Pekerja-pekerja kerajaan dan berkaitan dengan kerajaan (GLC) dari Semenanjung yang melibatkan diri mereka dengan Pakatan Haram di Sarawak sudah dikenalpasti!!?? Mereka ini mungkin akan dihalang kemasukan ke Sarawak melalui Ordnan Imigresen Sarawak!!?? Pihak di Pejabat Ketua Menteri sedang mengemaskini senarai nama yang telah diberikan hasil daripada pemantauan sejak PRN 2011 dan juga PRU12 yang lepas!!!??
Terdapat juga pihak dalaman yang memaklumkan terdapatnya penglibatan orang Semenanjung yang memegang jawatan tinggi dalam GLC seperti Petronas Carigali dan MLNG yang menyumbang secara langsung kepada aktiviti pihak Pakatan Haram di Sarawak!!?? Semoga mereka cepat meminta tukar ke negeri lain sebelum dihalang kemasukan imigresen ke Sarawak!!??/
Abdul Taib Bantah Penglibatannya Halang Ambiga Masuk Sarawak
Rabu Julai 13, 2011
Oleh ARIFFDUDDIN ISHAK
KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Sarawak mengemukakan bantahan terhadap semakan kehakiman yang difailkan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) Datuk S. Ambiga berhubung dakwaan beliau dihalang daripada memasuki negeri itu pada April lalu.
Menerusi bantahannya, Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyatakan bahawa beliau bukanlah pihak berkuasa negeri yang perlu dinamakan dalam permohonan semakan kehakiman tersebut.
Selain itu beliau turut menyatakan bahawa perkara berkenaan tidak boleh disemak di bawah Akta Imigresen.
Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Rohana Yusuf menetapkan 3 Ogos depan sebagai tarikh untuk mendengar bantahan tersebut.
Penetapan tarikh berkenaan dibuat dalam kamar di hadapan pihak plaintif dan responden.
Ambiga yang juga bekas Presiden Majlis Peguam menerusi samannya turut menamakan Ketua Pengarah Imigresen Malaysia dan Pengarah Imigresen Sarawak sebagai responden.
Ambiga dihalang memasuki Sarawak pada 15 April lalu iaitu sehari sebelum hari pengundian bagi pilihan raya negeri Sarawak.
Ambiga diwakili peguam James Khong, Peguam Kanan Persekutuan Datin Azizah Nawawi mewakli Pejabat Peguam Negara dan Jabatan Imigresen manakala Penasihat Undang-Undang Khas kepada Kerajaan Negeri, Datuk JC Fong mewakli Ketua Menteri Sarawak.
Dalam tuntutan mahkamah itu, Ambiga memohon supaya notis yang dikeluarkan Jabatan Imigresen Sarawak bagi menghalangnya memasuki negeri tersebut dibatalkan.
Menerusi permohonan yang difailkan pada 23 Mei lalu, Ambiga turut meminta Mahkamah Tinggi mengeluarkan satu notis bagi mengarahkan pihak responden agar membenarkan beliau memasuki Sarawak, membayar ganti rugi kos dan relif-relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.
Menurut Ambiga, pihak responden gagal mengambil kira fakta yang menunjukkan bahawa kunjungannya ke Sarawak adalah untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak bersifat kepartian.
Malah menurut Ambiga, responden juga gagal untuk mempertimbangkan sewajarnya fakta bahawa beliau dibenarkan masuk ke Sarawak secara sah pada kunjungannya sebelum itu.
Perkara Tiga- Imigrasi
" kawalan kemasukan orang ke mana-mana kawsan di Malaysia dari luar adalah terletak di bawah kuasa kerajaan Pusat tetapi kemasukan ke Borneo Utara perlu mendapat kelulusan kerajaan Negeri. Kerajaan Persekutuan tidak boleh mengahklang kemasukan orang ke Borneo Utara untuk tujuan keraja Negeri kecuali atas sebab keselematan. Borneo Utara hendaklah mempunyai kuasa yang tidak terbatas bagi mengawal pergerakan orang-orang dari kawasan kawasan lain di Malaysia ke dalam Borneo Utara , selain daripada yang bekerja dengan kerajaan Persekutuan di Borneo Utara. (Hlm 30)
imigrasi hendaklah tetap dalam senarai Persekutuan tetapi undang-undang hendaklah digubal oleh Parlimen untuk menentukannya, kecuali perkara-perkara tertentu, seperti permintaan masuk ke negeri-negeri Borneo ini mestilah diluluskan oleh negeri-negeri berkenaan. Undang-undang ini tidak boleh dipindah atau dihapuskan melainkan dengan persetujuan negeri -negeri tersebut. Borneo Utara juga hendaklah mempunayi kuasa yang tidak terbatas bagi mengawal pergerakan orang-orang dari kawasan-kawasan lain di Malaysia ke dalam Borneo Utara, selain daripada yang bekerja dengan Persekutuan di Borneo Utara.
Perkara ini dikemukakan demi menjaga kepentingan penduduk Sabah dan Sarawak supaya peluang-peluang yang terdapat di kedua negeri ini tidak diperolehi oleh orang luar. Ini memberi keuntungan kepada Sabah dan Sarawak kerana peraturan ini akan menyekat kemasukan orang-orang luar dn sesiapa yang mahu memasuki negeri-negeri ini perlu mendapat kebenaran kecuali yang bekerja dengan kerajaan Persekutuan.
3 ulasan:
Hati hati sarawak! Jangan lepas kuasa immigressen, see what happen to negeri bawah bayu.
negeri di bawah bayu jadi tempat buangan parasit dalam kerajaan
Blog tuan sudah dipautkan...
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!