Syarikat di negeri ini memang mempunyai kepakaran setara, itulah sebabnya VSS dikenakan hampir setiap 3 - 5 tahun di Zon Industri Bebas Sama Jaya. Sebelum ini Hitachi Global menghadapi masalah yang sama yang baru di ambil alih daripada Western Digital?!! Kemudian MEMC sebuah syarikat baru yang dah mengenakan cuti tanpa gaji kepada perkerjanya?!! Kali ini X-FAB yang dulunya 1st Silicon mengenakan pemilihan VSS kali ke-3 sejak menapak di Sarawak!!??
Beginikah caranya industri di Sarawak akan berkembang?!1 Adakah syarikat ini tidak mampu bersaing di dunia global walaupun berada di Sarawak sekalipun?!! Bagaimana pula industri di SCORE kelak sekiranya Ordnan Buruh di Sarawak tidak dikaji semula untuk membantu pekerja tempatan yang disuruh memilih antara meneruskan kerja atau berhenti dengan pampasan yang tidak begitu elok?!!. Adakah pekerja tenaga mahir Sarawak akan dibenarkan untuk menubuhkan kesatuan seperti Bank Union dan Teacher's Union untuk menjaga kepentingan mereka???
Adakah ini disebabkan oleh golongan expatriate yang menjadi faktor utama sehinggakan segala persekolahan anak mereka yang ditanggung oleh syarikat, bukan tidak itu sahaja elaun perumahan, pengangkutan juga ditanggung oleh syarikat mengakibatkan syarikat teknologi tinggi di Sarawak akan merundum lama-kelamaan!!?? Perlukan golongan expatriate daripada luar negara ini diberikan kemudahan dengan begitu banyaknya dan diambil dalam kuantiti yang banyak!!? Ini mengakibatkan rakyat tempatan yang berkemahiran tinggi akan dikenakan pemilihan VSS untuk menampung pembiayaan golongan expat ini!!??? Semoga ordnan ini dan keperluan syarikat berteknologi tinggi dikaji untuk memastikan kepentingan rakyat Sarawak masih dijaga dan tidak diabaikan!!??
Beri kontrak kepada syarikat Sarawak
Posted on November 18, 2011, Friday
Syarikat negeri ini ada kepakaran setara atau lebih dari segi keadaan setempat
KUCHING: Syarikat minyak dan gas seperti Shell dan Petronas sewajarnya memberi peluang kontrak yang lebih banyak kepada syarikat-syarikat dari Sarawak.
Perkara ini dinyatakan oleh Murni Suhaili (BN-Daro) dalam ucapan perbahasan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.
Menurut ADUN Daro ini, syarikat-syarikat dari Sarawak turut mempunyai kepakaran yang setara atau lebih daripada syarikat-syarikat lain dari segi keadaan setempat.
Pada masa yang sama menu-rutnya, kita mahu agihan kek ekonomi yang adil dan saksama kepada syarikat-syarikat dari negeri ini.
“Sarawak mempunyai perolehan daripada hasil bayaran dan pelaburan yang dikaitkan dengan minyak dan gas daripada Shell dan Petronas yang mana kedua-dua syarikat ini berpangkalan di Miri.
“Kalau kita bandingkan peratusan dan bilangan kontraktor berlesen di Miri yang berkaitan dengan syarikat-syarikat Sarawak, hanya 7.3 peratus sahaja kontraktor Sarawak bagi sektor Petronas,” katanya.
Tambah Murni, bagi syarikat Shell, 115 daripada 972 atau 12 peratus sahaja kontraktor adalah syarikat dari Sarawak dengan jumlah kontrak untuk tiga tahun bermula 2008 ialah 346 bernilai RM4,817 juta.
“Apa yang kita mahu ialah supaya syarikat dari Sarawak diberi peluang kontrak yang lebih banyak oleh Shell dan Petronas sepertimana yang difahamkan berlaku di negeri Sabah,” katanya.
3 ulasan:
gaji expat di xfab antara X10 lebih dari gaji local.
Ordinan salah eja, should be ordinan not ordnan..
Bagaimana pula industri di SCORE kelak sekiranya Ordnan Buruh di Sarawak tidak dikaji semula untuk membantu pekerja tempatan yang disuruh memilih antara meneruskan kerja atau berhenti dengan pampasan yang tidak begitu elok?!!.
Sama juak SCORE ya kelak, sama jaya dah amik masa lebih 10 taun baru ada kilang 'high tech' kedak MEMC selepas 1silly-con-tanam sawit or molah kueh lapes or ayam penyet untung agik huhu....
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!