Menurut spekulasi yang bermain, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala yang berasal dari Bario bakal menumpaskan Baru Bian untuk terakhir kalinya. Ini berikutan daripada penyandang kerusi BN untuk kawasan Orang Ulu itu sudah mengesahkan bahawa beliau tidak akan bertanding. Ini menyebabkan beribu persoalan dan kebarang-kalian yang mungkin berputar di dalam benak semua pelusuk akar umbi di Ba'kalalan?
 |
Foto credits: TMI |
Kerajaan BN memang ingin menyimpan kerusi Ba'kalalan untuk saat yang terakhir!! Ini memandangkan bakal lawan BN di situ adalah Baru Bian yang sudah tiga kali kecewa semasa pilihanraya negeri. Adakah ini merupakan pilihanraya yang terakhir buat Baru Bian? Sama-samalah kita nantikan nama calon untuk Ba'kalalan pada 6 April 2011 ini!!!
 |
Baru Foto Credits TMI |
03 April, 2011 21:34 PM
BN Tawarkan Calon-calon Terbaik, Kata Adenan
KUCHING, 3 April (Bernama) -- Empat parti komponen Barisan Nasional (BN) negeri yang akan bertanding di semua 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya negeri 16 April ini, menawarkan calon terbaik selepas pertimbangan rapi, kata Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Tan Sri Adenan Satem.
Beliau berkata kecuali calon misteri bagi DUN Ba'kelalan yang akan diketahui sebelum hari penamaan calon Rabu ini, semua 70 calon termasuk 18 muka baru telah mendapat persetujuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Pastinya calon yang dipilih adalah calon yang boleh menang dan mereka adalah yang terbaik yang kami dapat tawarkan selepas pertimbangan rapi," katanya pada sidang akhbar yang penuh sesak dengan petugas media bagi mengumumkan barisan calon BN di ibu pejabat PBB di sini.
Adenan mewakili Pengerusi BN Sarawak dan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang sebelum itu mempengerusikan mesyuarat BN negeri dengan calon-calon berpotensi dan penyandang.
Katanya PBB selaku tunjang BN negeri, diperuntukkan 35 kerusi diikuti Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dengan 19 kerusi, Parti Rakyat Sarawak (PRS) (sembilan) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) (lapan).
"Tiada pertikaian di kalangan parti komponen BN berhubung pengagihan kerusi tidak sepertimana orang tertentu yang saya tahu," katanya tanpa menyebut kemelut yang berlaku dalam kalangan parti pembangkang berhubung pengagihan kerusi pada pilihan raya negeri akan datang.
Bagaimanapun, katanya calon bagi Ba'kelalan, kerusi yang diperuntukkan bagi SPDP akan kekal menjadi misteri sehingga calon yang betul yang akan diundi oleh rakyat, ditemui di kalangan mereka yang berminat untuk bertanding atas tiket BN.
Kepada soalan sama ada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala, yang berasal dari Bario, kemungkinan adalah calon misteri itu, beliau berkata: "Itu spekulasi anda tetapi siapa pun orangnya, beliau akan menggunakan simbol BN."
Penyandang kerusi DUN Ba'Kelalan Nelson Balang Rining yang tidak hadir pada mesyuarat itu mengesahkan yang beliau tidak akan mempertahankan kerusi Orang Ulu itu.
Adenan, yang akan mempertahankan kerusi DUN Tanjong Datu juga mengumumkan PBB menampilkan 10 muka baru, SUPP (tujuh) dan PRS (seorang). -- BERNAMA
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!