Tidak dapat disangkal bahawa anak-anak perlu dididik mengikut peredaran zaman. Namun tidak semua kaedah pembelajaran yang ada bersesuaian dengan zaman yang canggih ini.
Kebanyakan sekolah di bandar masih tidak mempunyai infrastruktur untuk membolehkan anak-anak menjadi mahir dalam bidang teknologi dan cerdik IT!! Kalau dilihat kemudahan pembelajaran di Sarawak sahaja memang jauh berbeza.
Bagaimanakah pihak berwajib akan merapatkan jurang perbezaan yang agak jauh antara kaedah pembelajaran di antara luar bandar dan di dalam bandar di Sarawak?
Adakah skop ini dilihat juga dari persperktif pembangunan keluarga? Pusat sumber pun banyak telah ditutup dan komputer pun telah tiada? Kebanyakan kafe siber tidak lagi beroperasi memandangkan tidak banyak yang menggunakan linux?
Adakah pihak tempatan akan mengikut kaedah yang dipraktikkan di negara Eropah yang membekalkan sistem pembelajaran menggunakan perisian linux yang percuma kepada pelajar di luar bandar?
"Didik anak-anak ikut peredaran zaman: Fatimah
Utusan Borneo Nov 12th, 2011 @ 10:13 am
DALAT: Ibu bapa perlu mendidik anak-anak mengikut peredaran zaman, kata Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat itu mengakui bahawa kaedah pendidikan anak-anak zaman analog tidak begitu relevan untuk diaplikasikan pada era digital sekarang.
Justeru, beliau mencadangkan agar program kemahiran keibubapaan dijadikan sebagai antara pengisian takwim tahunan Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) di setiap sekolah.
"Kemahiran keibubapaan penting dalam menentukan hala tuju anak-anak. Kejayaan ibu bapa mendidik anak-anak di rumah menjurus kepada kecemerlangan mereka di sekolah.
"Menyedari hakikat itu, saya menyarankan agar program kemahiran keibubapaan dijadikan selaku acara lazim oleh PIBG di setiap sekolah," jelasnya.
Beliau menyatakan demikian semasa berucap pada Majlis Izin Ilmu Pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dalat di sini, semalam.
Fatimah juga mengumumkan pemberian geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM20,000 kepada PIBG SMK Dalat serta RM5,000 untuk Grup Teater KRIS.
Hadir sama, Pegawai Daerah Dalat Yussibnosh Balo, Pengetua SMK Dalat Musthafa Sepawi dan Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Dalat Julaihi Sabli.
Yang Dipertua PIBG SMK Dalat Elizabeth Nelson serta Pemanca Henry Eli Berangai turut menghadiri majlis di Dewan Terbuka SMK Dalat itu."
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!