Orang luar hendaklah menghormati keputusan pemimpin Barisan Nasional Sarawak dan tidak menggunakan isu peralihan kuasa untuk menjadikan ia sebagai isu utama menentukan tarikh pilihanraya umum ke-13!!!
Pehin Sri sudah mengumumkan pelan peralihan kuasa dan tugas kita hendaklah menghormati keputusan beliau dan tidak menjadikan ia sebagai faktor utama peralihan undi kaum Cina kepada DAP!!??! Dalam DAP pun Lim Kit Siang masih menjadi Ahli paling lama dalam sejarah politik malah lebih lama daripada Pehin Sri!!?? Adakah ini merupakan faktor yang hendak digunakan menjelang PRU-13 kelak!??
Hentikan kenyataan berhubung peralihan kuasa
Posted at Utusan Borneo by Agnes Tugong. Posted on April 23, 2011, SaturdayPihak keluar kenyataan sedemikian digesa tidak ulanginya demi perpaduan dan kerjasama dalam BNKUCHING: Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Fadillah Yusof menggesa semua pihak yang mengeluarkan kenyataan berhubung peralihan kuasa Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud supaya tidak mengulanginya lagi.
Menurutnya, ini penting demi memelihara semangat perpaduan dan kerjasama yang telah lama terjalin antara Barisan Nasional (BN) dan parti komponen.
“Siapa mereka untuk mempersoalkan mandat yang diberikan oleh rakyat negeri ini kepada Ketua Menteri.
“BN berpegang kepada semangat menghormati sesama parti komponen dan atas semangat itu kita harus menghormati mandat yang diberikan oleh rakyat untuk melihat negeri ini terus diterajui oleh Ketua Menteri Pehin Sri Taib,” ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas mempegerusikan mesyuarat tergempar Exco Pemuda PBB di ibu pejabat parti itu di Jalan Bako di sini malam kelmarin. Jelas Fadillah lagi, persetujuan telah dicapai antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri bahawa soal peralihan kuasa tidak boleh dicampuri oleh pihak lain.
“Perdana Menteri dan Ketua Menteri pernah menyatakan soal peralihan kuasa itu harus diletakkan kepada mereka berdua dan ia telah dipersetujui oleh kedua-dua mereka.
“Justeru, kami menuntut semua pihak supaya menghormati pendirian yang telah dibuat oleh dua pemimpin tertinggi ini dan pada masa yang sama menghormati semangat BN,” katanya.
Tambahnya, peralihan kuasa di negeri ini perlu dibuat dengan tersusun dan teliti untuk memastikan Sarawak dan rakyatnya mendapat pemimpin terbaik. Pada pilihan raya lalu, BN menang dengan majoriti lebih daripada dua pertiga sekali gus menunjukkan keyakinan rakyat Sarawak terhadap pucuk kepimpinan tertinggi BN. Keyakinan cukup tinggi terhadap Ketua Menteri turut jelas menerusi kemenangan 100 peratus PBB di 35 kawasan kerusi yang ditandinginya.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!