Isnin, 30 April 2012
Patutkah Celik IT Menjadi Salah Satu Ciri Bagi Calon Boleh Menang BN di Sarawak!?!?!
Posted by Unknown
2:02 PTG, under Abdul Taib Mahmud,Barisan Nasional Sarawak,Calon BN,Celik IT,Najib Razak,PRU13 | No comments
Persoalan ini menghantui calon BN di Sarawak ketika ini!?!? Dalam mengharungi persediaan 'Do or Die!?' untuk menentang Pakatan Haram yang jelas memiliki ilmu Celik IT di kalangan calon dan penyandang kerusi mereka!?!?! Adakah ciri-ciri Celik IT perlu untuk menjadi calon boleh menang BN di Sarawak!?!?!
Kalau kita lihat di kawasan bandar di mana rangkaiaan jalur lebar mudah didapati, mungkin ini menjadi ciri wajib bagi seorang calon dan penyandang kerusi BN untuk menyahut seruan Perdana Menteri!!?? Sebaliknya di kawasan luar bandar pula di mana rangkaian telefon bimbit pun susah untuk dihubungi, calon atau penyandang kerusi BN hendaklah mengambil langkah proaktif!?!??!
Mereka hendaklah berusaha untuk menghubungkan penduduk atau pengundi di kawasan mereka kepada maklumat penting seperti program transformasi yang sedang dijalankan oleh kerajaan!!? Mereka hendaklah cuba untuk mencetak blog atau berita penting yang hangat berligar pada waktu itu dan disebarkan ke kawasan mereka melalui media cetak!?!? Ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya seminggu sekali atau dua minggu sekali!!??
Kalau kita lihat di kawasan pedalaman dan luar bandar, pihak pembangkang begitu aktif mengagihkan risalah yang diambil daripada blog-blog pembangkang untuk memfitnah kerajaan!!?? Di samping itu mereka pandai merekacipta dan membentuk persepsi negatif rakyat terhadap kerajaan BN!!??!
Mungkin Art of War perlu didalami oleh semua bakal calon BN agar tahu strategi pembangkang!?!?!
Sekiranya benar celik IT menjadi salah satu ciri calon boleh menang BN agar lebih mendekati rakyat!?!?! Adakah ini bermakna PRU13 akan diadakan pada tahun hadapan untuk memberi ruang kepada calon BN yang belum mengaktifkan dan membuat akaun email untuk bersedia menjadi cybertroopers BN!?!?! Sekiranya tidak, berkemungkinan besar kita akan melihat lebih ramai golongan belia yang menjadi calon BN memandangkan mereka sudah memiliki akaun twitter, facebook dan blog agar lebih mudah menggempur pakatan haram!?!?!
Selepas ini semakin lakulah telefon pintar seperti blackberry dan iphone mahupun samsung seperti pisang panas kerana lebih ramai yang akan bergiat aktif dalam dunia maya dengan harapan akan menjadi calon boleh menang BN!?!?!?!
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!