Penduduk Oya kesal dituduh memulau majlis YB
Posted by MELANAU BLOGGER™
Jelas sekali ramai penduduk Oya melahirkan kekesalan kerana dituduh memulau Majlis Bersama Ahli Parlimen Mukah, sedangkan mereka tidak dijemput sama sekali.
“Apapun alasan, bukan budaya kami di Oya bersikap seperti itu terhadap pemimpin” tegas satu sumber sambil membidas kenyataan Yassa Tambik, pengerusi JKKK Medong Hilir dalam sebuah media yang menganggap kejadian sabotaj terhadap majlis bersama ahli parlimen Mukah sebagai mewakili suara majoriti.
gambar hiasan - tiada kaitan dengan yang sudah meninggal dunia Kawasan Parlimen Mukah bukan hanya di Dalat, tapi merangkumi Oya, Balingian dan Pekan Mukah. Apakah majority penduduk Oya, Balingian dan Pekan Mukah menyokong calon yang ingin ditonjol oleh Yassa dan rakan-rakan?
Jika benar suara mereka mewakili aspirasi majoriti penduduk parlimen Mukah, pastinya episod ‘pulau dan sabotaj’ tidak perlu dirancang seperti itu.
Yang menarik ialah pihak penganjur majlis berkenaan, kerana seluruh sekretariat tiba-tiba bagai disampuk ‘jembalang’ hingga terlupa memaklum serta menjemput penduduk Oya.
Seorang rakan dari Mukah berkata “kejadian itu sungguh misteri, bayangkan semua pihak penganjur tiba-tiba tidak ingat apa-apa selain ketua jabatan. Sedangkan kebiasaannya setiap majlis bersama pemimpin, yang menjadi keutamaan adalah menjemput rakyat”.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!