PKR yang kering sengkek mula menyalahgunakan Selangor Kini yang dikhaskan untuk ahli PKR sahaja. Mereka telah mengedarkan Selangor Kini dari rumah ke rumah dan juga menampal di tempat letak kereta Masjid Jamek semasa orang Islam sedang mengerjakan solat fardhu Jumaat.
MP menerima laporan tidakpuas hati daripada beberapa orang suri rumah yang mengatakan orang PKR telah datang ke rumah mereka dan meletakkan Selangor Kini, profil nama Nazib, kad nama dan keratan Masdar Wahid, fitnah ke atas harta Ketua Menteri Sarawak.
|
Selangor Kini yang diedarkan dari rumah ke rumah dan tidak kepada ahli PKR sahaja |
AMK PKR Sarawak yang merupakan seorang peguam seperti tidak menghormati undang-undang apabila menyalahgunakan lesen permit KDN dengan mengedarkan Selangor Kini dari rumah ke rumah di kawasan Satok. Akhbar yang tidak dicetak dengan sebarang lesen penerbitan itu juga diedarkan di tempat letak kereta ketika orang Islam sedang mengerjakan fardhu Jumaat di Masjid Jamek Kuching.
|
Selangor Kini yang ditampal pada cermin kereta di tempat letak kereta Masjid Jamek |
MP berharap tindakan yang sewajarnya diambil ke atas penyalahgunaan kuasa lesen penerbitan yang diberi oleh KDN. Semoga lesen penerbitan ini ditarik balik kerana melanggar syarat pengeluaran dan pengedaran yang cuma terhad kepada ahli PKR sahaja.
PKR letak calon cabar Abang Johari
Oleh Misiah Taib misiah@bharian.com.my2011/03/13
Profil Ketua AMK Sarawak mula diedar
KUCHING: Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Abang Johari Openg, akan dicabar oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sarawak, Ahmad Nazib Johari, 35, pada Pilihan Raya Umum Negeri Sarawak Ke-10 yang dijangka diadakan pertengahan bulan depan.
Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah mula mengedar profil Ahmad Nazib yang juga seorang peguam di kebanyakan rumah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok, bermula semalam, dalam usaha parti itu memperkenalkan bakal calonnya kepada pengundi.
Berita Minggu turut memperoleh profil berkenaan yang antara lain menyatakan latar belakang Ahmad Nazib yang juga pemilik guaman Ahmad Nazib & Associates yang berasal dari Kampung Temedak, Jalan Patingan dekat sini, serta pembabitannya dalam pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan politik.
Abang Johari, 60, yang juga Menteri Perumahan dan Perancangan Bandar yang ditemui Berita Minggu berkata, ini bukan kali pertama beliau dicabar oleh Ketua AMK parti itu kerana pada 2001 juga beliau pernah dicabar Ketua AMK ketika itu, Zulrusdi Mohamad Hol dan pada 2006 lalu beliau ditentang Mohamad Jolhi juga dari PKR.
Pada 2006, Abang Johari menang dengan majoriti 2,798 undi, berbanding 2,859 majoriti pada 2001. Beliau dijangka akan dicalonkan sekali lagi oleh Barisan Nasional (BN) untuk penggal ke-8 di kerusi DUN Satok.
Biarpun sudah tujuh penggal mempertahankan kerusi berkenaan, Abang Johari tidak memandang rendah cabaran PKR walaupun sudah banyak kali berdepan calon PKR sebelum ini.
Justeru katanya, BN sudah bersiap sedia sepenuhnya, termasuk merangka strategi khusus bagi menangkis serangan pembangkang yang semakin ligat menggunakan media alternatif seperti laman blog dan internet.
“Kita juga menjangkakan strategi kempen agresif daripada pihak pembangkang kali ini. Namun kita sudah bersedia sepenuhnya, kerana ini bukan kali pertama PBB berdepan cabaran seperti ini.
“Malah saya boleh katakan cabaran yang kita hadapi ketika peristiwa Ming Court pada 1987 lebih buruk kerana ketika itu ramai ‘musuh dalam selimut.’ Pada pilihan raya kali ini kita tahu jelas siapa musuh kita sama ada PKR, DAP, PAS atau parti pembangkang lain,” katanya.
1 ulasan:
Siapa pada pendapat anda paling layak memimpin Sarawak sebagai Ketua Menteri? Jika anda rasa Anwar layak, sila undi beliau... Papa Orang Utan pun boleh!
Klik link di bawah (atau copy & paste URL) untuk mengundi
http://www.micropoll.com/a/mpview/1069566-405576
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!