Kerajaan Barisan Nasional akan memastikan pembangunan di Sarawak akan berterusan ke semua kawasan. Ini adalah janji kepada rakyat untuk mengotakan amanah yang telah diberikan kepada pemimpin Barisan Nasional Sarawak.
|
Majlis Penghargaan dan Kesyukuran N8 Satok |
Abang Johari juga menyatakan bahawa golongan muda juga tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang. Mereka ini telah menunjukkan kematangan dalam politik apabila memilih politik pembangunan. Kerajaan Barisan Nasional Sarawak tidak akan mempersia-siakan undi golongan muda ini dengan memastikan pembangunan menyeluruh yang akan menyentuh segenap lapisan masyarakat dan tidak akan tertumpu pada satu-satu kawasan sahaja.
Abang Johari juga berjanji akan memastikan Perlembagaan Malaysia akan sentiasa dijunjung oleh kerajaan Barisan Nasional. Perlembagaan inilah juga dokumen suci yang memastikan hak setiap warganegara Malaysia akan diberi dan dijaga.
Dengan adanya mandat ini maka kerajaan Barisan Nasional akan memastikan bahawa setiap pemimpin yang dilantik untuk penggal ke-10 ini akan bekerja dengan lebih gigih lagi untuk berkhidmat kepada rakyat dan memastikan suara rakyat akan didengar di peringkat yang lebih tinggi lagi. Ini untuk memastikan kesinambungan dalam proses pembangunan yang sentiasa berjalan.
|
Membuang undi |
BN komited bangunkan seluruh Sarawak
by Sandy Mark Luna. Posted on May 3, 2011, Tuesday
KUCHING: Barisan Nasional (BN) komited untuk membangunkan seluruh kawasan di Sarawak, termasuk yang kecundang ke tangan pihak pembangkang.
Timbalan Presiden PBB Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata, kemenangan pada pilihan raya baru-baru ini merupakan amanah yang diberikan rakyat kepada kerajaan.
“Walaupun kita (BN) kalah di kawasan-kawasan yang ditandingi SUPP, kita akan tetap bekerja demi masa depan kita bersama, berpaksikan kepada Perlembagaan Malaysia.
“Ini adalah dokumen suci yang kita (kerajaan) harus pegang dalam melaksanakan tugas masing-masing,” katanya ketika berucap pada majlis makan malam kesyukuran bersama penduduk di konstituensi Satok, di sini, malam Sabtu lalu.
Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samariang Sharifah Hashidah Sayeed Aman Ghazali, ADUN Pantai Damai Dr Abdul Rahman Junaidi, ADUN Demak Laut Dr Hazland Hipni, Ahli Parlimen Santubong Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Ahli Parlimen Petra Jaya Datuk Fadillah Yusof.
Pilihan raya baru-baru ini menyaksikan BN menang di 55 kerusi daripada 71 jumlah keseluruhannya.
PBB menang di semua 35 kerusi yang ditandinginya, SUPP (enam), PRS (lapan) dan SPDP (6).
Abang Johari yang juga ADUN Satok berkata, keputusan pilihan raya baru-baru ini juga membuktikan tidak semua golongan muda cenderung untuk bersama pembangkang.
“Ia turut membuktikan orang muda bersama-sama kita memperjuangkan apa yang dikehendaki di kawasan kita dan juga Sarawak ini. “Oleh itu, kita harus bekerja gigih dalam memperjuangkan kebajikan semua,” katanya
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!