PKR SELANGOR KECUT PERUT BILA SURUHANJAYA SKANDAL PASIR DIUSULKAN!!!
theflyingkick
Author: CUCU TOK WANTahu pulak kecut perut bila dicadangkan Suruhanjaya Siasatan Skandal Pasir ditubuhkan untuk menangani kemelut skandal pasir di Selangor yang sudah mula dikaitkan dengan pembunuhan Patrick Wong. Cepat-cepat Khalid Ibrahim kata, isu itu adalah isu lama dan tidak perlu lagi digembar-gemburkan kerana kononnya, sudah cukup untuk menjelaskan tentang skandal pasir itu.
Pelik juga PKR ini. Kalau bab orang lain, terutama sekali UMNO, yang terang bersuluh pun yang tuduhan-tuduhan mereka semuanya liar dan palsu, dipaksa juga agar mengaku dan paling tidak pun ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan. Kena tang batang hidung sendiri, cepat-cepat pula membuat kesimpulan suruhanjaya tidak perlu diadakan.
Tengok sahajalah dalam isu NFC... habis dikorek segala benda, sampaikan seluar dalam dan baju dalam Shahrizat Jalil pun dijaja-jaja dalam kempen serta ceramah mereka. Tapi cerita pembunuhan Patrick Wong yang sepatutnya mendedahkan tentang skandal penyelewengan pasir di Selangor, haram tak sepatah pun disebutkan.
Teoh Beng Hock yang mati bunuh diri sebab nak lindung penyeleweng dan perompak dalam Pakatan Rakyat Selangor pun, dijadikan isu sampaikan kematiannya pun disuruhanjayakan. Bila keputusan dah keluar, tak mahu pula terima sebab tidak ada unsur-unsur pengkhianatan yang dilakukan oleh UMNO dan Barisan Nasional sebaliknya yang terdedah ialah pembohongan, kronisme, nepotisme dan korupsi melampau puak DAP Selangor.
Padahal kalau nak dikirakan, skandal pasir di Selangor yang menyebabkan kematian Patrick Wong jauh lebih besar kerana ia tidak sahaja melibatkan wang ringgit yang bukan pinjaman mudah seperti NFC, tetapi juga nyawa manusia dan salahguna kuasa yang sangat ketara oleh ADUN serta Menteri Besar Selangor.
Kenapa bab diri sendiri tak mahu pula didesak agar ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan?
Kalaulah Kerajaan Negeri Selangor adalah Kerajaan UMNO, sudah tentu ada Suruhanjaya Siasatan kerana dalam hal-hal ini, UMNO lebih bersifat terbuka dan mahu bertanggungjawab berbanding Pakatan yang sentiasa menyorokkan keharamjadahan mereka!!!
Jingga 13 tak mahu bersuara ke? Atau pun beranggapan ini isu lama yang tidak memberikan keuntungan kepada Pakatan Rakyat?
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!