Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata berita yang membantu ke arah memupuk semangat 1Malaysia bagi mencapai kesatuan dan menentukan suara rakyat lebih menggalakkan biarpun terdapat juga berita yang membantu parti pembangkang.
"Tidak kurang pandangan pembangkang dalam blog dan laman-laman web dengan menggunakan kata-kata pedas, malah pembohongan pun ada.
"Tetapi saya melihat pandangan umum dalam internet, lebih menjurus kepada apa yang BN kemukakan (berbanding) daripada pihak yang mengatakan yang bukan-bukan," katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Media Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan bagi pilihan paya kecil Parlimen Batu Sapi di sini Isnin.
Pusat media itu, yang dikendalikan oleh 20 petugas Jabatan Penerangan, menjadi pusat rujukan petugas media yang membuat liputan pilihan raya kecil itu dengan kemudahan yang disediakan seperti 10 unit komputer dan perkhidmatan internet tanpa wayar (WiFi).
Terdahulu, Rais melawat warga tua kaum Cina di Bandar Ramai-Ramai di sini dan menyampaikan sumbangan hamper makanan kepada 22 warga tua.
1 ulasan:
Salam
mantap bro,
LAMAN WEB TERKINI PRK PARLIMEN BATU SAPI DAN DUN GALAS
http://malaysiansearch.com
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!