KEMAS tidak berdakwah di Ba’ Kelalan: Fatimah
Posted on November 22, 2011, Tuesday
HUJAH: Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah berbalas hujah dengan Chong Chieng Jien (DAP-Kota Sentosa).
Lapan Pemaju Masyarakat di kawasan itu beragama Kristian, tiga Islam
KUCHING: Dakwaan me-nyatakan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) menerusi tabikanya berdakwah secara halus di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ba’ Kelalan, adalah tidak benar.
Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah ketika memperjelaskan perkara itu berkata, terdapat 11 Pemaju Masyarakat di kawasan berkenaan, lapan daripadanya beragama Kristian manakala tiga lagi beragama Islam.
Beliau menambah, daripada tiga orang Pemaju Masyarakat yang beragama Islam, dua tabika majoriti muridnya beragama Islam dan hanya seorang pengasuh beragama Islam ditempatkan di situ secara sementara kerana tiada calon terlatih dari kawasan setempat.
“Pendidikan Moral diajar kepada kanak-kanak bukan Islam dan pendidikan Islam untuk kanak-kanak beragama Islam.
“Jadi tuduhan mengatakan KEMAS berdakwah secara halus adalah tidak benar,” katanya ketika menggulung perbahasan Belanjawan Negeri 2012 untuk kementeriannya pada Persidangan DUN semalam.
Kenyataannya itu sekali gus menjawab isu dibangkitkan ADUN Ba’Kelalan Baru Bian ketika membahas Belanjawan Negeri 2012 Rabu lalu.
Fatimah yang juga ADUN Dalat menegaskan setakat ini tiada guru Tabika KEMAS di negeri ini berasal dari Semenanjung Malaysia.
“Sehubungan ini saya ingin mengingatkan Yang Berhormat-Yang Berhormat supaya kita lebih berhati-hati dan bertanggungjawab apabila membangkitkan perkara-perkara yang boleh menimbulkan salah faham dan mencetuskan rasa cemas di kalangan rakyat pelbagai kaum di negeri ini,” tegasnya.
Baru ketika membahaskan Belanjawan Negeri 2012 menggesa kerajaan melihat dengan serius dakwaan mengatakan kanak-kanak bukan Islam diajar mengenai agama Islam di beberapa prasekolah KEMAS di luar bandar terutama di Ba’ Kelalan.
Menurutnya ibu bapa bukan Islam memberitahu anak-anak mereka yang belajar di prasekolah KEMAS membaca doa (agama) Islam di rumah yang telah dipelajari daripada guru-guru mereka.
2 ulasan:
padan muka baru bian...
yang korang nak pitikai kan anuar kenapa ha...
najib 2 mcm lah bagus sangat...dia lah dalang yang berbahaya buat zaman sekarang ni...sialll punya najip...fakkk
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!