Setinggi-tinggi penghargaan buat rakyat Sarawak yang bijak memilih tampuk pemerintahan sejati dan tulus iaitu Barisan Nasional.
16 April, 2011 22:36 PMBN Peroleh Majoriti Dua Pertiga Pilihan Raya SarawakKUCHING, 16 April (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) memperoleh majoriti dua pertiga iaitu 48 kerusi dalam pilihan raya negeri Sarawak pada pukul 9.45 malam.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada BN Sarawak atas kemenangan yang sangat bermakna walaupun mendapat tentangan hebat pada pilihan raya ini, yang pada pukul 9 malam memperoleh majoriti mudah 36 kerusi.
Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang merupakan Pengerusi BN Sarawak, mempertahankan kerusi Balingian dengan majoriti 5,154 undi dalam pertandingan tiga penjuru setelah menewaskan calon Bebas yang juga dua pupu beliau, Datuk Salleh Jafaruddin yang memperoleh 1,056 undi manakala pencabar wanita daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Suriati Abdullah pula sekadar meraih 871 undi.
Dua lagi pemimpin parti komponen BN, Datuk Seri Dr James Masing daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Datuk Seri William Mawan daripada Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), turut mencatatkan kemenangan di kubu kuat masing-masing iaitu di kerusi Baleh dan Pakan.
Dr Masing mengalahkan calon PKR, Bendindang ak Manjah dalam pertandingan satu lawan satu setelah memperoleh 5,242 undi dengan majoriti 3,898 undi.
Di Pakan, Mawan meraih 3,938 undi untuk mengalahkan Jamal Abdullah @ Tedong ak Gunda daripada Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dengan kelebihan 1,197 undi.
Bagaimanapun, BN mendapat kejutan bagi kerusi Piasau di Miri apabila Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Tan Sri Dr George Chan, tewas dalam pertandingan satu lawan satu kepada lawannya pendatang baru daripada DAP, Ling Sie Kiong.
Dr Chan memperoleh 4,408 undi manakala saingan beliau memperoleh 5,998 undi.
Di pihak pembangkang, DAP memenangi 10 kerusi iaitu Pending, Bukit Assek, Pujut, Padungan, Kota Sentosa, Batu Kawah, Repok, Meradong, Pelawan dan Piasau.
PKR setakat ini memperoleh tiga kerusi iaitu Ba'Kelalan, Batu Lintang dan Krian.
Calon Bebas, George ak Lagong memenangi kerusi Pelagus.
-- BERNAMA
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!