BN akan menentang parti anti-BN dengan sekeras-kerasnya!?? Walaupun tujuan asal penubuhan mungkin untuk meletakkan calon di semua kawasan PRS sahaja?!?! Sebagai komponen parti BN Sarawak, usaha untuk menumbangkan BN akan ditentang dengan menggunakan segala jentera BN baik diperingkat pusat atau pun negeri!?!?
Semoga SWP atau Parti Pekerja Sarawak berfikir dua kali sebelum menurunkan calon!??! Semua orang tahu bahawa Datuk Sng Chee Hua mungkin memainkan peranan besar untuk membantu jentera Pakatan Haram di Sarawak sebelum ini!?!! Hubungan baiknya suatu masa dahulu dengan Ketua Pembangkang mungkin mendorongnya kembali untuk membantu Pakatan Haram khususnya PKR!?!?
Walaupun anak beliau kini merupakan Penasihat Khas Belia di Pejabat Ketua Menteri, namun ini mungkin memberi kelebihan kepada mereka untuk bergerak di Sarawak!?!?
Namun demikian, semoga perjuangan politik mereka tidak berunsur dendam kerana Larry Dipecat daripada PRS!?,!
Parti Pekerja Sarawak Diluluskan Pendaftsrannya
KUCHING 20 April 2012: Parti Pekerja Sarawak diluluskan pendaftarannya oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dua hari yang lepas, demikian menurut Presiden Penajanya Dr Ong Lark Sai semalam.
Ong bagaimanapun menafikan pembabitan ahli politik veteran Datuk Sng Chee Hua dan anaknya yang juga Penasihat Khas Belia Larry Sng dengan penubuhan parti tersebut.
“Kami cuma memenuhi untuk kesejahteraan rakyat kelas pekerja. Parti kami bukan parti pelbagai kaum tetapi kami bukan parti untuk satu kaum sahaja,” katanya ketika dihubungi.
Enggan memberitahu tentang keahlian lain dalam barisan pemimpin parti baharu itu, beliau mengesahkan Ahli Dewan Undangan Ne-geri (ADUN) Pelagus George Lagong yang pada Pilihan Raya Negeri Ke-10 bertanding atas tiket Bebas merupakan timbalannya.
Ong yang sebelum ini dikatakan akan menyokong perjuangan Barisan Nasional (BN) bagaimanapun memberitahu keputusan sama ada memihak parti pemerintah atau pembangkang belum dimuktamadkan.
Bagaimanapun, Ong tidak menafikan parti tersebut berminat untuk meletakkan calon di beberapa kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak.
Akhbar baru-baru ini melaporkan parti tersebut berminat untuk bertanding di kawasan-kawasan yang membabitkan wakil daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS).
PRS mempunyai wakil rakyat di Parlimen Hulu Rajang, Sri Aman, Lubok Antu, Kanowit, Julau dan Selangau. Beliau memberitahu majlis pelancaran parti itu akan diadakan dalam masa terdekat, tetapi mungkin bukan di Kuching. George yang turut mengesahkan pendaftaran parti itu turut enggan men-dedahkan barisan kepimpinan parti.
Laporan juga sebelum ini mendakwa George kemungkinan bertanding di Hulu Rajang di mana PRS akan meletakkan muka baharu, Wilson Ugak Kumbong yang juga merupakan setiausaha sulit Presiden PRS Tan Sri Dr James Masing. Sementara itu, Setiausaha Agung BN Negeri Datuk Dr Stephen Rundi Utom berkata, BN memandang serius anasir-anasir yang menentang BN.
“Kami menilai setiap pihak dengan cara yang sama. Begitu juga jika parti baharu ingin menentang kami (BN)", katanya
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!