Sabtu, 9 April 2011
Program Bersama Rakyat Kampung Goebilt, DUN N5 Demak Laut
Posted by Unknown
3:15 PTG, under Demak Laut,DUN,DUN N5 Demak Laut,Hari Mengundi Pilihanraya Sarawak 2011,Hazaland Hipni,Jentera Pilihanraya,Pilihanraya Sarawak 2011 | No comments
KUCHING - Penduduk Kampung Goebilt begitu teruja apabila calon N5 Demak Laut iaitu Dr Hazaland Abang Hipni akan bersama mereka petang nanti. Bendera dan poster pilihanraya begitu meriah digantung seumpama temasya.
Tepat pukul 4 petang kedengaran bunyi motosikal yang menandakan tibanya calon BN tersayang mereka. Dr Hazaland merupakan nama yang tidak asing di Demak Laut. Dia juga merupakan Naib Ketua Cawangan DUN N5 Demak Laut sebelum ini. Beliau merupakan anak didik mantan wakil rakyat Demak Laut iaitu Dr Abang Abdul Rauf sebelum ini. Bertugas suatu masa dahulu sebagai General Pratitioner atau doktor perubatan. Mula bergiat aktif setelah melihat ketuanya iaitu Dr Abdul Rauf yang banyak menolong rakyat.
Biarpun beliau bukan anak jati Demak Laut namun apabila disebut namanya maka orang Demak Laut memang kenal tuan punya badan. Akar umbi di sekitar Demak Laut menyokong sepenuhnya calon pilihan Presiden PBB dan sentiasa berharap akan dapat berjasa dan membangunkan Demak Laut dengan lebih pesat lagi.
Apabila ditanya dengan penduduk di Kampung Goebilt, mereka begitu senang dengan Dr Hazaland yang sememangnya berjiwa rakyat dan tidak memiliki apa-apa protokol pun. Alangkah gembiranya penduduk di Kampung Goebilt apabila mendapat tahu bahawa Dr Hazaland yang menjadi calon BN untuk kerusi DUN N5 Demak Laut.
Sebelum ini juga Dr Hazaland memang bergiat aktif dalam Gerak Bumi Demak Laut yang bertujuan untuk menjana pendapatan di mana penduduknya terdiri daripada kawasan kampung nelayan. Selain daripada itu beliau juga diberi amanat untuk meneruskan proses pembangunan dan menyambung usaha kerajaan Barisan Nasional di kawasan Demak Laut.
Semoga Dr Hazaland berjaya meneruskan pelan pembangunan dan pelan transformasi ekonomi di kawasan Demak Laut.
Berikut adalah suasana sambutan Program Bersama Rakyat Kampung Goebilt.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!