KUCHING - Syabas kepada Ketua Menteri yang berani membawa perubahan baru ke dalam kabinet Sarawak. Berikutan daripada kekalahan demi kekalahan SUPP dalam pilihan raya kecil hingga ke pilihanraya negeri Sarawak pada April lepas, jawatan Timbalan Ketua Menteri yang dikhaskan kepada wakil rakyat Tiong Hua telah dilupuskan. Ini berikutan juga dengan sokongan padu orang Cina terhadap Anwar Ibrahim dan Ambiga.
Terdapat 7 muka baru yang akan mencorakkan politik pembangunan Barisan Nasional Sarawak. Mereka terdiri daripada YB Datu Len Talif, YB Julaihi Narawi,YB Liwan Lagang,YB Karim Hamzah,YB Jerip Susil, YB Robert Lawson Chuat dan YB Rosey Yunus. Tahniah kepada mereka sekalian.
Kementerian baru juga ditubuhkan dan diberi nama sebagai Kementerian Kebajikan Wanita dan Pembangunan Keluarga yang akan dipimpin oleh YB Datuk Hjh Fatimah Abdullah, yang baru menerima pingat sempena Hari Jadi TYT Sarawak pada minggu lepas.
Selain daripada itu, terdapat juga kementerian yang diberi nafas baru seperti yang tertera di bawah
- Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi ditukar menjadi Kementerian Pembangunan Sosial,
- Kementerian Alam Sekitar dan Kesihatan Awam ditukar menjadi Kementerian Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Masyarakat,
- Kementerian Pengurusan dan Perancangan Sumber kepada Kementerian Perancangan Sumber dan Alam Sekitar,
- Kementerian Perumahan dan Pembangunan Bandar kepada Kementerian Perumahan
- Kementerian Pelancongan dan Warisan kepada Kementerian Pelancongan
Setinggi-tinggi tahniah juga kepada Menteri Kanan yang baru dilantik, jawatan ini memang cocok dengan mereka.
Pengganti Ketua Menteri janganlah dipersoalkan dahulu sehingga kabinet baru ini dapat menunjukkan prestasi dan daya saing yang tinggi daripada sebelumnya.
Tahniah sekali lagi kepada YB sekalian, selamat menjalankan tanggungjawab!!!
Senarai Kabinet Baru Sarawak 2011
YAB Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud
Ketua Menteri Sarawak
Menteri Kewangan
Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar
YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu anak Numpang
Timbalan Ketua Menteri Sarawak
Menteri Pemodenan Pertanian
Menteri Pembangunan Luar Bandar
YB Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan
Menteri Pembangunan Perindustrian
Menteri Kemudahan Awam
Menteri Kedua Perancangan Sumber dan Alam Sekitar
YB Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Openg
Menteri Perumahan
Menteri Pelancongan
YB Datuk Hajah Fatimah Abdullah
Menteri Kebajikan Wanita dan Pembangunan Keluarga
YB Dato Sri Michael Manyin anak Jawong
Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Komunikasi
YB Tan Sri William Mawan anak Ikom
Menteri Kanan
Menteri Pembangunan Sosial
YB Tan Sri Datuk Amar Adenan Haji Satem
Menteri di Pejabat Ketua Menteri
Menteri Tugas-tugas Khas
YB Dato Sri Wong Soon Koh
Menteri Kanan
Menteri Kedua Kewangan
Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Masyarakat
YB Tan Sri Dr James Jemut Masing
Menteri Kanan
Menteri Kemajuan Tanah
Menteri-Menteri Muda
YB Robert Lawson Chuat ak Vincent Entering
Menteri Muda Kebajikan
YB Rosey Haji Yunus
Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Pembangunan Keluarga
YB Julaihi Narawi
Menteri Muda Pembangunan Perindustrian - Perlaburan dan Promosi
Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar
YB Datuk Daud Abdul Rahman
Menteri Muda Pembangunan dan Infrastruktur
Menteri Muda Hal Ehwal Islam
YB Datuk Lee Kim Shim
Menteri Muda Komunikasi
Menteri Muda Sukan
YB Datuk Dr Stephen Rundi ak Utom
Menteri Muda Kemudahan Awam - Elektrik dan Telekomunikasi
YB Datuk Sylvester Entri ak Muran
Menteri Muda Kemudahan Awam - Bekalan Air
Menteri Muda Pertanian - Organisasi Petani
YB Haji Abdul Karim Hamzah
Menteri Muda Pembangunan Sukan
Menteri Muda Perumahan
YB Liwan ak Lagang
Menteri Muda Kebudayaan dan Warisan
YB Datuk Francis Harden ak Hollis
Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar
Menteri Muda Perumahan
YB Datuk Mohd Naroden Haji Majais
Menteri Muda Perancangan Sumber
Menteri Muda Pembangunan Usahawan Bumiputera
YB Datuk Len Talif bin Salleh
Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri - Promosi Pendidikan Teknikal
Menteri Muda Perancangan Sumber dan Alam Sekitar
YB Dr Jerip anak Susil
Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Masyarakat
YB Datuk Peter Nansian anak Ngusie
Menteri Muda Pembangunan Perindustrian - Pembangunan Tapak Perindustrian
Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Masyarakat -Khidmat Masyarakat
YB Datuk John Sikie anak Tayai
Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri - Menjaga Hal Adat Tempatan dan Perihal Penan
Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Masyarakat - Kerajaan Tempatan
YB Datuk Mong anak Dagang
Menteri Muda Pertanian - Penyelidikan dan Permasaran
YB Datuk Gramong anak Juna
Menteri Muda Pembangunan Tanah
Menteri Muda Pelancongan - Produk dan TemasyaTempatan
YB Datuk Abdul Wahab bin Aziz
Menteri Muda Pembangunan Tanah
YB Datuk Talib Zulpilip
Menteri Muda Pelancongan
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!