Semoga rakyat tahu mengenai agenda ini yang sememangnya mempunyai kepentingan politik individu di sana!?!?
Kalau dirujuk di
sini pasti nama Datuk Maliki Mahli ada sangkut dan kaitan dengan Salleh Mahli!?? Adakah saudara Mahli ini sekarang berpadu tenaga untuk membolehkan keturunan Mahli untuk menjadi wakil rakyat dengan cara begini?!!!?
Ahli Parlimen Mukah bukan dipulau, tapi disabotaj
|
Salleh Mahli?!! |
|
Muhammad Leo Toyad |
Berita mengenai ahli parlimen Mukah Dato'Sri Dr Muhammad Leo Michael Toyad dipulau penduduk Oya tiba-tiba jadi perbualan hangat disekitar daerah Oya dan Dalat berikutan laporan sebuah media tempatan hari ini.
Adalah tidak adil untuk mengatakan penduduk Oya memulau Ahli Parlimen Mukah Dato' Sri Dr Muhammad Leo dalam Majlis Berambeh Jegem YB Dato' Sri yang berlangsung di dewan masyarakat Oya pada sabtu lalu. Sebaliknya kejadian tersebut lebih bersifat sabotaj yang dirancang rapi oleh segelintir ahli PBB kawasan Dalat yang mahu anak watan Dalat menggantikan Dr Leo dalam PRU nanti.
Berdasarkan laporan tersebut, semasa Majlis Berambeh Jegem YB Dato' Sri yang dihadiri Dr Muhammad Leo pada sabtu lalu tidak seorang pun penduduk hadir melainkan ketua-ketua Jabatan Kerajaan sahaja.
Saya sempat menghubungi beberapa penduduk Oya dan pemimpin PBB setempat untuk bertanya hal berkenaan, Jelas sekali terdapat sabotaj terancang untuk untuk memastikan penduduk tidak menghadiri majlis bersama Dato' Sri Dr Leo.
Penduduk dan ahli PBB sekitar daerah Oya memberitahu mereka tidak dimaklumkan tentang majlis berkenaan, bukan sahaja mereka tidak dijemput oleh pihak penganjur bahkan mereka juga tidak tahu menahu tentang Majlis Berambeh Jegem YB Dato' Sri yang dihadiri Dr Leo di dewan masyarakat Oya.
Dari sisi lain, kejadian itu juga menunjukan kelemahan pihak pengajur yang sekadar 'syok sendiri' dalam menguruskan aktiviti pemimpin dan menyampaikan maklumat tepat kepada rakyat.
Namun menurut satu sumber, kejadian sabotaj tersebut adalah propaganda dalaman yang dicetuskan oleh penyokong Datuk Maliki yang mahu Datuk Maliki dicalonkan sebagai ahli parlimen P.213 Mukah menggantikan Dato'Sri Dr Muhammad Leo.
Setakat ini Datuk Maliki Mahli yang juga seorang tokoh perniagaan terkenal berasal dari Oya belum membuat sebarang kenyataan berhubung isu yang dikaitkan dengan beliau.
Ramai mengenali Datuk Maliki dengan imej yang cukup bersih, sebaiknya beliau juga harus tampil memberi reaksi agar imej bersih beliau tidak terpalit dengan gaya politik sumbang seperti itu.
Berikutan isu 'sabotaj' tersebut, dilapangan mulai marak dengan komen-komen pro dan kontra dari penyokong PBB, seolah membayangkan sudah wujud perpecahan dikalangan ahli PBB itu sendiri.
Antara persoalan yang timbul, apakah gaya berpolitik orang Dalat hanya dengan cara sabotaj? Sedangkan mereka memiliki saluran betul untuk menyuarakan pendapat serta cadangan kepada pucuk pimpinan PBB.
Dalam sejarah politik masyarat melanau, jarang sekali kita melihat kejadian sabotaj seperti ini, sebaliknya kaum melanau di Oya dan Dalat lebih berani menentang secara terang-terangan sepertimana dalam peristiwa Ming Court 1987.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
1 ulasan:
salam tuan tanah kedaung, mohon pautkan link log..saya dah pun pautkan link b log anda dlm bloglist sy :)
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!