Khamis, 17 Mac 2011
Anwar Memperbodohkan Orang Sarawak
Posted by Unknown
2:13 PG, under Anwar Ibrahim,Gelombang Rakyat,Isu Tanah NCR,muka petang,Mukapetang,Nik Aziz,PAS,PKR,PRU Sarawak,Sarawak,Taib Mahmud,UMB PBB | No comments
Bukan main marah nak meletup apabila membaca thesis Gelombang Rakyat sejenak tadi. Terima kasih kepada beliau yang ingin memberi kesedaran kepada orang Sarawak mengenai rampasan kuasa PKR ke atas Sarawak!!
Menurut thesis beliau Anwar akan meletakkan orang paling dipercayai olehnya untuk menjahanamkan kekayaan Sarawak. Seperti mana Anwar memperbodohkan ekonomi Kelantan yang semakin hari semakin menjunam digondol oleh kerakusan tamak Anwar. Dahulu Anwar cuba menghancurkan ekonomi Malaysia kerana tanpa ekonomi yang kuat pembangunan negara akan terbantut dan tergendala. Ini juga merupakan antara agenda Anwar untuk menjatuhkan Tun Mahathir suatu ketika dahulu.
Ekonomi Malaysia terus menjunam apabila Anwar menjadi Menteri Kewangan dan semakin merosot apabila Anwar menguasai orang kanan Tun Mahathir!! Anwar cuma inginkan kekayaan dan mengumpul kemewahan untuk dirinya, keluarganya adik-beradik malah semua sanak saudara dan kroninya sahaja!!
Kelantan sudah menunjukkan kehancuran melalui Husam Musa yang berjaya dilompatkan ke dalam PAS. Kita mesti ingat Anwar dahulu pernah berbakti kepada PAS dan menjadi suara PAS yang lantang berhujah dan berceramah untuk Nik Aziz. Kini orang Anwar sudah mendapat kepercayaan penuh Nik Aziz untuk menjayakan perancangan Anwar ke atas Kelantan.
Tanah NCR Orang Asli semakin kurang akibat dijual kepada tauke-tauke Singapura. Orang Asli dirampas hak dan tidak diberi pembelaan di Kelantan. Mana tidaknya ADUN Kelantan begitu ghairah untuk mengejar nikmat dunia! Tentu sekali bukan harta tetapi wanita-wanita yang bukan hak mereka!! Lihatlah di mana-mana terdapat kes ADUN PAS berselingkuh dan ditangkap khalwat. Bukan ADUN malah pegawai dan orang berkedudukan tinggi dalam PAS pun mula terjebak dalam perangkap gilakan isteri orang ini!!
PAS yang ketagih cinta isteri orang rata-ratanya akan lupa akan tanggungjawab mereka yang sebenar kepada rakyat, Ini memberi peluang kepada Husam Musa yang merupakan pendukung kepercayaan Anwar untuk berbuat sesuka hati demi mengaut keuntungan di Kelantan.
Begitu banyak video yang diperoleh semasa berkempen di Galas untuk membongkar aktiviti Anwar melalui Husam Musa yang merupakan orang paling kanan dalam pentadbiran ekonomi PAS di Kelantan. Telah banyak juga tanah milik orang Asli Kelantan tergadai satu per satu semenjak PAS bergabung dengan PKR.
Kini strategi yang sama sedang di atur di Sarawak. Betapa geramnya nafsu Anwar untuk meraih lebih banyak lagi tanah NCR di Sarawak yang rata-ratanya kaya dengan pelbagai hasil bumi untuk menjadikan Anwar lebih kaya daripada Robert Kuok, Raja Gula!!!Selepas ini Anwar akan memiliki Malaysia melalui perampasan tanah NCR melalui orang kanannya dalam negeri itu yang telah dilatih dan dibimbing rapat oleh Anwar!!!
Adakah orang Sarawak sedar akan tipu muslihat Anwar sebagaimana Anwar telah menjayakannya di Kelantan. Siapakah orang kanan Anwar yang bakal menjamin lebih banyak lagi tanah NCR untuk dijual kepada orang luar dan dirampas daripada orang Sarawak sendiri?
Ikutilah kesengsaraan penduduk peribumi Kelantan dan bagaimana Anwar berjaya merampas tanah hak mereka untuk dijual kepada orang luar pada pautan Gelombang-Rakyat.
Semoga orang Sarawak sedar akan niat buruk Anwar yang akan memusnahkan tuntutan hak milik mereka ke atas tanah NCR!! Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya!!!
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!