Pengundi harus bijak memilih
Posted on February 23, 2012, Thursday
LAMBIR: Semua pengundi yang bakal mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak diingatkan tidak menggadai masa depan dengan memilih pihak yang salah.
Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang berkata, pembangkang sentiasa mencari jalan untuk mencari kelemahan kerajaan sebagai senjata utama untuk menghasut dan memanipulasi pemikiran rakyat khasnya di kawasan luar bandar.
“Pembangkang hanya hadir pada masa pilihan raya dan membawa agenda tertentu untuk diperdagangkan kepada rakyat tetapi mereka lupa di belakang rakyat berdiri teguh sebuah kerajaan iaitu kerajaan Barisan Nasional,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.
Beliau memberitahu, sokongan rakyat terhadap kerajaan BN masih kuat khususnya di kawasan Parlimen Sibuti dan usaha pembangkang memberi ‘gula-gula’ hanya untuk meraih undi rakyat, adalah strategi lapuk.
“Jangan terperdaya dengan ‘keprihatinan’ pembangkang yang menghulurkan beras atau ubat-ubatan pada masa pilihan raya kerana ia hanya satu taktik lama untuk meraih undi rakyat,” katanya.
Berbanding kerajaan BN katanya, rakyat tidak kira di bandar atau luar bandar telah menerima kesan lonjakan pembangunan bahkan taraf hidup rakyat sekarang berada dalam keadaan selesa.
“Kerajaan BN menyalurkan pembangunan secara berterusan dan tidak terlepas pandang mana-mana keperluan rakyat.
“Belum pernah ada kerajaan yang mampu memberi bantuan wang tunai dan sebagainya kepada rakyat ketika negara lain menghadapi krisis ekonomi,” jelasnya.
1 ulasan:
YB Tuan Haji Ahmad Lai Bin Bujang, adalah merupakan se orang wakil rakyat yang berjiwa rakyat. Selama memegang jawatan sebagai wakil rakyat kami dapati beliau betul-betul merapati rakyat dan sering turun padang berjumpa dengan rakyat bukan hanya rakyat yang dalam kuasaan P 218 Sibuti, tetapi beliau juga sering tidak menolak undangan dari kawasan P219 Miri. Kami Jawatankuasa PBB N65 Senadin (P219 Miri), memohon kepada pucuk kepimpinan Parti PBB Pusat mengekalkan YB Tuan Haji Ahmad Lai Bin Bujang,dan di calon semula bagi Kerusi P218 Sibuti. Tiada sebab kita perlu menukarkan dengan calon lain jikalau wakil rakyat yang ada sekarang sudah terbukti berkhidmat dengan cemerlang.
Iklas dari Jawatankuasa PBB Cawangan N65 Senadin
Ketua JULAIHI BIN MOHAMAD
Timbalan Ketua ABDUL SAMAT BIN MOHAMAD ALI
Naib Ketua AJIS @ ABDUL AZIZ BIN SEPIN
Ketua Wanita NILA BINTI SIMAT
Ketua Pemuda MOHAMAD TINGGAL BIN ABDUL HAMID
Setiausaha MOHD CHEE BIN KADIR
Penolong Setiausaha JAMIL BIN BUJANG
Bendahari SUHAILI BIN DRAMAN
Penolong Bendahari RAMLI BIN SAPONG
Ketua Penerangan CHO ANAK NYALO
1. Ahli Jawatankuasa SUHAILI BIN ABIDIN
2. Ahli Jawatankuasa JAINI BIN BUANG
3. Ahli Jawatankuasa HAMDAN BIN MOT
4. Ahli Jawatankuasa HAJI BASAR BIN NASIB
5. Ahli Jawatankuasa BOSRI BIN MOHSIN
6. Ahli Jawatankuasa MUSAH BIN RAMLI
7. Ahli Jawatankuasa ZANURIN BIN BUJANG
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!