Hari ini kita akan mendapat calon baru yang terdiri daripada muka-muka baru. Mereka ini sudah dikenalpasti sejak 2009 lagi.
Persoalan sekarang adalah bagaimana mereka akan meneruskan perjuangan untuk memikat undi golongan pemuda? Adakah cukup dengan mengingatkan pengundi belia tentang jasa BN kepada rakyat setelah sekian lama?
Perlukah mereka mengikut rentak pembangkang yang sekadar menabur janji kosong?
Jasa BN kepada rakyat telah dapat dilihat mendukung perlembagaan dan selari dengan politik pembangunan. Bagaimana untuk meyakinkan golongan belia bahawa
agenda ini akan dimantapkan dan diteruskan lagi dibawah 1Malaysia?
Sama-samalah kita menyaksikan bagaimana calon baru memikat undi rakyat demi untuk memastikan BN masih diperlukan oleh rakyat dan mampu menjadi penegak perlembagaan dan mendukung prinsip rukunegara sehingga ke akhir hayat!
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!