Ada juga yang bercerita mengenai dana pilihanraya yang tidak sampai ke Kidurong? Kenapa Datuk Fadillah yang dipersalahkan dalam hal ini? Mungkinkah perkara ini sudah sekian lama tersimpan dalam hati Jefri John sehinggakan selepas pilihanraya barulah beliau meletak jawatan untuk tidak menimbulkan suasana syak wasangka dalaman parti?
YB Datuk Fadillah Yusoff merupakan Ketua Pemuda PBB dan juga Ahli Parlimen untuk P194 Petra Jaya. Apakah isu yang cuba disampaikan oleh Jefri John kepada kita semua? Sama-samalah kita nantikan jawapan temu ramah bersama Jefri John.
Ketua Pemuda PBB Kidurong, 13 yang lain letak jawatan
Posted on April 20, 2011, Wednesday
KUCHING: Ketua Pemuda PBB Kidurong Jeffri John mengetuai 13 ahli lain meletak jawatan masing-masing pada Isnin lepas, sehari selepas pilihan raya negeri ke-10.
Menurut sumber, peletakan jawatan itu ber-ikutan hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan Pemuda PBB, Datuk Fadillah Yusof yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.
Sumber itu mendakwa Jeffri mengemukakan surat letak jawatan ke Ibu Pejabat PBB dan Fadillah sendiri.
Dipercayai beberapa ahli parti di peringkat ranting PBB telah berbuat demikian bagi membuktikan sokongan terhadap Jeffri.
Jeffri tidak dapat dihubungi bagi mendapat-kan pengesahan.
1 ulasan:
tolonglah PBB jangan denial gilak,mun macamtok aku pun mok keluar parti,berik sebab apahal dana sik dapat disalurkan untuk aktiviti pemuda pbb ranting?sedangkan ada pihak nok x sepatutnya dapat boleh dapat,dapat k makan dirik mpun gik ada.ada orang nok bekerja benar2 ikhlas x dapat apa-apa,ada nok tere mengampu dapat,bukan nak nganok lah tapi aku mpun nanggar depan mata.sampe bila kita mok camia?sedang pembangkang dah maju kedepan,kita gik gagal nak ngator orang dibah.mun isu macamtok pun PBB dapat ambik remeh,dianok agik,x mustahil 5 taun akan datang PBB jadi sejarah.jangan ingat letak jawatan ya x jadi trend,sigek ranting dah bertindak,jangan fikir ranting nok lain x teragak-agak untuk buat benda yang sama.waima nya status putih.
tok lah masalahnya,ada orang lain dapat enjoy-enjoy dengan duit nok diberik,ada orang molah aktiviti k duit dikmpun.apa perasaan orang lain?tolong PBB pertimbangkan komen nok x berapa tok.mun kita dapat bazir duit molah konsert molah apalah semua,kenak x dapat nolong orang dibah untuk mengambil hati rakyat?fikir-fikirkan lah.
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!