di Galas atas alasan Dr Zulkefli bukan anak jati Galas. Apakah beliau akan dikenakan tindakan disiplin kelak? Beginikah sikap Ketua Pemuda sendiri yang tidak mahu mengikut telunjuk TG Nik Aziz? Adakah ini yang dimahukan oleh Galas melihatkan kepimpinan yang kucar- kacir? Tidak ada sefahaman di dalam pentadbiran politik bagaimana pula untuk memerintah kawasan.
Terkini maklumat yang didapati daripada MELANAU BLOGGER™ terdapat sedikit atau besar kemungkinan akan menjadi titik penting dalam pilihanraya Galas ini. MB melaporkan terdapat sekatan ke atas jentera pilihanraya PAS apabila cuba memasuki kawasan Orang Asli di Galas. Memang patut pun disekat disebabkan Orang Asli seperti di anak tirikan setelah sekian lama PAS memerintah Kelate. Sudahlah mereka tidak dilayan dengan istimewa, sewaktu merasuah pun hanya mendapat 2 bungkus keropok! Lain pula halnya dengan sogokan untuk kaum Cina yang mendapat lebih banyak habuan!
Mungkinkah mereka akan disumpit! Apakah PAS akan menerima sumpitan asli di Galas?
Sekadar hiasan thesis |
Sila ikuti laporan secara live dari pisau.net dan suaragalas
Khamis, 28 Oktober 2010
PKR lawan DAP di Batu Kawah
Posted by Unknown
4:14 PTG, under Alfred Yap,Anwar Ibrahim,audie61,Batu Kawah,Chong Jieng Jen,DAP,PKR,Sarawak,Tan Joon Phoi | No comments
Kenapa begitu ramai menyatakan Harimau DAP mula menunjukkan kukunya di Sarawak? Teman blogger saya begitu rancak melaungkan nama Lim Guan Eng eh bukan, nama Harimau DAP Sarawak. Bukan Wong Ho Leng tetapi Chong Jieng Jen.
Kalau nak tahu siapa Chong Jieng Jen sila ikuti kisah anak Harimau yang keluar dari hutan masuk Kota Sentosa.
diterjemah dan disadur dari audie61
"Melepasi Batas Pemuda"
Di manakah 'Lim Guan Eng dari Sarawak' kini berada? audie61' ingin mengambil kesempatan untuk memperkenalkan Jucucakap Politik baru kami Tiger Liew dengan isu pertama beliau: - 
Di Semenanjung Malaysia, mereka ada Lim Guan Eng, di Sarawak pula, kami ada Chong Chieng Jen.
Sepertimana puak Lim yang mendominasi DAP di barat, keluarga Chong pula memiliki pengaruh yang besar ke atas DAP di Sarawak. Bahkan mereka mungkin memiliki keyakinan bahawa Chieng Jen sekarang tidak dapat dikalahkan. Besar kemungkinan juga akan menduduki kerusi Ketua Menteri Sarawak. Ini tidak mustahil kerana hal ini telah terjadi di Penang dengan Lim Guan Eng, bukan?
Dalam politik, persepsi lebih kuat dari kenyataan. Mereka percaya bahawa mereka akan menang dalam tempoh jangka panjang. Setakat ini, nasib telah banyak menyebelahi CCJ. Dia berjaya mengekalkan kerusi Ahli Parlimen Bandar Kuching untuk penggal yang kedua, melalui gelombang ketidakpuasan terhadap SUPP dalam pilihan raya tahun 2006. Walaupun menang tipis mengalahkan Alfred Yap Chin Loi dan memenangi kerusi baru Kota Sentosa tapi sudah cukup untuk menyemarakkan lagi semangat perjuangan beliau.
Bagaimana agaknya perasaan Alfred Yap setelah kehilangan kawasan tersebut? Kita cuma boleh meneka. Beliau telah diminta untuk menyerah kerusinya di Batu Kawah kemudian memecut bagai kesatria berkuda berbaju zirah ke Kota Sentosa. Malangnya beliau tersungkur.
Khabar angin pula menyatakan bahawa Yap telah berkempen sejak hari dia kehilangan kerusinya. Terdapat ura-ura juga menyatakan bahawa Yap mengidam untuk mendapat peluang kedua sekiranya diluluskan untuk memenangi pencalonan parti SUPP di Kota Sentosa. Dia sememangnya telah bersedia sepenuhnya untuk pusingan kedua di Kota Sentosa.
Jika Yap mendapat pencalonan kedua kalinya di Kota Sentosa, inilah peluang keemasan bagi dirinya untuk bertemu dan menumbangkan bakal Ketua Menteri Sarawak dari DAP iaitu Chong!
Bagi Chong, dia telah membuktikan kejaguhannya ketika dia berjaya menjatuhkan Timbalan Menteri Yap di Kota Sentosa. Dia kini yakin bahawa dia mampu berhadapan dengan calon parti lawan yang lebih tinggi lagi. DAP selalu angkuh mengatakan bahawa para pemimpin mereka (misalnya Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng) boleh diterbangkan di mana saja ke kawasan-kawasan majoriti Cina dan menang. Si Lim tua telah terbukti berkali-kali dengan memenangi kerusi di Melaka, Perak dan Pulau Pinang.
Mampukah Chong mempertahankan kerusinya di Kota Sentosa dalam pusingan yang seterusnya? Adakah dia akan ditugaskan untuk memburu seekor naga baru di tempat lain dan menobatkan orang kanannya untuk mempertahankan Kota Sentosa? Jika DAP masih boleh menekan kemarahan pengundi Cina, pastikah Chong akan menjadi pahlawan dan membuktikan kemampuannya dengan merempuh masuk ke dalam benteng musuh? Sudah semestinya dia akan meninggikan hidungnya di antara rakan-rakannya di Semenanjung Malaysia jika dia dapat memenangi kerusi di tempat lain di Sarawak. Tapi di mana agaknya yang menjadi sasaran beliau?
Jika Chong memilih untuk bertanding di kawasan lain, tempat yang pasti adalah kerusi Batu Kawah. Dia sering dilihat berkunjung ke kawasan tersebut baru-baru ini.
Shhhhh, SUPP Batu Kawah pasti gerun apabila mengetahui 'Chong lawan Tan Joo Phoi'. Pada saat ini juga, kita boleh melihat bagaimana calon PKR See Chee How tengah hebat berjuang di Batu Kawah. Tetapi sekiranya Chong turut serta dalam perebutan kerusi Batu Kawah, perrhitungannnya akan menjadi semakin menarik.
Jadi, adakah Chong akan meninggalkan Kota Sentosa untuk Batu Kawah? Apakah dia akan membuktikan kemampuannya dan menghidupkan gelaran yang mereka telah berikan kepadanya: 'Idola Belia Cina dari Desa'. Bagaimana pula status calon PKR See Chee How dan Tan Joo Phoi?
Jangan lupa, anda akan mendengar dengan lebih lanjut tentang hal ini dari Tiger dalam blog audie61
Later Cloud Surfer
PAS di Galas: Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi
Posted by Unknown
10:00 PG, under BN,DUN,Galas,Kelantan,N45,parpukari,PAS,pisau,PRK,suaragalas | No comments
Bahaya menimpa Penduduk Galas sekiranya PAS Menang!
MP ingin memetik thesis Parpukari mengenai Calon di Galas. Sudahlah tidak mesra rakyat apabila ditemuramah oleh wartawan. Agaknya dia tidak mahu ditanya rahsia atau sejarah silamnya diketahui oleh rakyat terutamanya penduduk di Galas. Semua ahli politik suka publisiti tetapi adakah publisiti yang mencemar imejnya hendak dicari dan dibongkar bila dia ingin naik kerusi Galas.
Sudahlah jatuh ditimpa tangga begitulah nasib Dr Zulkefli. Kecoh beliau apabila mengetahui sejarah silam Allahyarham bekas YB Galas ini.
Sungguhkah begitu banyak jasa baik Allahyarham sehinggakan PAS memetik jasa beliau. Rupa-rupanya, harapkan pagar pagar makan padi. Ikuti pendedahan di pautan di bawah
DUN GALAS! KISAH BEKAS ADUN GALAS YANG MESTI DIKETAHUI OLEH SEMUA RAKYAT MALAYSIA - EPISODE 1
Setelah tiga bulan berkampong di Galas, PAS masih tiada modal untuk digunakan buat berkempen. Blogger Pisau.net melihat PAS berkempen bermodalkan orang mati. (Baca di sini dan sini). Dua kali Harakah melaporkan mengenai jasa Allahyarham Chek Hashim. (Baca Harakah di sini dan sini)
Sepanjang Allahyarham menjadi wakil rakyat sejak Mac 2008, keadaanya begitu gering. Pada bulan Julai 2008, beliau sudah mula menjalani rawatan intensif di China. Bila pula beliau sempat membawa kononnya pembangunan pesat tiga tahun kebelakangan ini?
Sungguhkah begitu banyak jasa Allahyarham hingga menjadi suatu daya tarikkan untuk pengundi memberi undi kepada calon PAS, Dr Zulkefli? Yakinkah penduduk di Kampong Sungai Tekar dan Kampong Sungai Ketil akan jasa Allayarham?
Sepanjang Allahyarham menjadi wakil rakyat sejak Mac 2008, keadaanya begitu gering. Pada bulan Julai 2008, beliau sudah mula menjalani rawatan intensif di China. Bila pula beliau sempat membawa kononnya pembangunan pesat tiga tahun kebelakangan ini?
Sungguhkah begitu banyak jasa Allahyarham hingga menjadi suatu daya tarikkan untuk pengundi memberi undi kepada calon PAS, Dr Zulkefli? Yakinkah penduduk di Kampong Sungai Tekar dan Kampong Sungai Ketil akan jasa Allayarham?
Pendedahan ini mungkin menimbulkan kemarahan sesetangah pihak kerana Allahyarham sudah tiada lagi. Tetapi yang benar walaupun pahit, harus diketahui ramai. Pembohongan yang cuba dilakukan PAS tidak harus dibiarkan berleluasa.
Ikutilah kisah di sebalik gambar-gambar yang disiarkan pada pautan parpukari di atas.
Rabu, 27 Oktober 2010
Taib : Kepimpinan Akar Umbi Teras Pembangunan
Posted by Unknown
5:44 PTG, under Awangku Khaider,BN,Mukah,Newspapers,PBB,Sarawak,Taib Mahmud,Utusan Borneo | No comments
Melentur buluh hendaklah dari rebungnya biar senang diajar dan dibimbing sebelum menempuh dunia yang penuh ranjau. Orang tua dihormati dan orang muda dikongsi tunjuk ajar. Demikianlah cara didikan awal di Sarawak.
Semasa PRK di Sibu tempoh hari, penduduk Sarawak telah dikejutkan oleh budaya yang begitu liar dan sungguh tidak berperikemanusiaan. Yang perempuan berlagu-lagu dan menjerit-jerit tanpa ada tahap keimanan di dalam dada. Yang muda juga turut sama memburukkan namapemimpin sambil melaungkan perjuangan yang tidak pernah dituntut dalam agama.
Nama pemimpin tidak dihormati malah dipersenda-sendakan seumpama tiada makna dalam arus pemodenan. Beginikah budaya timur yang telah diserap di dalam jiwa dan sebati dengan naluri orang timur?
Wajarkah budaya sedemikian diteruskan? Siapa yang harus dipertanggungjawabkan untuk membetulkan semua ini? Adakah tugas kerajaan sahaja atau tugas individu yang membentuk keluarga asas? Tepuk dada tanyalah selera..
Memandangkan perlunya ada kesedaran sedemikian. Maka kepimpinan di peringkat akar umbi hendaklah bekerjasama dengan pemimpin untuk mendidik nilai-nilai murni dan sahsiah diri yang terpuji di dalam setiap anak watan. Ini agar mereka tidak lupa akan asl usul perjuangan demi mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara.
Sarawak sangat beruntung kerana mendapat pemimpin yang berjiwa rakyat. Walaupun kadang-kadang dia tidak dapat berlaku saksama ke atas semua. Seperti cerita di bawah
Anak yang sulung apabila tamat pelajaran diberi sebuah kereta mewah. Anak bongsu yang baru mendapat keputusan cemerlang dalam PMR pula diberi 5 buah basikal. Si abang tidak puas hati kerana adik mendapat 5 benda. Si adik pula tidak puas hati kerana tidak dapat kereta. Sekiranya kereta diberi kepada adik sempena keputusannya, mungkinkah si adik akan meneruskan hayatnya sehingga ke menara gading? Sudah tentu si adik akan mendapat kemalangan memandangkan pengalaman memandunya belum cukup dan sentiasa mengikut gerak hati muda. Beginilah refleks keadaan semasa yang dapat diperhatikan. Semoga kita merenung dan mengambil iktibar di samping itu marilah kita mengikuti kisah di bawah..
Saya bertanggungjawab kepada rakyat Sarawak : Taib
by Awangku Khaider. Posted on October 27, 2010, Wednesday
MUKAH: “Saya bertanggungjawab kepada rakyat Sarawak dan hanya melakukan yang terbaik untuk mereka walaupun terpaksa berhadapan kritikan pedas pembangkang,” demikian tegas Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.
Menurut beliau, perjuangan politik pembangkang tiada definisi jika sekadar melalak yang kononnya menghujahkan isu-isu semasa serta mempromosikan propaganda, tanpa bertindak untuk mensejahterakan rakyat.
“Andai terpaksa berdepan kritikan hebat pembangkang sekali pun, saya rela. Saya hanya melakukan yang terbaik untuk rakyat. Marahlah macam-macam, saya tidak peduli. Kesejahte-raan rakyat lebih penting daripada melayan kerenah pembangkang.
“Dua cuping telinga saya bersedia mendengar segala masalah rakyat. Walaupun begitu, permasalahan rakyat yang saya dengar akan diperhalusi. Permohonan-permohonan untuk pembangunan akan dinilai berpandukan keuta-maan serta kewajaran,” jelas beliau.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian itu menyatakan demikian semasa beliau berucap merasmikan Seminar Pembangunan dan Kepimpinan Ketua Masyarakat Peringkat Negeri (Bahagian Mukah) di The Grand Kingwood Resort, di sini semalam.
Seminar dua hari itu bertemakan ‘Kepimpinan Akar Umbi Teras Pembangunan’ yang disertai oleh 284 ketua kaum di Bahagian Mukah dan dianjurkan oleh Jabatan Ketua Menteri dengan kerjasama Angkatan Zaman Mansang (AZAM).
Menekankan disiplin sebagai penanda aras kredibiliti seseorang pemimpin akar umbi, Taib mengingatkan bahawa pembangunan tidak mampu berjalan lancar tanpa kerjasama erat para pentadbir dengan masyarakat setempat.
“Jatuh bangun negeri ini di tangan kita sendiri. Kemajuan pesat sekarang tidak harus berhenti sekerat jalan. Jangan biarkan generasi masa hadapan menikmati pembangunan yang alang-alang. Pastikan taraf hidup mereka lebih baik berbanding kita pada hari ini.
“Justeru, pemimpin akar umbi perlu sealiran dengan kerajaan. Kejujuran, keikhlasan dan sikap yang betul akan memastikan masyarakat pimpinan maju dari segi fikiran serta tidak terpinggir daripada arus perdana pembangunan,” tambahnya.
Hadir sama ialah Speaker Dewan Undangan Negeri, Dato Sri Mohd Asfia Awang Nassar, Penasihat Khas di Pejabat Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem dan Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah.
Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani, Ahli Parlimen Mukah, Dato Sri Dr Muhammad Leo Michael Toyad, ADUN Jemoreng Abu Seman Jahwie serta ADUN Daro Murni Suhaili juga turut hadir di majlis tersebut.
Selasa, 26 Oktober 2010
Isnin, 25 Oktober 2010
Resipi PAS Menang di PRK Galas
Saya baru dapat buku resipi PAS di Galas. Mereka menghantar guna beg plastik PAS sahaja.
Dalam beg plastik ini ada barang-barang di bawah.
1) Teh Boh
2) Keropok Sira Berlada
3) Biskut Kering Lee Cream Crackers
5) Gula Pasir PRAI
Kalau nak tahu inilah resipi rasuah PAS di Galas sekarang ini. PAS memang tidak yakin dengan kemampuan dan kebolehan PhD yang diturunkan di Galas.
Latar belakang PhD mereka ini cukup teruk dahlah ditangkap khalwat (www.papagomo.com).
Sampaikan isteri Nik Ah Jis pun kena bungkus beg plastik untuk buat kuih resipi menang di Galas seperti dilaporkan oleh blogger ohpolitik!
Kebajikan PAS pula menjurus kepada kaum Cina sahaja kenapa?
Harap-harap kawan kita di Galas sedar yang PAS ni penipu besar.
Ahad, 24 Oktober 2010
Kenapa Pakatan Rakyat kibar bendera PAS dan DAP di Miri?
Posted by Unknown
10:36 PTG, under Ahmad Sabu,Anwar Ibrahim,DAP,Miri,Paktan Rakyat,PAS,PKR,Rumah Dr Teo,SNAP | 2 comments
Di sebalik kelambu PKR
23 Oktober 2010 Sabtu.
MIRI - Setelah selesai melancarkan jentera pakatan rakyat dan mengutip sumbangan, Anwar telah meminta golongan remaja untuk berdialog dengannya. Mereka yang dipilih rata-rata pemuda belasan tahun. Apa agaknya hendak dibincangkan oleh Anwar dengan remaja lelaki ini? Memang sah otak kuning!! Kita tak cakap pun korang dah pandai buat persepsi.
Ada juga golongan kaum wanita yang ingin turut serta untuk berdialog dengan Anwar tetapi tidak diendahkan. Sebaliknya mereka disuruh beredar ke khemah lain. Sementara itu, giolongan wanita Orang Ulu dibenarkan unutk berjumpa dengan Ahmad Sabu. Adakah disebabkan ahli yang hadir semua tidak mengetahui mengenai latar belakang Anwar dan Ahmad Sabu. atau sengaja diupah untuk memeriahkan sambutan Ada juga yang pelik disebabkan dalam sejarah politik, Ahnad Sabu yang menggelarkan Anwar al juburi suatu ketika dahulu? Kenapa kini sudah berubah cita rasa?
Mereka yang hadir turut digesa untuk mengisi borang memo untuk memantau masalah di Sarawak. Pakatan Rakyat juga berjanji melalui perwakilan mereka untuk menyuarakan memo-memo ini kepada Perdana Menteri. Terdapat golongan yang merungut kerana tidak faham tulisan Cina.
Beginikah persediaan DAP sebagai tuan rumah? Kalau sudah menjemput tetamu kenapa tidak melayan seperti tuan rumah yang elok? Apa salahnya mencetak dalam bahasa Malaysia atau bahasa Inggeris kerana rata-rata yang hadir faham bahasa selain daripada bahasa Cina. Mungkin upah mereka ini lebih murah daripada mengupah ahli DAP yang sentiasa mahukan sesuatu daripada setiap perbuatan mereka?
Beginikah persediaan DAP sebagai tuan rumah? Kalau sudah menjemput tetamu kenapa tidak melayan seperti tuan rumah yang elok? Apa salahnya mencetak dalam bahasa Malaysia atau bahasa Inggeris kerana rata-rata yang hadir faham bahasa selain daripada bahasa Cina. Mungkin upah mereka ini lebih murah daripada mengupah ahli DAP yang sentiasa mahukan sesuatu daripada setiap perbuatan mereka?
Khabarnya juga mereka ini diupah untuk membuat persembahan sempena menyambut kedatangan Anwar ke Miri. Ada juga yang merungut kerana tidak diberikan makanan setelah selesai persembahan. Pada masa yang sama Ahnad Sabu yang baru sahaja elancarkan kutipan wang sumbangan daripada ahli pakatan rakyat. Ada yang bermasam muka kerana mereka diupah untuk datang dan sekarang terpaksa pula untuk menyumbangkan kembali wang tersebut untuk membantu Galas dan Batu Sapi. Beginikah cara pentadbiran mereka?
Kalau Dr Teo yang mampu memiliki rumah sebesar mahligai, kenapa pula rakyat yang hadir diminta menghulurkan sumbangan? Ke manakah hasill pasir di Selangor? Adakah sudah digunakan untuk kemewahan ketua-ketua PR? Berapa agaknya kos membina rumah seperti Dr Teo ini?
Tidak lama selepas itu datang sebuah kereta mewah yang popular di Eropah dan barat ,milik pemimpin pakatan rakyat, hadir untuk berjumpa Anwar dan Ahmad Sabu. Agaknya kalau kereta ini disumbangkan ke dalam tabung maka cukuplah belanjawan mereka untuk berkempen di Galas dan Batu Sapi. Hanya Ahmad Sabu yang beriya-iya untuk mengemis wang rakyat kerana PAS akan berhentam di Galas yang kononnya sewa rumah telah melonjak naik disebabkan PRK. Inilah gambar kereta , memewah yang patut disumbangkan untuk memenangi pilihan raya kecil di Galas dan Batu Sapi.
Penduduk di sekitar Jalan Tanjong apabila ditanya kenapa tidak menyertai perlancaran jentera pakatan rakyat, menjawab dengar nama Anwar mereka lari lintang-pukang.
Sebelum ini kita dengar berlaku semasa Azmin Ali tiba di Kota Samarahan beberapa hari yang lepas, sekarang ini terjadi pula apabila Anwar tiba di Miri.
Patutlah bendera PAS yang dikibarkan supaya penduduk Jalan Tanjong berani keluar untuk menyertai perlancaran jentera pakatan rakyat tersebut. Kalau bendera PKR nescaya tiada siapa yang berani masuk ke kawasan rumah Dr Teo sebab takut dijuburi.
Pengumuman Calon BN di Batu Sapi
Posted by Unknown
4:39 PTG, under Batu Sapi,BN,Linda Then,malaysiakini.com,Parti Bersatu Sabah,PRK | 1 comment
GEMPAR
Datin Linda Tsen Thau Lin, isteri kepada mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah diumumkan sebagai calon BN bagi PRK Batu Sapi.
Datin Linda Tsen Thau Lin calon BN di Batu Sapi
Okt 24, 10 3:10pm
BN akan meletakkan Datin Linda Tsen Thau Lin, 54, sebagai calonnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi 4 November ini.
Beliau adalah timbalan ketua Wanita PBS Elopura dan isteri kepada mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah.
Ketua Menteri Sabah yang juga pengerusi BN negeri, Datuk Musa Aman berkata, jawatankuasa BN negeri sebulat suara memilih Linda bertanding di Batu Sapi.
Katanya, BN yakin dengan kemampuan calon BN itu untuk meneruskan khidmat kepada penduduk di kawasan berkenaan.
pilihan raya kecil itu, yang diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Edmund Chong Ket Wah, 54, dalam kemalangan jalan raya pada 9 Oktober.
Penamaan calon bagi pilihan raya kecil ini akan diadakan Selasa ini dan pengundian pada 4 November.
Bagi calon PRK Galas pula, BN telah mengumumkan Setiausaha UMNO Bahagian Gua Musang sebagai calon mereka. Abdul Aziz Yusoff, 47, dipilih oleh UMNO sebulat suara dan diumumkan oleh TPM TS Muhyiddin Yassin.
Bagi calon PRK Galas pula, BN telah mengumumkan Setiausaha UMNO Bahagian Gua Musang sebagai calon mereka. Abdul Aziz Yusoff, 47, dipilih oleh UMNO sebulat suara dan diumumkan oleh TPM TS Muhyiddin Yassin.
PKR Anwar dan PAS Ahmad Sabu dikelentong DAP Miri
Posted by Unknown
10:58 PG, under Anwar Ibrahim,Baru Bian,Chong Chien Jen,Jentera Pilihanraya,Miri,Rumah Dr Teo,Sarawak | 7 comments
Ke Mana Pergi 10000 Penyokong PKR di Miri?
MIRI- Pemimpin Majlis Tertinggi PR semua menanti dengan penuh kesabaran ke mana perginya penyokong kuat mereka? Dr Teo menjanjikan 10000 kehadiran penuh untuk menyambut kedatangan Anwar Ibrahim dan Ahmad Sabu di Miri. Ia sempena Pelancaran Jentera Pakatan Rakyat dan memohon bantuan untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil di Sabah dan di Kelantan.
Kehadiran cuma 300 orang merupakan sesuatu yang tidak dijangkakan oleh Anwar dan Ahmad Sabu. Mungkin penyokong PR yang lain telah sedar setelah melihat perubahan yang tidak membawa kemajuan di Selangor, Penang dan Sibu. Ini membuatkan mereka tidak berminat untuk menyokong PR yang menipu rakyat.
Lagu mahukan perubahan berkumandang tetapi adakah perubahan ke arah kemajuan yang dijanjikan apabila bersama PR? Perubahan yang boleh membawa maksud ke arah kemajuan dan juga perubahan ke arah kemunduran seperti yang telah dijanjikan di Sibu?
Ahmad Sabu dengan bangganya memberitahu mereka yang hadir bahawa tabung kutipan untuk menghadapi pilihan raya sedang diedarkan. Ke manakah perginya duit pasir dan duit judi mereka? Begitu tamak mereka ini sehingga sanggup lagi menipu rakyat Sarawak yang hadir bahawa mereka memerlukan dana.
Kononnya dia berjaya mengekalkan kerusi beliau hanya berbekalkan RM70 sahaja hasil kutipan daripada ahli-ahli PR. Tabung pungutan diedarkan untuk mengutip bantuan bagi menghadapi PRK di Sabah dan Kelantan. Kalaulah betul RM70, dapatkah 'maintain' pipi sedemikian?
Anwar Ibrahim berucap dengan isu yang sama antaranya naik teksi nak pergi Putrajaya, nasib baik tak bagitau dia ikut Din Puduraya. Dia juga nak kumpul masalah orang Sarawak untuk dibentangkan di Parlimen kelak. Agaknya Anwar tidak sedar borang yang diedarkan dalam bahasa Cina sahaja. Kesian mereka ini entah apa yang hendak ditulis, agaknya nak mintak tukar borang di bawah ke dalam bahasa Melayu atau bahasa yang boleh dibaca.
Inikah pakatan rakyat di mana keistimewaan bumiputera akan disama ratakan dengan menggunakan bahasa Cina selari dengan negara China yang jauh lebih banyak penduduknya di seluruh dunia? Atau Anwar sedar orang Cina yang banyak tidak puas hati di Malaysia dan borang ini untuk mereka mengemukakan masalah kepada hero baru perubahan?
MP agak terkejut apabila terdengar ada penyokong kuat yang hadir terkejut apabila Ketua Menteri tidak hadir. Tentunya mereka telah ditipu oleh PR atau yang dimaksudkan Ketua Menteri oleh PR adalah DAP - Chong Chien Jen dan Ketua Menteri PKR - Baru Bian?
Begitu banyak penipuan dan pembohongan di majlis tersebut sehinggakan MP tidak sanggup mendengar penipuan demi penipuan lain yang dikemukakan. MP hanya mampu berfikir sejenak. Kalau Anwar mahukan perubahan, dia sendiri patut menyedari penipuan tidak akan memberi hasil yang lama.
Jangan hanya pandai menyalak sahaja, lakukanlah sesuatu. Gunakanlah kuasa yang diberikan untuk membaikpulih tahap kehidupan Rakyat dan jangan cuma omongan kosong. Rakyat Sarawak sudah sedar pakatan rakyat tidak tulus dan murni, mereka hanya akan menjadi boneka DAP. Tunggulah sampai tahun depan, bukannya nak bertambah bilangan keahlian malah semakin menurun bilangan mereka. Mereka yang masih menanti akan terus menanti.
Menanti bersama untuk perubahan ke arah kemajuan?