Berikutan daripada pertukaran saham MAS-AirAsia yang berlaku dua bulan lepas, perkhidmatan penerbangan firefly di Sarawak telah diberhentkan. Ini telah memberikan kebimbangan kepada penduduk Sarawak sendiri yang senang dengan harga berpatutan tiket firefly yang diperkenalkan.
Sebelum ini, kebimbangan tersebut telah disuarakan oleh Menteri Pelancongan dan Warisan Negeri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, dan kini dikongsi bersama oleh Timbalan Menteri Pelancongan iaitu Dr James Dawos dan juga penasihat Biro Ekonomi PBB, Abdul Aziz Adenan.
Semoga Tan Sri Tony akan memberi penjelasan agar kebimbangan penduduk Sarawak dapat dihapuskan dengan kadar yang segera.
Biro Ekonomi PBB Harap Rakyat Berpendapatan Rendah Sarawak Tidak Dieksploitasikan
Posted Berita Harian Sabtu, 24/9/2011
KUCHING: Biro Ekonomi Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mahu Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd, Tan Sri Tony Fernandes memberi penjelasan mengenai sama ada Firefly dipaksa menamatkan penerbangan ke Sarawak berikutan pengambilalihan pengurusan Malaysia Airlines (MAS).
Dalam satu kenyataan hari ini, penasihatnya, Abdul Aziz Adenan berkata, beliau berkongsi kebimbangan Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Dr James Dawos bahawa kurangnya penerbangan ke Sarawak adalah punca utama ketibaan pelawat yang kecil ke negeri itu.
"Jika Firefly dipaksa menamatkan penerbangan ke Sarawak, ia bukan saja memburukkan lagi industri pelancongan negeri itu malah penduduk Sarawak yang berpendapatan rendah terpaksa membeli tiket daripada AirAsia," katanya.
Beliau berkata, Menteri Pelancongan dan Warisan negeri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, dan Majlis Pelancongan Kawasan Pertumbuhan Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina juga bimbang terhadap pertukaran saham MAS-AirAsia. - BERNAMA
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!