Taib mahu jumpa pemimpin tertinggi SPDP
BHarian Online 25 Nov 2011
KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, berkata beliau mahu berjumpa dengan pemimpin tertinggi Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) terlebih dahulu sebelum memberi sebarang komen berhubung krisis yang melanda parti itu.
"Tunggu dulu (komen), saya perlu berjumpa dengan pemimpin tertinggi dalam SPDP," kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak itu kepada pemberita selepas majlis Pertandingan Akhir Bintang Kecil 2011 Kebangsaan di Auditorium P Ramlee di sini hari ini.
Naib Presiden SPDP, Datuk Sylvester Entri, dipecat daripada parti itu kerana kesalahan menentang parti. Perkara itu diumumkan Presiden SPDP, Tan Sri William Mawan selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi SPDP di ibu pejabat parti itu hari ini.
Empat pemimpin yang menyokong Entri ialah Naib Presiden Kanan dan ADUN Tasik Biru, Datuk Peter Nansian; Naib Presiden dan Ahli Parlimen Mas Gading, Datuk Dr Tiki Lafe; Ketua Penerangan yang juga ADUN Batu Danau, Paulus Palu Gumbang; dan Ahli majlis Tertinggi dan ADUN Bekenu, Rosey Yunus, dianggap tidak lagi memegang jawatan parti.
Mesyuarat itu juga menetapkan bahawa Dr Tiki tidak akan dicalonkan semula untuk bertanding di Mas Gading kerana beliau bukan daripada kalangan calon "boleh menang". - BERNAMA
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!